Pengesahan kreativiti: HSDT dan lain-lain

Julai 17, 2009 at 12:05 am | In Galaksi penulisan | 6 Comments

DALAM dunia kreativiti, pengesahan adalah syarat utama. Lantaran sesiapa pun boleh mendakwa kreatif. Justeru, pengesahan kreativiti menjadi suatu yang penting dan disahkan oleh yang pakar atau berautoriti dalam bidang berkenaan. Demikian yang dipersetujui oleh ramai sarjana pemikiran kreatif.

IMG_9989Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT ) di Persada pada malam ini adalah antara bentuk pengesahan tersebut, dalam bidang penulisan khususnya penulisan fiksyen. Mana2 karya yang diterbitkan setempoh 2 tahun lalu boleh dicalonkan sendiri oleh sekalian karyawan Johor. Terus terang, saya sandarkan tiga pencalonan tapi satu pun ‘tak sangkut’. Maknanya ada yang lebih berkualiti, ada yang lebih kreatif. Malam ini saya cuba hadir selepas kelas jam 10 tentunya untuk bertemu dan meraikan teman2 dan sifu. Tahniah buat yang berjaya! (Gambar hiasan: Mangga bersaiz besar di Muar, Darul Takzim; foto oleh Liza)

Barangkali, agar diberi peluang untuk mendidik diri supaya lebih ‘jernih’ dalam menulis. ‘Jernih’ dalam fikiran, juga dalam kalbu. Bagaimanapun ada juga yang bukan mahu bahawa kreativitinya disahkan menerusi sayembara, tapi mahu sejauh manakah potensinya dalam bidang berkenaan. Dari sudut yang lain, kewujudan sayembaran menggambarkan betapa seriusnya pihak berwajib ke atas sesuatu bidang.

Bagi yang serius menulis, anda berpeluang sertai sayembara seperti berikut:

KOMA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolokium Penulis Johor 2009 akan diadakan di DBP Wilayah Selatan di Larkin Perdana pada 18 Julai 2009, jam 8.30 pg – 1.30 ptg. Agenda utama: Sesi dialog antara penulis Johor dengan Ketua Pengarah. Semua penulis Johor khususnya ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ) dijemput hadir.

Forum mini sai fai di PBAKL

April 15, 2009 at 4:27 am | In Rambatan makluman | 3 Comments

FORUM tersebut buat julung kalinya diadakan sempena PBAKL. Tarikh: 19 April 2009.

Sehubungan itu, temu saya di sesi promosi oleh piha PTS pada 17 April 2009, jam 5-6 petang. Juga, dapatkan Cerekawala, zine fiksyen sains pertama tanahair. Ada cerpen fiksyen sains agama saya dalamnya (‘Wira Kota Siantan’). Jemput baca!

Galactik Football

Februari 25, 2009 at 1:21 am | In Galaksi penulisan, Kosmos idea, Rambatan makluman | Leave a Comment

MINGGU ini, kami tidak lagi berpeluang menonton Galactik Football (lazimnya saya ‘tertonton’ sewaktu pulang ke rumah). Drama bersiri animasi keluaran Perancis ini seronok ditonton biarpun ada perkara yang tidak saya setuju dari perspektif agama dan nilai ketimuran (contohnya lelaki dan perempuan bermain dalam satu pasukan). Spekulasi terhadap permainan bolasepak amat menarik. Biarpun manusia tinggal di angkasa lepas, permainan bolasepak masih menjadi kegilaan (barangkali pada masa itu, pasukan negara tersenarai sebagai antara pasukan terbaik dunia jagat). Tiada penjaga garisan melainkan robot yang bergerak. Padangnya seolah2 di atas pentas lutsinar dalam stadium yang terapung di angkasa. Setiap pasukan diwakili 7 pemain. Dari segi grafik terutama aksi menggelecek bola amat menghiburkan. Namun, karya fiksyen sains ini tidak lagi disiarkan di saluran Okto, Mediacorp Singapura.

Lubuk idea fiksyen sains

Februari 19, 2009 at 7:24 am | In Galaksi penulisan, Kosmos idea | 11 Comments

HAKIKATNYA, kehidupan kita sendiri merupakan lubuk yang hebat kalau dilihat menerusi pandangan makrifat bersama analisis dan sintesis hebat. Berita semasa juga boleh cetuskan idea seperti kematian aktres akibat serangan virus ataupun perlanggaran satelit Rusia dan AS baru2 ini.

