Menulis ulasan buku
Julai 30, 2006 at 12:35 am | Dikirim dalam Galaksi penulisan | 12 Komen- Serlahkan segala yang unik-unik. Unik lebih utama daripada penting. Lebih baik satu perenggan satu poin. Untuk dapatkan poin unik, buatlah sedikit nota (boleh aplikasi peta minda).
2. Lagi baik buat petikan. Sebagai contoh: On page 204, Idris summarizes them by saying, “It is obvious that the cosmological doctrines and the theory of human souls are the foundations of Ibn Sina’s political philosophy, whereas the prophet and his laws become fundamental elements in his theory”.
3. Intro mesti ’mengancam’. Lihat contoh berikut:
- Saya tak pernah pergi ke Taiping, tapi novelis X telah membuatkan saya seolah-olah berada di sana, di pinggir tasik yang damai lagi mendamaikan pada musim durian tahun 80-an.
- Bagi saya buku ini beharga lebih daripada RM 100 ribu lantaran telah membolehkan saya menyelamatkan kereta saya daripada meletup dan terbakar. Segala tip dan panduan yang termaktub dalamnya amat saya hagainya dan akan dikenang sampai bila-bila.
4. Ulasan buku bukan sekadar jawab persoalan apakah isi unik dan utama, tapi harus jawab persoalan apakah perasaan terhadap buku dan mengapa rasa begitu.
5. Buatlah sedikit kajian mengenai penulis dan apa yang ditulis. Elok buat cross reference.
Sebagai contoh:
- Penulis sering meletakkan saintis sebagai hero dalam karya-karyanya.
- Buku ini buku merupakan buku kelima yang dihasilkan oleh penulis dalam bidang kejuruteraan bunyi setempoh dua dekad dan boleh dianggap karya terbaik beliau dalam bidang berkenaan.
- Tanggapan pertama saya terhadap penulis ialah lelaki yang berbadan sasa lagi kacak di samping sering giat dengan aktiviti aerobik. Namun, setelah weblognya saya lawati, ternyata penulis terlantar sakit di rumah. Tubuhnya kurus kering. Wajahnya cengkung dan lesu. Sangkaan beliau sebagai lelaki ‘macho’ tenyata meleset!
6. Anggap pembaca sebagai kawan sehingga dia timbul minat membaca dan membeli buku yang diulas!
7. Penutup juga mesti ’mengancam’. Ada kesan aura di hati pembaca. Baca dengan kuat bila sunting sendiri.
12 Komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan Jawapan
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entri-entri dan komen feeds.








Salam,
Bagaimanana pula dengan ulasan buku bergambar untuk kanak-kanak? Buku tersebut biasanya teks adakalanya 2 baris satu halaman. Dari aspek apa yang boleh saya menarik perhatian ibu bapa untuk membeli buku bergambar kanak-kanak. Terima kasih.
Komen Oleh D'filza— Mac 5, 2008 #
[...] Menulis Ulasan Buku [...]
Pingback by Curahan Cinta Niagara (CCN) - Maya Iris « Berjalan— Mei 13, 2008 #
bagaimana cara terbaik untuk menulis ulasan bab yang ringkas?
Komen Oleh izza— Oktober 27, 2008 #
Assalamualaikum, sy nak tnya bgmana nak buat ulasan,sy btul2 x tahu caraa
sy kena wat ulasan tentang tajuk ilmu pendidikan.tp tak tau cara bgmana
nk buat ulasan tersebut.boleh bagi tunjuk ajar tak.
terima kasih
Komen Oleh atie— Januari 6, 2010 #
Tip2 di atas juga tip2 berguna dari mana2 sumber boleh digunakan. Mengulas persis membuat ringkasan dan rumusan, namun amat menitikberatkan keunikan dan kelebihan (juga kritikan jika perlu). Bagi saya secara peribadi, dalam konteks negara yang masih perlu usaha menyuburkan budaya membaca, ulasan buku biarlah mampu menarik perhatian orang lain untuk membaca dan memilikinya. Ulasan buku hakikatnya mempunyai tempat yang tinggi lagi mulia dalam proses pembudayaan ilmu. Selamat mengulas!
Komen Oleh zulkhair— Januari 11, 2010 #
assalamualaikum….tumpang tanya, kalau nak buat ulasan buku secara ilmiah dan berbentuk formal, perlu juga x diselitkan gaya menggambarkan perasaan pada pendahuluan dan penutup ulasan seperti contoh ulasan yang diberi…
Komen Oleh nurhana— Ogos 25, 2010 #
Asapek rasa dan emosi boleh dimasukkan tapi usah berlebihan demi menjaga sifat formalnya.
Komen Oleh zulkhair— September 20, 2010 #
salam..
saya baru prtma kali bt ulasan buku..sy suka2 shj msuk prtandingan ni..jd sy tak ada pngetahuan mngnai ulasan buku..
blh x klau sy bt kritikn tntng note dlmnya kurang tp bri sdikit sbnyk bri pnghtuan bhru..jd prlukah sy bg cdangan?
Komen Oleh ana— Oktober 10, 2010 #
Ana, tahniah kerana minat menulis. Ulasan buku penting ditulis demi semarakkan budaya ilmu di samping bangunkan industri buku di Malaysia. Ya, kritikan dibenarkan, kritikan membina. Selain itu, boleh juga dibuat persamaan dengan tulisan2 yang lain atau dibuat perbezaan berbanding tulisan2 yang lain. Kritikan bagaimanapun tidak dominan berbanding sifat klasik ulasan buku iaitu ‘supaya orang beli dan baca buku ini’, melainkan buku atau tulisan tersebut benar2 sesat lagi menyesatkan.
Komen Oleh zulkhair— Oktober 24, 2010 #
bagaimana saya nak buat ulasan buku bertajuk beberapa dalam pemikiran islam..bagaimana saya nak tulis ulasan tersebut????
Komen Oleh umi— Disember 9, 2010 #
saya ingin membuat ulasan tentang buku yg bertajuk membentuk sikap cemerlang yg ditulis oleh mohd sofian fauzee , jadi saya tidak tahu bagaimana ingin memulakan ulasan tersebut… boleh saya minta pendapat anda?
Komen Oleh tyka_96— April 18, 2012 #
[...] yang boleh dijadikan panduan untuk menulis. Tips pertama yang saya perolehi adalah dari laman http://ideamenulis.wordpress.com . Di sini saya kongsikan bersama pembaca-pembaca yang [...]
Pingback by Menulis ulasan buku : Tentang buku— Mei 9, 2012 #