Tuah ayam… tuah karya siapa yang tahu

November 10, 2009 at 6:02 am | In Galaksi penulisan, Lohong rasa, Ulasan buku | 12 Comments

short-story-invitation-card-v1TUAH ayam nampak di kaki (saya tak berapa percaya sebenarnya), tuah harimau pada belangnya (juga tak berapa percaya), tuah karya siapa yang tahu.

Semalam, ada dua makluman berkenaan dua karya berbeza. Pertama, cerpen (dalam bahasa Inggeris) tidak termasuk dalam senarai 5 karya terbaik (saya fikir, mungkin dalam 6 karya terbaik). Pun begitu, saya diundang untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah pada hujung minggu ini. Terima kasih. Barangkali cerita saya kurang bersifat Malaysia lantaran, pengakhiran cerita berlatarkan kota London (di tanah perkuburan High Gate!) biarpun wataknya berwarganegara Malaysia.

bilik irfan 185Kedua, karya novel sulung, Meniti Batas diterima oleh pihak PNM untuk edaran ke seluruh negara. Alhamdulillah. Novel tersebut berbicara tentang aspek industri asas tani membabitkan pasaran kerepek ubi kayu hingga ke peringkat global. Ia hakikatnya mendokong misi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan. Peningkatan pengeluaran makanan 2.7% buat masa ini masih ada potensi untuk ditingkatkan. Novel ini juga pernah dibicarakan di Muar pada 20 Ogos 2009 dalam Bicara Karya Johor 2009 dan pernah diulas dalam Dewan Siswa Mei 2009,  Dewan Sastera November 2008 dan Dewan Siswa April 2009.

12 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. tahniah haji
    Haji memang hebat

    • Terima kasih. Allah Maha Hebat.

      • ya, tokoh seperti Haji sesuai di jadikan qudwah hasanah buat tatapan dan ikutan remaja di Mutiara Rini.
        Mungkin kita boleh gerakkan Biro Remaja Masjid?

  2. Tahniah tuan,

    Rezeki hujung tahun…teruskan berkarya

  3. tahniah encik.

  4. Terima kasih Faisal dan musafir87!

  5. Ya sheikh;
    Rezeki sudah datang!

    • Jom ngeteh sambil makan mi rebus Johor!

  6. Tn. Hj.,
    Tahniah atas pencapaian diri Tn. Hj. itu, memang tuah karya siapa yang tahu namun itulah ketentuan-Nya. Tahniah.

    • Terima kasih. Kita berusaha.

  7. Ya syeikh;
    InsyaAllah Mana tahu suatu ketika nanti aku sampai ke sana, aku mintak sheikh belanja. Tahniah!

  8. salam..
    en zul..
    jadi bila kita boleh jumpa ye..
    ptg jumaat kalo boleh..
    mlm ke??


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.