Berikut disenaraikan beberapa lubuk idea menulis fiksyen sains (FS) terutama buat mereka yang mahu serta sayembara FS UTM-Utusan yang berakhir pada hari kemerdekaan negara:

Lubuk idea di atas mampu beri maklumat perkembangan terkini sains dan teknologi (S&T). Lantas, karya FS hendaklah merupakan suatu spekulasi terhadap S&T sezaman (bukannya S&T zaman P Ramlee). Selain itu, prinsip nombor wahid dalam penulisan FS adalah IDEA. Nombor dua adalah GAYA (gaya dan teknik penulisan fiksyen).

Ternyata menulis FS di Malaysia masih kurang saingan berbanding di Barat. Sebagai contoh, konsep EMP dan HERF jarang ditulis dalam karya FS tempatan, sebaliknya ia barangkali klise di Barat.

dsc042121

Gambar hiasan: Kapal udara masa depan? Hasil kerja pelajar sewaktu kendalikan kelas ‘Pemikiran Kritis dan Pemikiran Kreatif’ di UTM.

Jana idea menulis fiksyen sains?

Disember 24, 2008 at 1:20 am | In Galaksi penulisan, Kosmos idea | Leave a Comment

MEMBACA adalah jawapan terbaik kepada persoalan di atas. Banyak penerbitan yang boleh didampingi. Selain daripada buku2 saifai (scifi), lambakan majalah juga dapat membantu seperti majalah Discoveries (keluaran khas rancangan Discoveries Channel), Popular Science, Nature, New Scientist (yang majoriti ada dalam bentuk atas talian) dll.

Selain itu, baca ruangan sains dan teknologi dalam majalah dan akhbar, juga baca blog2 berkaitan perkembangan sains dan teknologi terkini seperti di IT Business Edge Blogs dll.

Anda juga dijemput membaca kompilasi entri mengenai fiksyen sains saya di sini.

Wajah abadi Cikgu Shaharom di Perpustakaan Sultan Ismail

Oktober 14, 2008 at 3:06 am | In Lohong rasa | 3 Comments

SEMALAM saya mengambil masa sejam di Perpustakaan Sultan Ismail, menukangi sebuah projek mega novel fiksyen sains (sub-genre: apocalypse) pertama saya. Saya duduk tidak jauh dari sudut penulis. Wajah-wajah Cikgu Shaharom masih terus abadi di situ (meninggal dunia pada raya kedua, 2 Syawal 1429H). Begitu juga dengan meja kayu beliau yang menjadi saksi kepada puluhan karya penting dalam memandai dan mengadabkan bangsa. Masih tak terlambat mengucapkan takziah buat ahli keluarga beliau khususnya Dr Mohamad Hatta. Moga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas beliau.

UQP 1041

Julai 18, 2008 at 2:39 am | In Uncategorized | 152 Comments

Selamat datang kepada peserta kelas UQP 1041 Semester 2 Sesi 2008/09!

NOTIS

  • Suka dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum bermurah hati untuk menaja pelajar2 UQP 1041 bagi menyertai Bengkel Mahir Menulis kendalian Dr Arieff Salleh Rosman yang akan berlangsung pada 18 April 2008, 9 pg hingga 12 t/hari di BK Ibnu Khaldun PPIPS. Hubungi saya SEGERA selewat-lewatnya pada 9 April 2009 (Khamis) sama ada menerusi e-mel atau telbit (telefon bimbit) atau ruangan komen di sini. Kos pengangkutan tanggung sendiri. Tiada tajaan!
  • Kepada mana-mana pelajar yang ingin menemui saya pada minggu depan, sila temui saya di kawasan karel (biasanya saya pilih bilik karel nombor 39) di aras 4, PSZ pada waktu berikut:
    • Selasa, 7 April 2009, 9 pg – 12 t/h.
    • Jumaat, 10 April 2009, 9 – 11 pg.
  • Maaf, saya terlupa untuk membincangkan akan hal ini dalam kelas Rabu lalu. Pada 18 Mac, saya ada bengkel yang perlu dikendali. Jadi rancangan ke PBAKL tidak dapat diteruskan pada tarikh berkenaan. Saya cadangkan tarikh 17 Mac (Jumaat). Setuju? Sokong? Sila respons segera. Jika ada 15 pelajar yang boleh pergi, insya-Allah projek ini akan diteruskan. Anda dibenarkan ajak kawan2. Nyatakan jumlah yang mahu turut serta. Terima kasih.
  • Gambar2 sewaktu kunjungan Rendra pada 4 Februari lalu boleh dilihat di sini.
  • Kuiz #2 pada Rabu depan, 25 Februari 2009! Anda wajib hadir. Ketidakhadiran hanya menyusutkan gred anda. Muat turun Kuiz 2 anda di sini.
  • Edaran pembentangan ‘Penulisan Fiksyen Sains’, sila muat turun di sini.
  • 3 orang pelajar sudahpun hantar tugasan sementara yang lain amat digalakkan hantar awal. Diingatkan sekali lagi 30% untuk penghantaran tugasan, manakala 20% untuk pembetulan dan penghantaran ke pihak penerbit (beserta bukti penghantaran).
  • Kuiz #1 pada minggu depan, 12 Februari 2009!
  • Bonus 5% Bonus 5% diberikan kepada tulisan pelajar yang tersiar dalam ruangan surat pembaca mana-mana penerbitan dalam/luar negara dan tanpa mengira bahasa. Hantar salinan surat anda kepada saya sebagai rujukan.
  • Tahniah diucapkan kepada sdra Nik (Nimoiz) yang karyanya, Esprit de Corps akan dibicarakan pada sabtu ini, 17 Januari oleh Dr Amida Abd Hamid (Anis) di DBP (terlupa untuk beri ucapan dan makluman dalam kelas sebelum ini).  Nimoiz sudahpun hasilkan 3 buah buku. Moga lebih berjaya berkarya!

