Bengkel skrip Pak Saffri

M Saffri A Manaf mula menulis skrip drama radio sejak 1970 dan skrip drama TV sejak 1975*. Beliau yang pernah berkhidmat dengan sepuluh penerbit diberi peluang sebagai pengendali Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio dan TV pada 12 Julai lalu sempena sambutan Bulan Bahasa 2008 Singapura. Program ini mendapat liputan dalam berita jam 8.00 dan 11.30 malam di siaran Suria pada malamnya.

Bertempat di Pusat Komuniti Dover, Pak Saffri yang berpakaian serba hitam wajar dianggap berjaya dengan cemerlang dalam menarik perhatian dan tumpuan para peserta meskipun tanpa persembahan multimedia di skrin. Ceritanya mempersona bersulam jenaka, cermin kepada pengalaman yang cukup luas sebagai penulis skrip serta pelakon drama radio, drama TV dan teater.

Pak Saffri tidak bergantung seratus peratus kepada bahan edaran. Beliau menyerlahkan aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh penulis skrip. Ini termasuklah aspek mesej, bahasa, humor, dan format. Mesej pendidikan, pembangunan keluarga dan ekonomi perlu diutamakan dalam membangunkan martabat Melayu di Singapura khususnya.

“Menulis bukan hendak balas dendam.” Demikian peringatan Pak Saffri. Penulis adalah tidak wajar untuk mengambil kesempatan menjadikan drama sebagai wahana untuk semudahnya ‘mengenakan’ ahli keluarga sendiri. Pun begitu, sindiran seperti ke atas suami tidak bertanggungjawab dan kaki dam wajar dibuat sebagai fenomena kebejatan sosial yang perlu dibaiki, tapi bukanlah di atas dasar emosi.

Isu bahasa rojak turut ditimbulkan oleh beliau. Beliau hairan bagaimana sesetengah penulis skrip Melayu yang gemar memasukkan dialog Bahasa Inggeris dalam karya sedangkan penulis skrip Cina terus berusaha untuk tekal menggunakan bahasa ibunda mereka terutama dalam siaran radio dan TV berbahasa Cina. Peribahasa wajar diselitkan, manakala yang lucah dan kesat hendaklah dielakkan.

Aspek humor juga mustahak untuk diberi perhatian dalam skrip. Begitu juga dengan aspek format seperti arahan dalam dialog. Sebagai contoh, arahan ‘tegas’, ‘merayu’, ‘marah’ dan lain-lain dapat membantu para pelakon dalam menjiwai perwatakan watak. Hal ini diakuri oleh pelakon veteran, Pn. J Rosmini yang hadir dalam sesi kedua bengkel.

Saya amat hargai contoh praktikal dalam menghasilkan latar bunyi menerusi beberapa ‘gajet’ yang dibawa khas oleh Pak Saffri, misalnya bunyi air yang dituang ke dalam gelas, bunyi angkat telefon, bunyi selak pintu dan lain-lain. Penjelasan beliau dan Pn. J Rosmini juga membuatkan diri saya lebih menghargai pelakon drama radio berbanding pelakon drama TV atau filem dalam aspek suara dan pensuaraan.

Bengkel ini bagaimanapun kurang sesuai untuk dihadiri oleh mereka yang tiada asas dalam penulisan fiksyen khususnya dalam penghasilan plot. Namun, saya yakin Pak Saffri sudah mengambil kira itu semua. Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat lapisan umur termasuklah peserta dari Malaysia seramai enam orang – Puan Rahimah Muda menjadi wakil tak rasmi bagi pihak DBP Wilayah Selatan.

Secara peribadi, bengkel ini mengukuhkan lagi kefahaman terhadap genre skrip drama radio (penulisan skrip drama TV nampaknya perlukan masa lain yang lebih khusus). Di samping itu, ia memberi motivasi untuk menulis kembali skrip drama radio. Mana tahu, Pentas Radio 45 minit di Radio Warna, Ahad 10.05 pagi bakal mengudarakan karya hasil tulisan saya**.

