Di dunia, hendak hidup bukan semuanya senang
Julai 10, 2009 at 4:04 am | In Lohong rasa, Rambatan makluman | 10 Comments
DALAM keadaan sekarang, bukan mudah mencari wang. Namun bagi yang berusaha, kalau tak dapat banyak, dapat sedikit sudahpun merupakan suatu anugerah Tuhan, alhamdulillah. Yang penting halal. Semalam, saya benar2 kagum dengan kesungguhan seorang muallaf perempuan yang memasarkan syampu dan perapi rambut (lihat gambar yang disisipkan). Setiap satu berharga RM 10/botol. Adik saya mengatakannya sebagai jenama X. Bagi saya sungguhpun X, ada inspirasi kegigihan dan kesungguhan dalam diri muallaf berkenaan.
Seorang muallaf lelaki (yang baru saya kenali) lain pula ceritanya. Dia baru saja diberhentikan kerja oleh bapa sendiri (dia bekerja dengan syarikat milik bapa) hanya disebabkan memeluk Islam! Dia dan adik perempuan dihalau. Buat masa ini, mereka berdua tiada kerja dan sedang mencari pekerjaan, atau lebih tepat amat memerlukan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan.
Pada hari ini, saudara2 lelaki saya di Urumqi, Xinjiang, China tidak dibenarkan mendirikan solat Jumaat. Bagaimanapun di tempat saya ini, sekalipun pemerintahnya bukan Komunis, ramai yang enggan mendirikan solat Jumaat atau barangkali seronok berada di bawah pemerintahan Komunis!
10 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







Besar dugaan, walau tak sebesar Bilal bin Rabah tetapi cukup memeritkan…
Comment oleh mohamadkholid — Julai 10, 2009 #
http://helmysamad.blogspot.com/2009/07/free.html
Entri di atas juga berkaitan dengan entri yang cikgu tulis. Saya rasa gusar. Semoga rahmat Tuhan masih bersama2 kita.
Comment oleh Siti — Julai 10, 2009 #
Ya, ada juga AJK masjid yang sambil lewa.
Sedangkan di luar sana, mahu solat pun pemerintah tidak beri
Di sini, duit kutipan mencecah puluh ribu namun usaha untuk mengimarahkan amat sedikit…
Duit pula simpan di bank, mungkin mahu ajak AJK Masjid ramai-ramai tunaikan haji tahun depan….
Comment oleh muhammadridwanto — Julai 11, 2009 #
Kholid. Benar, ia sewajarnya beri inspirasi kepada kita.
Siti, moga Tuhan pelihara akidah kita semua.
Ridwanto, anda perlu bersedia menjadi pengerusi dalam tempoh 7 tahun akan datang, he, he.
Comment oleh zulkhair — Julai 13, 2009 #
Hahahha…
saya sentiasa di belakang Tuan Haji
Comment oleh ridwanto — Julai 13, 2009 #
Hi, hi, jangan pandang belakang.
Comment oleh zulkhair — Julai 13, 2009 #
betapa indahnya apabila iman dan akal menguasai peribadi
Comment oleh grey — Julai 14, 2009 #
Benar. Pun begitu, pilihan di tangan kita. Jika mahu akal menguasai peribadi, akal mesti dimuat turun dengan ilmu yang bermanfaat di samping selalu menerima peringatan.
Comment oleh zulkhair — Julai 14, 2009 #
Tidak adakah seorang muallaf yang apabila dia memeluk Islam dirinya senang dan merasa selamat. Saya rasa kita mesti melakukan sesuatu untuk mereka, spt mengadakan pusat perlindungan mualaf
Comment oleh Amir Hamzah — Julai 17, 2009 #
Jabatan Agama memang ada sediakan, masalahnya sikap kita sendiri yang banyak rasa curiga.
Comment oleh zulkhair — Julai 18, 2009 #