Senarai sayembara & anugerah penulisan

Subjek

Penulisan Kreatif

Muat turun dan pautan

Horizon Menulis

Penulisan Fiksyen Genre Cerpen

Penulisan Bukan Fiksyen – Rencana

Kesilapan Umum Bahasa Melayu Dalam Penulisan

Penulisan Untuk Kanak-kanak Baca tulisan-tulisan saya yang relevan dalam blog ini berkenaan Penulisan Fiksyen Sains

Penulisan Novel dan Penulisan Skrip Drama Radio & TV

Kisah-kisah berasaskan tiga di Pesta Buku

April 15, 2008 at 11:30 pm | In Uncategorized | 1 Comment

TIGA dewan perlu dijelajahi. Dulu hanya satu (saya masih ingat waktu outing ke Klang, pergi cabut lari ke KL semata-mata untuk ke Pesta Buku). Pada 10 tahun akan datang entah berapa buah dewan diperlukan untuk Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL). Setempoh lebih kurang enam jam di sana, masa banyak dihabiskan di dewan seberang sungai. Tiga buah buku yang dibeli ditandatangani oleh pengarangnya sendiri:
1.    Pak Samad tanda tangan di Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri. (Sempat bergambar dengan Pak Samad)
2.    Bro. Ann Wang Seng tanda tangan di Rahsia Islam di China. (Pelancaran buku beliau sungguh hebat, ada aura dakwah tersendiri)
3.    Ramli Mat Nor tanda tangan di Makan untuk Hidup – buku unik mengenai gaya hidup sihat.

Selama beberapa jam, saya dan tiga hamba Allah berikut ke sana dan ke mari bersama; sasterawan Kholid Hamzah, anak murid Fazli dan anak kandung Zaid. Kholid dan saya tentunya berbicara soal penulisan, penulisan dan penulisan, di dewan pameran, di restoran, dan malah di surau. Siapa sangka, dapat jumpa tiga kawan lama yang dijejak kasih selepas berbelas tahun;
1.    Mazwan (kawan baik di Matrik 2), kini orang besar di sebuah kilang.
2.    Abang Asri, kini orang kuat Pustaka Salam.
3.    Zinul Rijal, kini orang kuat Majlis Peguam Syarei Malaysia.

Ada tiga buah buku yang tidak berpeluang dibeli; Islamic Psychology (diterbitkan di India), novel fiksyen sains terbaru Fadli al-Akiti, dan Mukadimah oleh Ibn Khaldun. Sempat beli tiga buah komik. Dua daripadanya tentang KecemperingMan, karya Poyo. Kata saya kepada anak-anak, “semua komik ini ayah punya, bukan awak punya, faham.” Seperkara lagi yang menyeronokkan adalah dapat menghantar menuskrip buku kepada pihak penerbit. Alhamdulillah ’siap jugak’.

Wacana buku kanak-kanak

Februari 2, 2008 at 1:43 am | In Galaksi penulisan, Kosmos idea, Ulasan buku | 8 Comments

* Artikel berikut terbit dalam Jendela Selatan Disember 2007 terbitan DBP Wilayah Selatan. Judul asal ialah ‘Wacana menulis untuk anak-anak’. Judul kini: ‘Wacana buku kanak-kanak: Senarionya di Malaysia’.

