Perbezaan antara ahli perniagaan dan usahawan

IWAN (lihat gambar; nama panggilan) berkata bahawa ahli perniagaan dan usahawan tidak sama. “Perbezaan utama (adalah), usahawan mempunyai terlalu banyak idea untuk dilakukan,” katanya sewaktu menilai pembentangan proposal bisnes oleh para pelatih IMGLAD pada 22 Mac lalu. Ada kebenaran kata2 Iwan (usahawan industri tayar) yang usahawan itu otaknya sentiasa ‘berjalan’, akalnya sering ‘memanjang’, mencari ruang dan peluang di samping tidak mudah putus asa.

Iwan merupakan usahawan muda yang sedang meningkat naik. Dia bersama2 ibu bapa dan adik-beradik membangunkan empayar perniagaan. Banyak tip yang beliau kongsikan termasuk tip menghadapi komplen pelanggan. “Saya sanggup ganti rugi sebuah kereta kepada seorang pelanggan yang tidak puas hati daripada kehilangan seribu pelanggan,” ujarnya dengan penuh bersemangat dalam telo dan slanga Melaka.

Berikut dipaparkan soalan temubual buat usahawan muda supaya dapat dikongsi bersama (kini sedang tukangi artikel untuk sebuah buletin persatuan usahawan):

  • Mengapa minat berada dalam dunia keusahawanan?
  • Siapa pendorong atau apakah yang mendorong?
  • Anda daripada keluarga usahawan?
  • Siapa sifu?
  • Jelaskan bidang keusahawanan yang anda ceburi kini, pencapaian dan perancangan masa depan.
  • Peranan pensyarah, universiti dan kerajaan dalam memupuk dan menyubur budaya keusahawanan. Adakah memadai?
  • Mentaliti makan gaji dalam kalangan graduan Melayu. Apa komen anda?
  • Tip buat siswa yang bercita2 untuk jadi usahawan berjaya.
  • Langkah bantu suburkan budaya keusahawanan dan tingkatkan kemahiran keusahawanan. Apa lagi yang boleh dilakukan?

Demi mengkayakan konsep terhadap usahawan, berikut saya senaraikan beberapa definisi usahawan sebagaimana yang dititipkan oleh Hafiz dalam e-melnya pagi tadi:

  • Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.
  • The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.
  • Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.
  • Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.
  • Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.
  • Dlm konteks negara kita, mereka yg layak digelar usahawan ialah individu yg memperolehi pendapatan tahunan bersih RM42,000 dan ke atas melalui aktiviti perniagaan yg diusahakan sendiri.

2 thoughts on “Perbezaan antara ahli perniagaan dan usahawan

  1. menarik. boleh cdg tambahan: usahawan- bukan yg usaha atas awan, sebab ramai yg sangat ingin cepat kaya hingga tergiur jutaan ringgit dgn bisnes yg kabur, menjana pelanggan yg kabur, melabur sedikit mahu untung berlipat kabur, tolak tepi hukum hingga bisnes terkubur selepas duit kena kapur…addunyaamazra’atulakhirah…jadilah ‘usahawan akhirat’

    • Kalau begitu, wajar Ummu Anas lakarkan sebuah buku yang lebih kurang berjudul ‘Prophetic Entrepreneur’ atau ‘Prophetic Millionaire’ atau ‘Hidup untuk rezeki atau rezeki untuk hidup?’. Boleh dipertimbangkan?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s