Daftar haji sekarang, dapat tahun 2031
Mac 26, 2010 at 4:15 am | Dikirim dalam Galaksi penulisan, Kosmos idea, Lohong rasa, Rambatan makluman | 25 KomenKELMARIN saya daftar haji. Tahun 2031!
Kata si pegawai, “Kalau ikut Q, pergi pada tahun ini.” Dalam kalbu saya, kalau panjang umur. Dengan kata lain, sesiapa yang baru hendak daftar haji pada tahun ini, anda perlu tunggu sehingga 21 tahun akan datang. Kalau anda baru bergelar graduan (katakan 24 tahun), bermakna anda akan kerjakan haji sewaktu berusia 55 tahun (waktu senja, hendak pencen). Nah, biarpun baru tamat belajar dan belum dapat kerja, berusahalah untuk daftar sekarang. Moga REZEKI ANDA SEMAKIN MURAH.
Apa pun, ini semua mungkin tidak berlaku. Antaranya dipengaruhi oleh faktor peningkatan demografi Malaysia. Rakyat Malaysia boleh dikatakan mempunyai ramai anak berbanding denganrakyat di negara Barat mahupun di Kota Singa. Kuota yang dibenarkan adalah 10% daripada jumlah penduduk. Kalau 25 juta, maknanya yang dibenarkan pergi haji adalah 25,000 orang sahaja. Katakan pada tahun 2031 ada 40 juta, maka kuota menjadi 40,000 orang.
Sama ada dunia hendak kimat pada 2012 atau tidak, anda wajar daftar haji sekarang (kalau belum)!
25 Komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan Jawapan
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entri-entri dan komen feeds.









Jadinya tuan haji ketika menunaikan haji sekali lagi, ketika sudah mempunyai cucu….
Komen Oleh muhammadridwanto— Mac 26, 2010 #
Kalau panjang umur dan kalau dapat cucu.
Komen Oleh zulkhair— Mac 29, 2010 #
Ya syeikh;
Ana sepatutnya pergi tahun lepas. Tetapi atas alasan-alasan sendiri, insyaAllah tahun ini. Tak tahulah pulak apa alasan tahun ini. Sedang kuatkan keazaman…
Komen Oleh AmerHmzah— Mac 28, 2010 #
Insya-Allah boleh. Moga beroleh haji mabrur!
Komen Oleh zulkhair— Mac 29, 2010 #
Ustaz,saya daftar tahun 2008 dapat giliran 2021.
1)dah lepas Wawasn 2020
2)Mungkin waktu itu saya pun dah bekerja…mungkin dah beristeri.
Komen Oleh muhammad fakhruddin— Mac 29, 2010 #
Cikgu Amer, insya-Allah boleh pergi tahun ini. Moga beroleh haji mabrur!
Fakhruddin, suatu perkongsian menarik. Kalau lewat daftar selama 2 tahun, maka lewat dapat pergi haji selama 10 tahun. Dengan kata lain, 1 tahun hari ini setara dengan 5 tahun akan datang. 1 tahun hari ini setara pula dengan 1000 tahun pada hari akhirat!
Komen Oleh zulkhair— Mac 29, 2010 #
Saya daftar online akhir tahun lepas dapat 2029 (bagi yang rasa tidak berkesempatan ke Tabung Haji boleh daftar online di website Tabung Haji). Dalam masa beberapa bulan dh 2032. Mungkin kesedaran umat Islam untuk menunaikan Haji dah makin meningkat @ makin ramai yang mampu. Alhamdulillah
Komen Oleh nazifah— Mac 31, 2010 #
Ulasan menarik. Tahniah untuk 2029.
Komen Oleh zulkhair— Mac 31, 2010 #
Takkan sampai 20 tahun menunggu, mengarutlah. Sewajar TH buat semakan yang telah pergi ke Mekah berkali-berkali, digugurkan namanya. Kalau sedemikan di buat oleh TH, saya anggarkan 3-5 tahun dapatlah tuan pergi ke Mekah. Nanti saya kemukakan kepada TH. Yang penting tuan telah mendaftar, cepat atau lambat adalah ketentuan Allah.
Komen Oleh Hj.Mohd. Tahir— April 1, 2010 #
Sudahpun tunaikannya pada tahun 2002. Cadangan Hj Tahir memang menarik. Beri keutamaan khususnya kepada yang belum dan senja.
Komen Oleh zulkhair— April 1, 2010 #
Haji Tahir, memang TH ada buat perkara begitu. Mereka yang sudah berumur diberikn keutamaan. Kalau nama x disenarai, boleh buat rayuan. InsyaAllah pihak TH akan bantu [bercakap atas pengalaman ibubapa saya]. Kalau yang lebih berkemampuan, bolehlah pergi melalui pakej [TH travel, Andalusia, dsb], mereka ada kuota mereka sendiri.
Berdoalah byk2 agar diberikn peluang. Allah pasti mendengar rintihan hamba-Nya. Kalau bkn kehendak Allah untuk kita pergi tahun itu, pasti ada hikmahnya. Wallahua’lam.
Komen Oleh syazwan— April 4, 2010 #
Syazwan, terima kasih di atas perkongsian dan doa. Moga kita termasuk dalam kuota mabrur.
