Mas cotek bukan sekadar untuk wanita cantik

Ogos 13, 2009 at 7:34 pm | In Catatan musafir, Rambatan makluman | 7 Comments

TERUS-terang pada mulanya saya agak naif dengan herba khazanah negara yang satu ini, mas cotek. Siapa sangka, Johor memiliki industri mas cotek yang sedang berkembang maju. Khasiatnya cukup banyak, untuk wanita (semua wanita adalah cantik) dan lelaki (semua lelaki adalah kacak). Khabarnya mas cotek jantan sama hebat dengan tongkat ali. Saya beli produk teh mas cotek daripada kilang kecil Lokman dan isteri di Kampung Bt 9. Sebelum itu minum beberapa gelas teh dan kopi mas cotek yang dihidangkan oleh mereka – terima kasih daun keladi. Gambar: Dari kiri, Aebot, Lokman dan saya. Kelihatan oven, pengering daun mas cotek.

Picture 389

7 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. makan mas cotek lelaki boleh kacak eh? hehehe

    • Yup, kacak dalam pandangan isteri dengan izin Tuhan.

  2. Kat rumah saya banyak sangat ayah saya tanam pokok ni.dah besar2 n berbuah pun…kalu en zul nak datang la rumah sy…

    • He2, setahu saya yang jantan berbuah dan telahpun saya rasa (makan). Sungguh kelat. Daun mas cotek dikatakan beracun dan perlu dibersihkan. Saya terfikir, adakah cotek itu dpd bahasa Kelantan?

  3. hehe…pelik lak kalau yg jantan yg berbuah…macam kuda laut la pulak..cotek tu bukan bahasa kelantan tapi dalam kamus dewan bahasa pun ada…ada dua maksud yg pertama: cotek (coték) I; bercotek-cotek sedikit-sedikit, beransur-ansur.

    maksud ke dua: cotek (coték) II Kl 1. tempat yg tertinggi sekali (spt kemuncak bukit dll); 2. ki yg tertinggi (teratas).

    • Tk di atas perkongsian kamus ‘bergerak’. Datang rumah boleh rasa teh mas cotek. Menurut pengusaha/pengeluar, nisbah jantan dan betina adalah jantan (10%) dan betina (90%).

  4. di rumah bapak saya kat batu pahat johor dah terlalu banyak kat keliling rumah. Tetapi pasaran dah tak nak beli. Jadi dia tak tau nak campak ke mana. Sesiapa yang boleh dapatkan pasaran tolong bagitau.


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.