Selawat masih terus relevan

Jun 23, 2008 at 3:15 am | In Lohong rasa | 2 Comments

PROMOSI Prof Zaini Ujang ternyata berbaloi. SMS dan cakap mulutnya telah membuatkan saya hadir ke Masjid Taman U seusai Maghrib untuk mendengar bicara Syeikh Fuad Kamarudin setelah tidak berkesempatan untuk ke Dewan Senat UTM pada sebelah petangnya.

Selawat masih terus relevan. Demikian kesimpulan peribadi saya terhadap tazkirah oleh orang kuat Yayasan Sofa itu. “Nabi setiap kali solat berdoa untuk sekalian umat, tapi kita tidak pun berselawat mengingati nabi Muhammad sa.w.” Benar, kasih kepada nabi ternyata masih sejuk di sudut kalbu sedangkan Tuhan sudah beri peringatan bahawa kasih yang lebih hangat kepada sesuatu selain Allah dan Rasul hanya menempah bala. Maka tunggulah!

Biarpun ia hanya kata2, selawat (di samping istighfar, tasbih dll) mustahak untuk diamalkan biarpun dalam zaman ‘global village’, ‘world is flat’ dan ‘creative world’. Allah Maha Mendengar dan Nabi juga tahu sesiapa yang berselawat dan menunjukkan bukti sebagai Muslim yang baik dan membanggakan beliau, biarpun tanpa bluetooth, broadband dsb. Nah, segala kudrat, keringat dan saraf yang berselirat harus digerakkan demi kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul.

2 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. assalamualaikum cikgu.. saya pun pernah hadir ke talk Prof Dr Zaini Ujang, memang berbaloi
    harapan saya cikgu & keluarga sihat semuanya, kalau berpeluang jejak kaki ke Perlis jgn lupa inform saya, rindu pada semua cikgu2

    wassalam,
    siti sarah ibrahim
    batch 9498

  2. Waalaikumussalam Sarah. Terima kasih datang menjenguk. Seronok lihat perkembangan anak2 murid dalam fotopages Sarah. Salam tahniah buat semua yang mendirikan rumahtangga dan mendapat cahaya mata.


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.