Implikasi semester baru
Julai 3, 2009 at 2:05 am | In Galaksi penulisan, Lohong rasa, Rambatan makluman | 15 CommentsJumlah waktu mengajar menjadi hampir 20 jam seminggu, tidak hanya terhad di kampus. Nampaknya akan semakin sibuk ditambah dengan beberapa manuskrip yang belum siap dan proposal pengajian yang mesti dimantapkan. Saya gemar dengan pandangan Ust Faris PTS, hanya orang sibuk yang ada masa!
KOMA
Khabarnya penghuni di sekitar bilik tempat wanita yang mati bersalin di UTM sudahpun berpindah bilik. Seorang penghuni yang belum pindah meminta pandangan, “wajarkah pindah sebab semua dah pindah?”Adakah anda juga mahu pindah?
Dari sudut yang lain, ini sebenarnya memberi refleksi kepada semua pihak. Kempen banyak dibuat kepada ‘katakan tak nak’ kepada rokok dan dadah namun lupa kepada yang satu ini, istilah atau terminologi yang sengaja tak mahu digunakan iaitu ‘zina’. Kempen AIDS juga tidak serius untuk kempen jauhinya tapi lebih sibuk dengan isu sikap negatif kepada pesakit HIV dan isu penggunaan ’sarung getah’. Rancangan TV kita juga banyak yang menguja ke arahnya. tak banyak, sikit, biarpun untuk siri drama penuh aksi dan tipu muslihat, Prison Break.
KOMA
Disebabkan program mingguan yang semakin sendat, saya barangkali takkan sediakan persembahan (presentation) menggunakan projektor LCD dalam kelas asas BA di surau. Insya-Allah, semua peserta yang rata-rata veteran sudahpun memilik Syamil al-Quran (terjemahan al-Quran secara harafiah). Dengan diskaun, anda boleh dapatkannya dengan harga RM 120+. Bagaimanapun, di Singapura anda boleh dapatkannya dengan lebih murah, sekitar S$ 40. Saya minta tolong jiran belikan, cuma RM 90 dipinta. Alhamdulillah.
Gambar hiasan: Pernikahan itu jauh lebih baik dan diberkati Tuhan. Petunjuk arah majlis kenduri kahwin di sebuah bulatan di Negeri Sembilan – meriah!
15 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







“Khabarnya penghuni di sekitar bilik tempat wanita yang mati bersalin di UTM sudahpun berpindah bilik”
Tambah
Ish, orang Melayu terlalu fobia dengan tulah dan kenan.
Comment oleh ibnuahmadalkurauwi — Julai 3, 2009 #
Biasalah.Ini kali kedua kes pelajar wanita mati di asrama.
Tahun 2004, pelajar mati di Kolej Tuanku Canselor, tahun 2009 mati di Kolej 9.
Bezanya, dulu mati bunuh diri, tahun ini pun bunuh diri tapi kerana keguguran..Macam2..
Comment oleh ridwanto — Julai 4, 2009 #
saya terbacanya di akhbar … sayang anak2 Melayu jadi lagu ni …
Comment oleh sf — Julai 3, 2009 #
Prof Zaini, NC UTM pasti akan lakukan sesuatu. Beliau seorang yang berfikiran islam dalam segenap tindak tanduknya. Mungkin jiran Tuan Haji zul ini akan meminta pandangan Tuan Haji kiranya.?
Comment oleh ridwanto — Julai 4, 2009 #
Ustaz Azman. Kalau jiran sebelah rumah meninggal dunia, nampaknya terpaksalah pindah rumah.
SF. Memang sedih bila ia berlaku kepada adik dan anak kita, moga Allah jauhkan.
Ridwanto. Hmm nampaknya bukan satu kes. Tak salah kalau bertegas dengan yang merendek atau naik motorsikal ‘berdua’ sebagaimana tegasnya terhadap pelajar yang salah letak kenderaan atau tak pakai topi kaledar. Program agama di kolej perlu diperhebat. Usah jadi fobia dan trauma bahawa program agama mahu jadikan tukang buat bom dan pengebom berani mati!