Ruang solat yang menumpang bilik Tadika (dan kelas Yoga) sepatutnya tidak menjadi alasan kepada para peserta yang rata-rata Muslim untuk tidak cakna kepada solat. Melayu dan Muslim tidak dapat dipisahkan. Begitu juga di antara penulis Islam dengan tuntutan Islam. Solat tetap menjadi keutamaan (sekadar 10 minit cuma) biarpun terlalu banyak mutiara yang mahu dikutip dari samudera bengkel.

Sehubungan dengan itu, apakah skrip jawapan yang mahu ditulis apabila malaikat dan Tuhan mahukan penjelasan akan sebab musabab tidak dirikan solat?

Terima kasih kepada Pak Saffri. Kata-kata ‘potensi penulis skrip adalah sepanjang hayat’ cukup menginspirasi. Penghargaan tidak terhingga turut diberikan kepada Pn. J Rosmini dan pihak penganjur khususnya Pn. Zaleha Isnin. Kami diberi layanan istimewa lantaran dijemput dari Keranji MRT dan kemudian dihantar serta dijamu di Stesyen Keretapi KTM Tanjung Pagar. Terima kasih daun keladi!

* Pak Saffri merupakan pemenang Anugerah Sastera Skrip Drama Radio & TV 2005, di samping penulis buku Penglipur Lara (2007) terbitan Majlis BM Singapura.

** Drama radio Pentas Radio 45 minit memerlukan 21-25 halaman skrip.

Gambar sebelah: Sebahagian besar ‘gajet’ Pak Saffri (maaf, gambar tak tegak).

About these ads

15 thoughts on “Bengkel skrip Pak Saffri

  1. assalamualaikum..,

    saya nak minta contoh skrip drama tv atau filem.
    harap dapat bantu saya..
    terima kasih

  2. Assalamualaikum,
    Saya sangat suka mendengar drama radio. Harap dapat beri contoh skrip untuk dipelajari.
    tq.

  3. saya merupakan ‘beginner’ dlm mghasilkn skrip drama. saya mula berminat utk mghsilkn drama yg mana msykt mjawab @btanya pd diri sndiri slps ksudahn drama.hrp pihak tuan dpt membimbing sy dlm mhsilkn skrip2 sy.oleh itu sy memerlukan tunjuk ajar dan contoh2 skrip yg mbina

  4. sy mmpunyai satu tugasan utk mnulis skrip english dan akn dlakonkan oleh sebilngan peljar, sy ingin mmnta pndapt untk mnulis skrip itu. ia trbhgi kpd 4 scene berkaitan dngn masalh dipjabat.
    tq.

  5. asalamualaikum sy ingin tahu cara nak membuat skrip drama atau filem harap idea dapat di kongsi…saya minat dalam bidang seni..tapi tak tahu bagaimana nak mula kan nya…sy perlukan byk research.
    -miri,sarawak-

  6. Kerja saya menulis karya kreatif iaitu cerpen dan skrip drama radio. Kini saya berhasrat untuk menghasilkan skrip drama tv pula. Angan-angan menulis skrip untuk filem cereka memang ada tetapi rasanya terlalu jauh bezanya.

    Masalah saya hanya satu. Saya tidak mengerti kehendak editor atau penerbit. Kalau di hitung, lebih banyak karya saya yang TIDAK diterima untuk siaran/terbitan daripada yang diterima. Bagaimana mengatasi masalah ini?

    Bimbangan saudara sangat dihargai, terimakasih.

    • Saya cadangkan Sdra Kamarulzaman hubungi atau dapatkan bimbingan daripada pihak SWAM (Script Writer Association of Malaysia). Seperkara lagi buat kerjasama atau hubungan dgn gol penerbit filem/drama.

  7. salam…
    saya mempunyai tugasan melaksanakan teater ke atas murid saya (5 dan 6 tahun)sempena hari potensi TABIKA KEMAS…nak minta contoh skrip yang sesuai dengan teater kanak-kanak bleh tak????
    harap dapat bantu saya kerana saya sangat baru untuk pengalaman seperti ini..
    terima kasih

  8. sy tdk ade pelajaran tinggi tp berminat dalam bidang penulisan skrip atau novel,yg jadi masalahnye sy tiada bimbingan dan panduan.boleh tuan memberikan cth utk buat skrip.terima kasih atas pertolongan tuan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s