Bila gusi bengkak
April 2, 2008 at 3:29 pm | In Kosmos idea, Lohong rasa | 1 CommentPada tengah hari tadi barulah saya perasan bahawa bengkak gusi sebelah bahagian atas kiri semakin membesar. Demikian Tuhan menarik nikmat gusi sihat, gusi ceria. Saiz bonjolan bengkak seperti sebahagian kecil permukaan bola ping pong. Akibatnya, kurang sedikit bersemangat untuk makan dan bercakap. Pun begitu, perjuangan pada besok hari mesti diteruskan untuk kelas 2 jam pada sebelah pagi dan 3 jam pada sebelah malam.
Ia tentunya suatu peringatan agar cakap YES (yang elok2 saja) lantaran banyak bercakap itu punya risiko banyak ‘syilap’. Selain itu supaya beringat untuk turut bersihkan gusi, bukan sekadar gigi. Tidak dinafikan kita sering lebih hargai gigi berbanding gusi, sering lebih hargai wajah berbanding tengkorak, sering lebih hargai pokok berbanding tanah yang mendasarinya, sering lebih hargai pencapaian berbanding pengorbanan yang memungkinkan kepada pencapaian tersebut.

Usahlah jadi manusia yang lebih hargai gigi berbanding gusi, dan usahlah jadi pemimpin yang lebih hargai kerusi berbanding rakyat yang mengundi! (Kredit gambar buat Ikhwan Munir)
1 Komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







saya setuju dgn en. zul…ya..usahlah jadi manusia yg lebih hargai gigi dari gusi…dan usahlah jd manusia yg lebih hargai sesuatu yg diberi oleh seseorang…tetapi hargailah usaha dan pengorbanan seseorang itu terhadap kita….
Komen oleh mariam_maizat — Ogos 5, 2008 #