Skrip Drama Radio oleh Khadijah Hashim
Ogos 8, 2006 at 1:38 pm | In Galaksi penulisan | 10 CommentsAKHIRNYA buku Melayu mengenai skrip drama radio yang dicari dalam bahasa Malaysia dijumpa secara tidak sengaja di Perpustakaan Sultan Ismail! Ia karya penulis versatil, Khadijah Hashim. Judul sebenar ialah Panduan Menulis Skrip Drama Radio.
Manual menulis terlalu sedikit untuk dicari daripada buku yang diterbitkan pada tahun 1981 oleh ‘K’ Publishing & Distributor ini. Yang banyak adalah babak demi babak skrip drama radio. Tidak dinafikan bahawa penerbitan skrip drama radio tidak serancak penerbitan cerpen dan novel.
Skrip seumpama cerpen jua. Ia disokong oleh enam elemen utama; tema, plot, watak, dialog latar belakang dan bahasa. Kalau cerpen berasaskan penulisan deskriptif, skrip drama radio memerlukan kesan bunyi dan muzik bagai menggambar dan menghidupkan suasana.
Kalau sedih ditinggal kekasih, barangkali lagu ‘jangan kauucap selamat tinggal…’ sesuai digunakan. Kalau berada di tepi pantai, kesan bunyi desiran ombak dan nyanyian camar amat diperlukan.
Menurut Khadijah, tema mesti ditetapkan terlebih dahulu. Kemudian tetapkan pula plotnya sama ada kronologi A hingga Z, imbas kembali atau monolog. Watak pula perlu digambarkan dengan suara yang sesuai. Dicadangkan, bilangan pelakon kurang daripada enam orang.
Dialog haruslah kata bual, ringkas, padat, rancak, ada sampuk-menyampuk dan sambut-menyambut. Anggaran panjang skrip; 20 halaman (45 minit), 12 halaman (30 minit) dan 8 halaman (15 minit).
10 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







Zul Khair,
Buku itu dalam simpanan aku. Aku beli second hand – jumpa di sebuah kedai buku terpakai di Old Town, PJ. Pekedai itu bagi harga tiga ringgit sahaja. Katanya, dia ingat tak akan ada orang beli. Bebulu aje telinga aku.
Kholid
Comment oleh Mohamad Kholid — Ogos 14, 2006 #
He, he. Itulah bezanya nilai buku untuk orang yang memerlukan dengan yang tak memerlukan. Patutnya boleh tawar lagi, 50 sen!
Comment oleh Zulkhair — Ogos 15, 2006 #
Saya nak lah, leh kopi tak?
Comment oleh fulus — Ogos 22, 2007 #
assalamualaikum…
saya pun berminat … boleh dpt 1 copy tak?
Comment oleh kugfupanda — Jun 25, 2008 #
Saya langsung tak ada. Saya baca di Perpustakaan Sultan Ismail, Larkin, JB. Setahu saya, sudah banyak buku2 penulisan skrip radio di pasaran.
Comment oleh zulkhair — Jun 26, 2008 #
saya nak tgk contoh, untuk kerja assigntment………..
bleh saya dptkan contoh2 untuk skrip majalah radio dan drama radio sebelum 18 september 2008………………..
Comment oleh nani — September 12, 2008 #
Nani. Saya ada beri dalam kelas sebelum ini. Contoh2 skripd drama radio dan TV semuanya dengan izin penulisan untuk tujuan pembelajaran.
Comment oleh zulkhair — September 13, 2008 #
Boleh tak bagi salinan atau kalau nak jual pun takpe asalkan ianya salinan asal dari penulisnya Khatijah Hashim-Panduan Menulis Skrip Drama Radio.Kito ni sebenarnya berharap sangatlah tu demo@kome kongsi tentang isi kandungan buku skrip itu.Ianya sangat penting untuk kajian tentang skrip yang akan kito tulis sekarang ni.
Comment oleh Affa — Mei 8, 2009 #
Teringat saya tentang buku tu…., abang angkat saya Syed Mohd Mokhtar pernah hadiahkan buku tu pada saya setelah berjaya menulis beberapa buah drama radio terbitan RTM Sabah. Muka depan buku tu ada gambar Khadijah yang di kartunkan. Buku tu ringkas, padat dan senang di fahami.Tapi….entah mana dah pergi buku tu… ramai sangat kawan saya pinjam hingga tak tahu kat tangan siapa sekarang………..
Comment oleh ct weston — Oktober 6, 2009 #
Bidang ini memang vakum dari segi buku panduan dan tip. Mengapa tidak ct weston menyahut cabaran untuk hasilkan buku berkenaan memandangkan sudah banyak skrip disiarkan?
Comment oleh zulkhair — Oktober 6, 2009 #