Komen Oleh zulkhair— April 4, 2010 #
Langkah pertama – mendaftar di tabung haji. Langkah kedua – mengikuti kursus2 haji dari sekarang. Langkah ketiga – berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Insya’Allah, anda akan menjadi tetamu Allah… subhanallah.. pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika mengerjakan haji pada tahun 2006… dan ingin lg ke sana jika diberi rezki dan kesihatan dari Allah…
Komen Oleh Kak June— November 18, 2010 #
salam…katakan kita sudah mndaftar..dan dapat tahun 2031…ttpi kita ade rezki lebih..ingin buat under pakej..tahun 2015…adakah turn muassasah pd tahun 2031 itu digugurkan?harap ade haji@hajah dpt jwb..tkasih.
Komen Oleh zurisari— November 23, 2010 #
salam zurisari,
tak kira kita pergi pakej, giliran kita akan gugur.. kerana pakej pun melalui tabung haji juga… agen yang diiktiraf oleh tabung haji. ada rezki lebih boleh pegi ngan pakej.. masa muda… masa tenaga tengah kuat…
Komen Oleh Kak June— November 24, 2010 #
wsalam kak june…
tq for the info…insyaallah..sdg berusaha gigih nak ngumpul duit..tunggu turn muassasah..lama sgt…minta2 dipjgkan umur..dimurahkan rezki…~
Komen Oleh zurisari— November 25, 2010 #
zurisari…
akak doakan dipermudahkan Allah… dan akak yakin zuri akan menjadi tetamu Allah lebih awal dari tarikh yg diberikan oleh tabung haji… kerana itulah yang telah akak lalui sebelum ini… belanja yng belum cukup pun dipermudahkan oleh Allah… yakin dan tawakal… banyak berdosa dan zuri boleh lah mula mengikuti kursus-kursus yang diadakan oleh tabung haji…
Komen Oleh Kak June— November 29, 2010 #
zuri…
sorry… banyak “berdoa” sebenarnya bukannya “berdosa” heheheh… tu la.. laju sangat menaip… hehehe
Komen Oleh Kak June— November 29, 2010 #
Terima kasih Kak June dengan kata2 penuh motivasi dan inspirasi. Ikut sabdaan nabi, habuannya jauh lebih agung berbanding unta merah, malah ada riwayat mengatakan setara dengan dunia dan seisinya. Takbir!
Zurisari, moga anda berjaya biarpun 20-30 tahun ikut aturan. Usahakan tabungan meningkat di samping usaha memohon dan memohon sambil dalam masa yang sama belajar dan belajar.
Moga kita semua beroleh haji mabrur.
Komen Oleh zulkifli khair— November 29, 2010 #
Salam.
Bagaimana peluang mengerjakan haji bagi yang menghidap kanser, tetapi masih dapat bertahan dengan bantuan ubat-ubat? Biasanya dibenarkan tak … yelah… sementara pesakit itu masih dapat bertahan… atau bolehkah mohon rayuan utk dpat cepat sikit ke Mekah? Semoga dipermudahkan Allah… Amin..
Komen Oleh Kak Shima— Mei 22, 2011 #
That is Wonderful! Thank you.
Komen Oleh Brett— September 14, 2011 #
Betul tu saya rasa sistem Q tabung haji ni tak betul baru-baru ni 2 org yg dah pergi dpt lagi yg belum pergi tak dpt sedangkan duitnya pun dah cukup daftar dah dekat 8 thn macam mana tu pelik-pelik bukan sorg dua yg dpt dua kali banyak org dah.Harap tbung haji gugurkan senarai yg pernah pergi kesian kat org yg menunggu lama ni
Komen Oleh hidayah— Februari 9, 2012 #
[...] Dengan rasa rendah diri, saya berkongsi pengalaman saya semalam, 14 Mac 2012. Kami mendaftar untuk menunaikan haji di Tabung Haji. Hasilnya kami akan menunaikan haji pada 2047 iaitu pada umur saya 66 tahun. Tidak mengambilkira soal pakej yang mahal atau prosedur lain yg boleh pergi awal (yang sah dan dibenarkan – sebenarnya saya tidak pasti tentang itu). Yang saya tahu kalau ada rezeki boleh pergi melalui pakej swasta @ Tabung Haji yang pakej mahal, dapatlah pergi awal lagi kot. InsyaAllah kalau ada rezeki apa salahnya kalau sah caranya. Info tambahan, lepas saya publish entri saya ni, saya dapati pengalaman setahun lalu, seorang hamba Allah mendaftar pada 26 Mac 2010 *atau mungkin 25 Mac 2010 beliau perlu menunggu selama 21 tahun. Setahun lepas itu, saya mendaftar dan perlu menunggu giliran selama 35 tahun. Haaa? kredit kepada beliau http://ideamenulis.wordpress.com/2010/03/26/daftar-haji-sekarang-dapat-tahun-2031/ [...]
Pingback by Daftar Semalam ( 14 Mac 2012 ) Tunggu 35 Tahun Lagi Untuk Giliran Menunaikan Haji « irtiyah— Ogos 16, 2012 #
Rasanya kuota kita adalah 1% dan bukan 10% seperti dlm entri di atas.
Kalau 25 juta, memang 25000 org shj.
Tapi kalau 10% seperti dalam entri di atas, bermakna 250,000 orang. Wow!
Komen Oleh sham— Oktober 1, 2012 #
mcm mama nak dftar untuk mak ayah secara online
Komen Oleh mira— Mac 1, 2013 #