Bila orang besar suka main kereta kecil

November 2, 2009 at 12:19 am | In Catatan musafir, Kosmos idea, Sains dan Iman | 6 Comments

LOKASI: UTM Skudai.

bilik irfan 522

Perlumbaan merujuk kepada kepantasan masa membuat lima kali lap.

bilik irfan 523

Ilmu dan kemahiran tinggi diperlukan untuk jadi juara. Kelajuan, tork, jisim dan lain2.

bilik irfan 527

DRIFT yang tidak membahayakan nyawa.

bilik irfan 515

Bayangkan dalam litar kehidupan sebenar, anda dikawal oleh seseorang. Sedarkah anda? Seronokkah anda dikawal begitu?

Ciri manusia hebat – anggap setiap sesuatu itu UNIK

Oktober 30, 2009 at 2:14 am | In Kosmos idea, Lohong rasa | 4 Comments

DSC_2494SEMALAM saya belajar bahawa setiap manusia, setiap flora, setiap fauna, setiap kejadian dan setiap detik itu UNIK dan mesti dirai, dihargai, disyukuri dan diredai. Inilah yang dilakukan oleh manusia hebat. Sering positif. Sering melihat kebaikan dan kelebihan mengatasi keburukan dan kekurangan.

Sehubungan itu, berikut saya kutip tulisan Pn Ainon (PTS) di medan FB:

“Jacques Wiesel pernah menjalankan penyelidikan ke atas psikologi 100 orang peniaga yang bertaraf jutawan di Amerika.  Beliau mahu mengetahui apakah ada ciri-ciri psikologis individu peniaga yang berjaya menjadi jutawan dibandingkan dengan mereka yang tidak berjaya menjadi jutawan. Hasil kajian itu beliau mendapati peniaga-peniaga yang berjaya menjadi jutawan semuanya mempunyai ciri “sentiasa suka bersangka baik, dan mereka sentiasa melihat kepada kebaikan yang ada pada orang-orang lain”.”

Bagi yang percayakan Tuhan, bukan mudah untuk baik sangka dengan manusia kalau sukar baik sangka dengan Tuhan.

Saya tidak faham, mengapa gambar ini dipilih…

Oktober 23, 2009 at 3:35 am | In Catatan musafir, Lohong rasa, Rambatan makluman | 13 Comments

TIDAK faham. Mengapa gambar ini dipilih untuk disiarkan? (He, he…) Sila ke sini untuk artikel liputan MB Johor di Majlis Pelancaran IMGLAD di Persada Johor.

imglad launching MEDKOM

Gambar oleh Hairul dari Medkom. Yang berada di belakang saya adalah Prof Dr Ir Azraai Kassim TNCA UTM, wakil rasmi NC UTM, Datuk Prof Dr Ir Zaini Ujang.

‘I’m glad’ sambut ‘raya’ di majlis pelancaran IMGLAD

Oktober 21, 2009 at 3:36 pm | In Galaksi penulisan, Lohong rasa | Leave a Comment

IMGLAD Launching 033GAMBAR menunjukkan betapa meriahnya jamuan Aidilfitri khusus buat pelajar pascasiswazah. Menunya hebat2 belaka, global. Sesuai untuk Melayu, Arab, Iran, Somalia, China dan Madagascar. Namun, saya sekadar memandang dari jauh. Tiada pilihan. Terpaksa menyertai kelab ‘last minute dot com’, puasa ke-6 pada hari terakhir Syawal. Seorang teman cuba berjenaka, “malam tadi saya nampak anak bulan!”  Ternyata cabaran untuk puasa 6 cukup getir. Saat berbuka buat kali terakhir, nikmat menerpa bersama kunyahan kurma. Kali ini, ada satu lagi sejarah peribadi ditempa. Puasa buat pertama kali di hotel. Namun ia suatu yang lazim bagi sesetengah orang termasuk Prof Kamil, yang terkenal dengan Travelogue Dakwah dan Travelogue Haji.

Pada keesokan hari di Persada Johor, siapa sangka kami diberi hidangan ketupat dan lemang, bagaikan khusus untuk saya (dan dua teman lain) menyambut ‘raya’.

IMGLAD Launching 084

KOMA

Kamar 303 Persada Johor menjadi relung buat pelancaran IMGLAD. Saya sendiri tidak menyangka, sehingga perlu naik ke pentas berjabat tangan dengan MB Johor. Amanah ini hakikatnya cukup berat demi menjana modal insan, demi menabal insaniah. Moga Tuhan beri kekuatan dan kerahmatan dalam menggalas amanah ini.

IMGLAD Launching 074

Seusai gimik perasmian.

IMGLAD Launching 065

Mahu makan nasi janda @ nasi bujang @ nasi duda?

Oktober 16, 2009 at 5:13 pm | In Kosmos idea | 10 Comments

bilik irfan 508BAGI sesetengah orang, apa ada pada nama? Bagaimana dengan anda? Di sebuah kafe di UTM, wujud hidangan bernama ‘nasi janda’, ‘nasi bujang’ dan ‘nasi duda’ yang boleh anda pilih. Hmm macam-macam. Kreativiti ternyata penting dalam penyediaan makanan bahkan turut penting dalam menamakan produk makanan baru. Saya teringatkan hidangan mi yang diberi nama ‘mi racun’ yang pernah saya nikmati di Kluang beberapa tahun lalu. Anda pernah makan kuih ‘tahi itik’ atau makan mangga ‘mana lagi’ sebelum ini?

