Kereta lama penting supaya mudah dapat diskaun bila beli durian

Julai 7, 2009 at 3:54 am | In Kosmos idea, Lohong rasa, Resonans isu | 10 Comments

DSC00089SPESIS kereta lama nampaknya semakin terancam – ingat, usah guna kalimat kereta buruk, tapi kereta lama, macam orang juga, ada perasaan. Khabarnya ada 4.8 juta spesis ini di Malaysia. Sebilangan (hampir semua?) syarikat insurans enggan melindungnya melainkan sebilangan kecil saja termasuk Pos Malaysia. Karenah memiliki kereta lama sudahpun lama berlaku di Singapura. Salah satu kebaikan makronya barangkali untuk merancakkan lagi industri automobil tanahair. Tidak mustahil perniagaan mekanik kereta akan terjejas jika keadaan ini berlanjutan sebab semua orang memiliki kereta baru.

Memiliki kereta lama bagaimanapun dari satu sudut penting untuk kelihatan berprofil rendah (tawaduk?). Ada yang sifatkannya sebagai kereta untuk ke pasar atau kereta untuk masuk kebun. “Kalau mahu beli durian, takkan mudah dapat diskaun kalau datang dengan kereta BMW baru?” Hakikatnya, bukan setakat beli durian. Beli sebiji mentol pun kalau bawa kereta mewah baru, lazimnya berisiko  dicekik darah.

Pun begitu, ada beberapa cara lain sebenarnya untuk mudah dapat diskaun sebagaimana disenaraikan di bawah:

  • Jalan kaki.
  • Naik basikal (basikal yang tak berapa canggih).
  • Tahu berbahasa Mandarin (jika penjual fasih berbahasa Mandarin).
  • Jadi jutawan yang tidak sibuk2 untuk sering tawar-menawar (namun lazimnya sebelum jadi jutawan dialah yang paling bijak menawar dan memujuk orang).

10 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. Ya sheikh;
    Kisah ini ada betulnya kerana pernah berlaku pada diri ana. Kos membaiki pembentungan di rumah adalah RM3200.00 apabila tukang paip pertama melihat estima di dalam garaj. Kos ini kemudiannya menjadi M400.00 apabila tukang paip kedua melihat hanya ada kancil di luar pagar.Alangkah enaknya jika kenderaan kita boleh lakukan TRAANNNS….FOORR….MERS!

    • Cikgu Amer al-Transformeri. Ha, ha, ha. Ada baiknya kalau kereta kita boleh berubah2, kejap besar, kejap kecil, kejap jadi sekecil Kancil, kejap jadi sebesar Everest. Saya bersimpati dengan nasib malang tersebut. Tukang paip tak faham berkias. Estima itu sebenarnya ‘estimate’, sering berjimat!

  2. salam kanda. panjang & menarik tajuknya.he.he.

    • Sesekali ada baiknya, judul menjadi amat panjang. Lain daripada yang lain yang boleh diistilahkan sebagai ‘outlier’ (istilah yang biasa digunakan dalam pelukisan graf dalam statistik). Kalimat ‘outlier’ ini saya baru dapat semalam selain daripada ‘out of a box’, dan gila-gila.

  3. Hmmm…kalau macam ni tukang paip dulu yang jadi jutawan ni. Hahaha

    • Tak semestinya. Apa seronoknya jadi jutawan yang disumpah orang? Karyawan spt Nik juga boleh mendahului.

  4. Sdr. Zulkifli,
    Suami saya sehingga kini masih menyimpan Mazda buruknya. Bagi saya, kalau ditimbang kilo…mahu menangis tauke besi buruk!

    • Sentimentalnya! Dulu saya pernah guna Mazda 626 (six-two-six), disebabkan kereta lama sering sick-to-sick.

  5. kalau la semua org beli durian jalan kaki atau naik basikal,mmg gulung tikar la apek2 yg jual durian 2…buah sedusun, yg laku 4/5 bijik je…tp tak pe…menyokong kempen ’save da world’…reduce fuel combustion

    • Waktu ‘dealing’ datang dengan basikal. Bila dah setuju beli 10 bakul, datang pula dengan lori!


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.