Meniti Batas dibicarakan Khamis ini
Ogos 18, 2009 at 1:57 am | In Galaksi penulisan, Rambatan makluman | 7 Comments
DENGAN izin Allah, novel Meniti Batas akan dibicarakan pada Khamis ini sempena program Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2009. Novel yang disempurnakan pelancarannya oleh SN A Samad Said pada 7 Jun 2008 ini pernah diulas sebanyak tiga kali dalam majalah termasuk Dewan Sastera. Novel ini mahu mengangkat martabat industri kerepek ubi kayu ke persada antarabangsa. Ia insya-Allah akan dibicarakan oleh Munsyi Dewan, Pn Ruzaini Yahya. Sebenarnya, ada dua lagi karya akan dibicarakan dalam majlis yang sama iaitu kumpulan cerpen Mazhab Cinta (Sdra Rendra) dan kumpulan puisi Keris Sebilah Ini (Hj Shapiai). Program ini merupakan anjuran DBP Wilayah Selatan bersama Bhg Teori dan Kritikan Sastera DBP dgn kerjasama Panitia Kesusasteraan Melayu Muar. Butiran lanjut program adalah seperti berikut:
Tarikh : 20 Ogos 2009 (Khamis).
Waktu : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari.
Tempat : Dewan SMK Raja Muda, Parit Jawa, Muar, Johor D.T.
Siapa sangka, novel berprotagonis Jawa lagi mengandungi falsafah Jawa ini dibicarakan di kawasan penduduk Jawa di Parit Jawa, malah tempat terawal moyang saya (sebelah ayah) mendarat di Tanah Melayu, dari Pulau Jawa. Promo tentang program ini juga maujud di blog Melihat Kesunyataan dan blog WB Rendra.
Semua dijemput hadir. Percuma. Insya-Allah saya akan bukan gerai jualan buku2 saya di sana termasuk buku Online dengan Tuhan dengan harga istimewa.
7 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







Tn. Hj.,
Berbanyak terima kasih atas promosi percuma tentang program yang bersifat kecil-kecilan cuma ini.
Jika Tn. Hj. bersedia untuk buat jualan buku, pihak tuan rumah ada sediakan ruang untuk hal ini.
Komen oleh rusdi abd rahman — Ogos 18, 2009 #
Terima kasih En Rusdi di atas sokongan yang diberikan selama ini.
Komen oleh zulkhair — Ogos 18, 2009 #
salam…Tahniah! sudah lama tidak bertandang ke sini..byk cerita ceriti menarik..abg juga boleh kunjung ke my multiply wlupon tidak boleh menkomen di sana.. Saadah nantikan kemunculan ODS..sepatutnya dilancarkan sempena Ramadhan kerna syaitan dirantai khas dalam bulan tersebut.. BTW, Salam Ramadhan!
Komen oleh Saadah — Ogos 18, 2009 #
Terima kasih datang bertandang. Insya-Allah ODS akan terbit jua dalam masa yang amat tepat. Jangan lupa buku yang dikirim dari UIA.
Komen oleh zulkhair — Ogos 19, 2009 #
[...] Johor 2009 berlangsung dengan jayanya di Pt Jawa, Muar pada 20 Ogos lalu (lihat entri sebelumnya di sini). Kira-kira 120 audiens hadir. Saya bergerak dari Skudai seawal 8 pagi lebih bersama isteri dan [...]
Ping balik oleh 1 hari bersama 3+1 karya « Idea menulis — Ogos 27, 2009 #
Meniti Batas dibicarakan Khamis ini..
hehe..mcm menitis batas adalah nama
orang dan membuat kesalahan. then dibicarakan jumaat ni…
Komen oleh musafir87 — September 2, 2009 #
salam.sy pelajar pn ruzaini yahya di SMK (p) Sultan Abu Bakar.
pn ruzaini ada blog tak? kalau ada mohon dilink kn atau diemailkn kpd sy..terima kasih didahulukan.
Komen oleh haslina — November 9, 2009 #