Alangkah indah kalau Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu negara

Oktober 16, 2009 at 2:25 pm | In Catatan musafir, Galaksi penulisan, Lohong rasa | 1 Comment

KUNJUNGAN Cik Edi sekeluarga dari Pekan Baru sungguh bermakna. Selepas mereka ke Singapura, mereka singgah ke Johor Bahru sebelum ke Kuala Lumpur. Ini sekali gus mengembalikan memori di Manchester beberapa tahun lalu, kaum keluarga daripada 3 jenis pasport berbeda berkumpul dan bergembira bersama.

DSC_0128

Ini baru 1/7. Belum masuk semua.

DSC_0114

Cik Edi dan Ratri.

DSC_0095

Ini sebahagian daripada proses memujuk Cik Edi supaya menjadi tenaga akademik UTM biarpun ditentang oleh Auliya’ dengan katanya, “enggak nasionalis!”

DSC_0077

Sewaktu di rumah kami.

CFiRST utamakan fiqh dalam sains dan teknologi

Oktober 11, 2009 at 11:47 pm | In Kosmos idea, Sains dan Iman | Leave a Comment

PADA 30 September lalu Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) semakin mengorak langkah bertenaga selepas menganjurkan Dialog Pakar CFiRST. Majlis dialog sehari itu berlangsung di Dewan SenatDSC_0068 UTM. CFiRST ditubuhkan untuk menyelesaikan permasalahan dan pembangunan yang berkaitan sains dan teknologi dengan pelbagai khususnya industri dan agensi kerajaan. Dialog Pakar CFiRST menggabungkan sejumlah pakar dalam pelbagai bidang. Selain daripada bidang agama, mereka terdiri daripada pakar sains, ICT, kejuruteraan proses dan lain-lain. Banyak skop kajian yang boleh dijalankan. Contohnya, soal alkohol. Tapai itu haram, namun alkohol di tahap manakah tapai itu dianggap sebagai haram atau memabukkan sebagai yang ditetapkan dalam syariat? Selain itu, alangkah bagusnya kalau pengguna diciptakan sejenis alat yang dapat mengesan halalnya sesuatu makanan. Dan untuk idea gila-gila, ada bagusnya juga kalau dicipta alat yang dapat mengesan sama ada seseorang itu penipu atau munafik, cukup atau tak cukup sembahyang, kaki atau anti rasuah dan sebagainya.

Majlis Eidulfitri KEPEZI 1430H 2

Oktober 11, 2009 at 4:16 pm | In Catatan musafir, Galaksi penulisan | Leave a Comment

DSC_0126

HUH – Hanya untuk Hawa.

DSC_0115

Kandid.

DSC_0102

HUA – Hanya untuk Adam.

DSC_0152

Rugi siapa tak datang, dapat duit raya….

Majlis Eidulfitri KEPEZI 1430H 1

Oktober 11, 2009 at 8:37 am | In Catatan musafir, Galaksi penulisan | 2 Comments

INILAH kali pertama saya menghadirinya. Menurut pengasas dan presiden Kepezi, Zaharah Nawawi, saya hadir bersama laskar semut. Rasanya kami antara yang paling jauh. USJ berjaya dijelajahi. Selepas USJ, kami ke Subang Jaya. Kemudian ke Kota Puteri dan Kajang. Berlepas dari JB jam hampir 11 pagi dan sampai ke rumah pada jam 2.30 pagi.

DSC_0100

Simbolik. Buah tangan kerepek. Tanda penghargaan di atas bimbingan dalam menyiapkan novel Meniti Batas (2008).

DSC_0105

Eratkan sillaturrahim.

DSC_0107

Trio penulis muda tanahair.

DSC_0129

Sebahagian besar hadirin. Pakej yang lengkap. Ustaz ada. Datin pun ada.

DSC_0138

Doa buat sifu dan sekalian penulis.

OK dan KO juga 501 baru diulang cetak

Oktober 7, 2009 at 12:20 am | In Galaksi penulisan, Rambatan makluman | 11 Comments

501-soal-jawab-hajiALHAMDULILLAH, semalam dapat SMS mengenai berita baik bahawa buku ‘Yang OK dan KO dalam ibadah haji dan umrah’ juga ‘501 soal-jawab haji dan umrah’ baru saja diulang cetak. Selamat jalan buat para bakal hujjaj dengan penerbangan sulung pada 20 Oktober depan. Moga beroleh haji mabrur, moga lestari dengan haji mabrur. Bab/perenggan sampel buku ‘Yang OK dan KO’ boleh dibaca di sini. Jadikan buku ‘501 soal-jawab haji dan umrah’ sebagai bahan ulang kaji sewaktu hendak mengerjakan haji dan umrah. Moga bermanfaat.

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.