RUNGUTAN sebahagian ibu bapa terhadap bacaan anak-anak ada asasnya. Ini sekali gus melibatkan media elektronik khususnya TV. Lambakan media luar terutama dari Jepun dan Amerika Syarikat wajar dinilai secara kritis. Lambakan manga khususnya tanpa segan silu memaparkan watak kartun seksi dan adegan yang tak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak. Itu belum termasuk unsur sihir yang menyalahi akidah dan syariat Islam.

            Genre manga dari satu sudut merupakan simbol amalan budaya membaca yang tinggi di Jepun. Shonen Magazine dan Ribbon yang diterbitkan pada tahun 70-an pada asalnya ditujukan kepada sasaran pembaca kanak-kanak, tapi mendapat sambutan di luar jangkaan dalam kalangan remaja termasuk golongan mahasiswa. Manga lalu menjadi semakin ‘liar’ sehinggalah yang dapat disaksikan sebahagiannya pada hari ini.

            Selain daripada mengetatkan proses tapisan bahan-bahan bacaan import, negara ini haruslah berusaha membanyakkan bahan-bahan bacaan dalam ‘acuannya sendiri’. Penulis sengaja memulakan rencana ini dengan manga yang boleh dimasukkan dalam kategori komik memandangkan kepada minat kanak-kanak Malaysia yang tinggi terhadap komik.

Berdasarkan Kajian Profil Rakyat Malaysia (1996), jenis bahan bacaan yang disukai oleh kanak-kanak berumur 5-9 tahun adalah komik (41%), buku (26%), suratkhabar (10%) dan majalah (6%). Komik yang bermutu amat wajar dihasilkan sebagaimana karya Nasah atau Sharif Hasan menerusi siri Bujal dan The Kampung Boy oleh Lat atau Mohamed Nor Khalid.

lat-rd.jpgThe Kampung Boy ternyata bertaraf dunia dan sudah diterbitkan dalam bahasa Perancis, Jepun dan Portugis. Dalam Reader’s Digest September 2007, salah satu watak utama The Kampung Boy terpampang di kulit muka depan. Ia malah terus diulang cetak biarpun sudah lebih sedekad diterbitkan sekali gus meletakkannya sebagai mahakarya kanak-kanak terunggul Malaysia. Kini Lat muncul pula dengan The Town Boy.

Komik mampu berkongsi pengalaman di kampung dan membina jati diri sebagaimana dalam Bujal dan The Kampung Boy. Komik ‘superhero’ seperti Superman, The Fantastic Four dan The Amazing Spider-Man dari satu sudut dapat memupuk jiwa yang besar dan membina keyakinan diri, namun adalah lebih baik jika penulis dan pelukis Malaysia dapat hasilkan komik-komik seumpamanya.

Kalau Malaysia mampu hasilkan filem animasi Saladin bertaraf dunia, tentunya Malaysia mampu hasilkan komik yang mengemukakan ‘superhero’-nya sendiri sebagai protagonis sama ada daripada peradaban Islam mahupun peradaban Melayu silam. Ini kerana, Saladin dihasilkan oleh penulis dan pelukis animasi tempatan.

Bagaimanapun, adakah kerjaya penulis dan pelukis komik di Malaysia mampu memberikan pendapatan yang selesa? Ini sekali gus mengangkasa persoalan yang hampir serupa nadanya: Sejauh manakah penulis karya kanak-kanak diiktiraf dan diberi penghargaan? Adakah penulis karya kanak-kanak bertaraf kelas ketiga? Wajarkah penulis karya kanak-kanak tempatan dianaktiri di tanahairnya sendiri?

Kawalan terhadap bahan bacaan kanak-kanak selain daripada mengekang kandungan ‘liar’ dari perspektif agama Islam dan budaya Malaysia sebenarnya juga dapat membela kumpulan penulis tempatan. Penulis dan sekalian karyawan tempatan mesti dibela daripada membiarkan limpahan masuk karya luar. Jangan sampai anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

Penulis karya kanak-kanak juga mesti dibela dari segi hak cipta. Kisah duka yang berjilid-jilid oleh para penulis khususnya penulis kanak-kanak yang dianiaya dan dizalimi oleh pihak penerbit mesti diberi perhatian. Usah beri ulasan ‘pandir’ seperti: Sasterawan Negara pun dianiaya penerbit, inikan pula penulis karya kanak-kanak atau penulis karya budak kecil.

