Yayasan Inovasi Malaysia
November 12, 2008 at 2:24 am | In Catatan musafir, Kosmos idea | 2 Comments
SIAPA lebih kacak, lebih menawan, lebih ganteng? Majoriti yang ditanya selepas melihat gambar saya dan Kapten Faiz sekadar mendiamkan. Barangkali ‘tak sampai hati untuk menjawab’. Mana-mana pelajar yang kata saya lebih kacak, akan dapat markah lebih (maaf, ini hanya gurauan semata2). Gambar tersebut diambil sewaktu majlis NICE – Anugerah Inovasi Kebangsaan 2008 bertempat di PWTC, 6-8 November 2008. Tahniah kepada semua finalis dan pemenang termasuk pemenang kategori sekolah yang diundang ke Parlimen agar buat persembahan kepada PM tentang inovasi mereka, Smart Rostrum (mikrofon boleh turun naik secara auto mengikut ketinggian individu). Tahniah juga buat Cikgu Harris SMS Sultan Muhammad Jiwa (satu universiti suatu masa dulu), finalis Inovasi Akar Umbi beserta pelajar2-nya yang merupakan finalis Inovasi Sekolah.
Pihak kerajaan ternyata begitu prihatin dalam soal inovasi dalam kalangan rakyat. Justeru Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dilancarkan pada 10 hb lalu oleh PM. Menteri MOSTI sewaktu dalam NICE sudah uarkannya bahawa YIM mahu menggali dan menggilap inovasi dalam kalangan rakyat marhaen termasuk OKU, pelajar sekolah, suri rumah dll. Saya bersetuju dengan Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili yang melihat inovasi bukan sekadar dalam bentuk produk. Beliau kemukakan Lembaga Tabung Haji sebagai antara contoh inovasi terhebat bukan produk yang terbukti mampu menguruskan jamaah haji secara mangkus.
2 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.








Ahaha, soalan cepu emas sungguh. Well, cikgu pastinya lebih kacak semasa usia Dr. Faiz sekarang. Dr. Faiz itu umurnya belum 30 pun sekarang. Tak bermakna cikgu tidak kacak pada usia sekarang. Dan, kacak itu sungguhlah subjektif.
Tahniah kepada pemenang!
Komen oleh timdina — November 12, 2008 #
gambar abg dr sudut senget mungkin lebih kacak dr sudut tegak…heheh..gurau je
Komen oleh saadah — November 14, 2008 #