Testimonial Buku ‘Haji OK Haji KO’

Oktober 27, 2007 at 7:10 am | In Galaksi penulisan, Ulasan buku | 4 Comments

BERIKUT merupakan sebahagian testimonial buku terbaru saya dan ayahanda Khair Hj. Abd. Salam, Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji dan Umrah (tuan-tuan dan puan juga boleh tinggalkan testimonial di laman penerbit, PTS):

“Saya mengucapkan tahniah kepada penulis dan penerbit buku ini kerana mempersembahkan idea perbincangan yang menarik berkaitan ibadah haji dan umrah khususnya daripada aspek salah faham dan kesilapan yang sering dilakukan. Semoga buku ini dapat membantu jamaah haji mendapatkan haji yang mabrur.” (Prof. Madya Aminuddin Ruskam al-Dawamy, Pengarah Masjid Sultan Ismail UTM)

“Mereka yang bakal mengerjakan haji dan umrah perlu memiliki buku ini bagi mengetahui perkara-perkara yang dapat merosakkan amal ibadah haji dan umrah. Selain itu, ia dapat menjernih dan meningkatkan mutu ibadah itu sendiri.” (Muhammad Akib Abdullah, Imam Masjid An-Nur Plaza Kotaraya JB dan Pembimbing Haji & Umrah Tiram Travel Sdn. Bhd.)

“Ketokohan Ustaz Khair dalam bidang haji memang menyerlah. Sentuhan saudara Zulkifli sebagai penulis bebas mampu memberi sumbangan besar kepada dunia penerbitan . Buku ini mudah namun menyentuh banyak perkara yang tidak boleh dipandang mudah dalam konteks kemabruran haji biarpun selepas kembali ke tanahair.” (Prof. Dr. Mohamad Roji Sarmidi, Pengurus R&D Loji Pandu Kejuruteraan Kimia UTM)

4 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. Akhi,

    Plz visit:
    http://www.danielpipes.org/comments/112218

    Ahmad Mokhzani Abdullah

    Elok ambil pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiah tentang bidaah-bidaah dalam haji dan umrah.

  2. [...] mengubat rasa dengan buku haji. Testimoninya turut dimuatkan. Sila lihat di sini. Novel Segurih Rasa masih lagi dalam proses penerbitan. Kami doakan agar ‘kandungan’ [...]

  3. assalamualaikum

  4. Wa’alaikumussalam Ust Akib!


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.