Comment oleh zulkhair — Julai 4, 2009 #
Saya pernah berbincang dengan seorang TNC, katanya, pelajar jangan sibuk2 isu couple ini. Belajar aja…
Pernah beliau berkata,kalau di UTM tidak ada konsert (biasanya masa konvo) UTM akan sunyi.
Di adakan konsert, di jemput artis masuk ke dalam UTM buat persembahan semata-mata supaya UTM tidak sunyi.
Agak2nya , TNC sekarang pun berfikiran begitu?
Comment oleh muhammadridwanto — Julai 5, 2009 #
He, he. Ridwanto, hang bekerja aja. Jangan sibuk2, sibuk tak apa…
Comment oleh zulkhair — Julai 6, 2009 #
Sibuk2 untuk memenatkan minda
hahaha
teringat cerita dulu-dulu
Comment oleh muhammadridwanto — Julai 6, 2009 #
Salam…wah hangat juga kes kolej 9 ni yer…saya masih trauma! Bilik mangsa bersebelahan dengan bilik saya…dan saya menyaksikan segala-galanya pada hari kejadian..kami bermesyuarat hingga hampir pukul empat pagi. Pengurusan jenazah pun pihak kami di kolej 9 bersama HEP dah uruskan, tak perlu persoalkan bgmana dan kenapa arwah meninggal..biarlah pihak berkuasa yang siasat. Yang penting kita sama-sama mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk rohnya.
Comment oleh sitinorsanti — Julai 6, 2009 #
Ya, saya benar2 terlupa Santi di situ. Semalam buat pertama kali makan di kafe Iran. Boleh tahan. Sepinggan nasi boleh kongsi 2 orang.
Moga ia takkan berlaku lagi. Tak kira di kolej mahupun di mana jua. Yang lepas jadikan pengajaran. Memang mudah bercakap, mencegah lebih baik dpd merawat. Namun yang sakit memang sukar dirawat terutama sakit angau ditambah dengan pengaruh nafsu dan hasutan syaitan. Yang buruk menjadi suatu yang amat ditagih, terasa lemah tidak bermaya bila tidak dapatkannya. Ia memang perlukan 9 huruf M U J A H A D A H seumpama sebahagian sahabat yang keluar dari kelambu dan jala ketagihan arak dan zina. Nafsu perlu dislimkan (sebagaimana yang telah diajar oleh nabi dan sahabat), malangnya pada hari ini lebih ramai orang sibuk slimkan perut yang buncit.
Comment oleh zulkhair — Julai 7, 2009 #
teringat kes di KTC dulu. kes berlaku di sebelah blok asrama saya. semua penghuni blok pindah ke kolej 9 (kalau x silap). semester berikutnya saya & kawan2 menginap di blok kejadian.
Comment oleh nazifah — Julai 7, 2009 #
Wah banyak cerita tentang Kolej 9. Nazifah mungkin boleh mula tulis tentang Kolej 9.
Comment oleh zulkhair — Julai 7, 2009 #
dulu saya menginap di KTC (kolej 6). semester akhir di kolej perdana (kolej 8). mungkin boleh dapat lebih info dari kawan2 di sana
p/s…cuba bertanya kawan yg masih di utm tapi rupanya dia xdapat berita tu
Comment oleh nazifah — Julai 8, 2009 #
Nazz, kerja lebih utama buat masa ini adalah bagaimana mengelakkannya dpd berulang.
Comment oleh zulkhair — Julai 8, 2009 #
Masa kejadian di KTC,isteri saya (dulu kawan sahaja) salah seorang jawatankuasa Mahasiswa KTC.
Heboh juga semalaysia waktu itu.
Sampaikan blok S13 di kosongkan selama satu sem, kemudian baru di tempatkan pelajar senior.(pelajar siswi pengajian islam)
Bilik pelajar bunuh diri di tempatkan peti ais, TV, di hiasi seadanya.
Malah di penuhkan dengan aktiviti tazkirah, bacaan Yasin supaya ‘badi’ itu di lupakan
Alhamdulillah, rasanya pelajar baru tidak tahu peristiwa itu.
Namun, tidak sangka peristiwa seumpama itu berulang kembali.
Segalanya tinggal kenangan tetapi ia sentiasa akan berulang selagi budaya hedonisme menghantui hidup mahasiswa kampus.
Comment oleh ridwanto — Julai 8, 2009 #