Kota Seluyut, benteng akidah umat di Johor

Mei 18, 2009 at 7:11 am | Dikirim dalam Catatan musafir, Galaksi penulisan, Lohong rasa | 11 Komen

DSC_0067HUJAN semakin lebat sewaktu saya dan Kamal serta ahli-ahli kumpulan Barongan menghampiri makam tiga beranak. Kami terpaksa berjalan kaki kira-kira 150 meter disebabkan keadaan jalan yang tidak sesuai untuk dilalui oleh kereta Myvi.

(Untuk makluman, saya baru saja menyertai program Jelajah Johor 2009 anjuran Medkom, Pejabat MB pada 16-17 Mei 2009. Untuk siri pertama, Kota Tinggi dan Mersing cuba dijelajahi.)

Sebelum itu, kami yang dipandu oleh Encik Abd Razak, Penghulu Kampung Seluyut merentasi ladang kelapa sawit, melewati jalan tanah merah yang agak sempit dan tidak rata. Tuan Haji Kamal, jiran Encik Abd. Razak turut bersama-sama kami.

Kami daripada kumpulan Barongan telah diberi misi melawat Kota Seluyut dalam siri pertama Jelajah Johor 2009. Kota Seluyut pernah menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Johor, sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II (1564-1571).

Akhirnya, sampailah kami semua di kawasan makam tiga beranak yang dinaungi pondok serba kuning. Makam tiga beradik termasuk Sultan Muzaffar Shah II itu malah turut dililit batu nisan masing-masing dengan kain kuning, warna diraja.

Kami bersepuluh pun tumpang berteduh di pondok makam berkenaan. Tuan Haji Kamal memimpin tahlil buat arwah di makam, memohon keampunan dan rahmat Allah ke atas mereka.

Sambil itu, fikiran saya terus fokus ke atas kalimat tayyibah iaitu ‘La ilaha illah’ yang terpahat di batu nisan makam. Ia bagaikan memberikan suatu isyarat bahawa mereka yang pernah bermukim di Seluyut itu cukup komited dengan akidah Islam.

Hujan terus lebat biarpun sudah sepuluh minit diteduhi pondok makam salah seorang sultan, pemerintah kerajaan Johor. Kamal, saya dan beberapa yang lain bertekad mahu meneruskan perjalanan hingga ke tebing Sungai Johor.

Sewaktu menuruni bukit yang agak licin, hujan semakin lebat dan lebat. Sewaktu melewati beberapa buah kubur di laluan denai, saya berkhayal, “sebahagian daripada mereka barangkali mati sebagai pejuang agama.”

Tidak mustahil ada dalam kalangan mereka yang ikhlas berjuang di jalan Allah biarpun terdapat sebilangan pembesar yang berjuang semata2 faktor kuasa dan wanita. Tidak mustahil ada dalam kalangan mereka yang berperang dengan Portugis sebagai suatu bentu jihad.

Fikiran saya ini didasarkan kepada beberapa perkara:

  1. Kalimat ‘la ilahaillah’ di batu nisan.
  2. Tun Sri Lanang, penulis Sejarah Melayu dan anak watan Seluyut yang mempunyai hubungan dengan ulama Nusantara termasuk Ar-Raniri dan Al-Sumaterani.
  3. Tun Sri Lanang dicatatkan bukan sekadar penulis sejarah, bahkan pencetus jihad serta arkitek kota ilmu dan ulama, Samalanga di Acheh. Sila baca artikel ini.

Sayangnya, Kota Seluyut berada dalam hartanah milik persendirian ditambah dengan keadaan jalan sejauh 8 km yang tidak elok. Kereta Myvi yang saya pinjam daripada bonda dan ayahanda dihantar allignment pagi tadi. Tentu kosnya akan saya tanggung demi menjejak sejarah lama tanah watan!

DSC_0129Penulis (dalam keadaan basah kuyup) di sisi beberapa kubur lama tidak jauh dari tebing Sungai Johor.

Catatan: Gambarfoto atas oleh saya (artifak ‘Batu Acheh’ di Muzium Kota Tinggi); gambarfoto bawah oleh Kamal.

11 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. salam kanda yang dihormati. wah, tentu dapat lagi input untuk projek novel ye.

    • Bukan setakat novel, banyak lagi. Terima kasih Ren.

  2. Salam ya sheikh,
    Kadang kala terasa cemburu dengan keaktifan saudara. Teruskan usaha semoga sejarah bangsa terus terpelihara. Malangnya negeri saya tidak berminat untuk melakukannya seperti negeri saudara.Gunakan peluang yang sedia ada sebaik mungkin. Tahniah.

    • Cikgu Amer. Cemburulah kepada mereka dengan ilmu dan amal mereka, bukan dengan keaktifan – he, he. Bagi saya, ekspedisi atau kembara begini mempunyai pelbagai perspektif dan kaca mata. Dalam blog saya, tentunya cikgu membaca sesuatu yang barangkali takkan ditulis oleh orang lain.

  3. [...] Kota Seluyut, benteng akidah umat di Johor. [...]

  4. Asalam mualaikum, saya berminat mengikuti peogram ini kerana saya anak kelagiran johor, kg saya kat Kota Tinggi, saya dah masuk banyak perkampongan Kota Tinggi tetapi ada juga belum lagi saya jejaki, makam di Seluyut, makan sultan Mahmut, makan Kota pancor saya dah buat lawatan , can saya bercadang nak ketempat tempat lain di Kota Tinggi, tetapi saya sekarang kerja di Negeri sarawak dan sekali balik ke Johor, pindah sejak 2009 . hubungi saya 0138222823

  5. saya dan kekanda saya selalu ke seluyut…kami selalu kesana…ada version… yg kami terpanggil ke sana… kami ada pertalian dgan kerabat di sana… dan yang mulia ayahanda sultan muzaffar shah selalu berhubung dengan saya…

  6. kali terakhir saya dan kekanda saya ke sana pada 4/1/2o11 kerana saya di minta menganti kain tudung di nesan ayahanda sultan…amin,,, sememang kami amalkan pengantian kain tudung di nesan ayahanda setiap kami hadir ke sana..

    • ALHAMDULILLAH…. SY BRU SAJA KE MAKAN TERSEBUT PETANG TD SEMPAT MENGAMBIL BEBERAPA GAMBAR…. TETAPI LALUAN UNTUK KE MAKAM TERSEBUT AGAK SEMAK DAN JLN BERLECAK..

      • Yup. Dulu kawasan tersebut merupakan antara kota agung di Nusantara, kebanggaan umat Islam di rantau ini namun kini bagai kurang bernilai. Ramai tidak tahu akan keagungan sumbangan Kerajaan Johor-Riau-Linggi.

  7. saya suka bertukar tukar cete apa yg saya alami sekian lama bila kiatan sejarah ayahanda sultan muzaffar shah…amin.. 012 276 0305


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entri-entri dan komen feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.