Malam al-Qadr
Oktober 15, 2006 at 5:03 am | In Lohong rasa | 2 CommentsMALAM al-Qadr itu ialah malam pengkadaran yang kalau dinisbahkan kepada pandangan Imam an-Nawawi, pengkadaran rezeki, kesihatan dan umur. Nabi s.a.w. pernah menyebutkan bahawa doa itu dapat merobah apa yang sudah termaktub di luh mahfuz. Yang demikian, malam yang juga dikenali sebagai malam 1000 bulan ini amat penting bagi untung nasibĀ mukmin bagi tahun depan.
Berita kematian bapa sahabat (Ain & Ishak) semalam dan nasib seorang sahabat (Dr. Norkhair) yang sudah 6 hari terlantar di hospital akibat angin ahmar sewajanya memberikan lonjakan untuk terus beramal dalam saki baki Ramadan ini.
Malam ini juga mendidik jiwa agar besikap pemburu, proaktif bukan reaktif yang asyik menunggu dan menunggu. Idea hendaklah diburu bukan ditunggu, begitu juga dengan yang lain-lain. Seorang pemburu sering bersemangat dan sabar (memburu) bersama tawakal yang tinggi.
2 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







nice.
Comment oleh Takumi Nakashima — Oktober 16, 2006 #
Thanks for your visit. Salamun alaikum. Are you Bahar’s fan? We were together producing 3 albums during our first degree. He really has a tremendous voice.
Comment oleh zulkhair — Oktober 17, 2006 #