Di samping itu, penerbit yang tidak serik menzalimi penulis wajar dipulaukan. Penerbit berkenaan mesti sedar bahawa mereka takkan wujud tanpa kehadiran penulis. Penerbit tidak harus terus membodohkan golongan penulis bahawa bahan bacaan kanak-kanak sukar laku sedangkan pasaran bahan bacaan kanak-kanak hampir tidak terjejas biarpun sewaktu ekonomi merudum.

Hal ini disokong oleh data kanak-kanak pra-sekolah sekitar lebih 1.5 juta dan pelajar sekolah rendah sekitar lebih 3 juta serta sikap ibu bapa yang rata-rata kurang berkira membelikan bahan bacaan kepada anak-anak seusia kanak-kanak di samping peruntukan pengecualian cukai pendapatan melalui pembelian bahan bacaan sehingga RM 1000 setahun.

            Seterusnya, sudah sampai masanya anugerah bertaraf kebangsaan atau perdana diberikan kepada penulis karya kanak-kanak tempatan. Ia antara lain melengkapkan usaha beberapa pihak khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sering menganjurkan sayembara mengarang seperti Peraduan Mengarang Novel Fiksyen Sains Kanak-kanak dan Pertandingan Menulis Cerpen Kanak-kanak Bertemakan Alam Sekitar (anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama DBP).

            Ia juga melengkapkan Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai RM 3 ribu kepada setiap pemenang bagi kategori Buku Kanak-kanak Bergambar, Buku Kanak-kanak (Fiksyen) dan Buku Kanak-kanak (Bukan Fiksyen). Penganjur anugerah, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) bagaimanapun hanya mempelawa penerbit bagi menyertainya.

            Anugerah yang ingin dicadangkan ini barangkali persis anugerah Sasterawan Negara. Ini memandangkan kepada senario penulis sastera kanak-kanak biar semana hebat sekalipun takkan dapat menghidu anugerah sastera paling berprestij itu. Selain itu, orang ramai terutama kanak-kanak wajar diberi peluang dalam proses pemilihan pemenang di samping penilaian oleh pihak profesional.

            Kategori utama anugerah tentulah komik dan buku. Komik pula boleh dipecahkan kepada beberapa jenis; komik pelbagai, manga dan novel komik (juga disebut novel grafik). Namun untuk peringkat awal, wujudkan komik sebagai kategori tunggal. Barangkali nama anugerahnya ialah ‘Anugerah Penulis dan Pelukis Komik Kanak-kanak Perdana’.

Sumbangan komik kepada bangsa dan negara usah dipandang sebelah mata. The 99 terbitan Teshkeel Media Group (TMG), Kuwait sebagai contoh mengemukakan watak superhero Jabbar di samping Dana dan Zoran bagi mengembalikan semangat orang Arab yang trauma dan berjiwa kecil selepas Perang Teluk biarpun ada sedikit ala terbitan Marvel Comics dan DC Comics, Amerika Syarikat.

            Kategori buku jauh lebih rencam berbanding komik. Judith Hillman dalam Discovering Children’s Literature misalnya menyenaraikan genre buku kanak-kanak sebagai puisi (termasuk balada dan haiku), sastera tradisional, buku bergambar (termasuk buku abjad dan nombor serta cerita bergambar), fantasi (termasuk fantasi dan fiksyen sains), realisme (termasuk cerita sukan, misteri, sekolah dan keluarga), biografi dan autobiografi, dan juga info.

            Untuk peringkat awal, bahagikan sahaja kepada dua sub-kategori iaitu fiksyen dan bukan fiksyen. Pada masa akan datang kategori mungkin boleh dipecahkan lagi mengikut peringkat umur kanak-kanak sebagaimana Nestlé Children’s Book Prize yang membahagikan kategori karya kepada sasaran pembaca 5 tahun ke bawah, 6-8 tahun dan 9-11 tahun.

            Karya fiksyen termasuklah fiksyen sejarah, fiksyen sains dan lain-lain. Almarhum Mohd. Ismail Sarbini (1950-2006) adalah antara contoh penulis fiksyen kanak-kanak prolifik dan tersohor di tanahair. Beliau merupakan calon yang layak untuk meraih ‘Anugerah Penulis Karya Fiksyen Kanak-kanak Perdana’ jika ia diwujudkan sewaktu hayatnya.

            Majoriti karya Mohd. Ismail Sarbini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ada juga yang terhasil daripada sayembara mengarang seperti Pulau Berukera (terbit pada 1982) yang terhasil daripada Peraduan Mengarang Novel Fiksyen Sains Kanak-kanak DBP 1980.

            Kalau ada ‘Anugerah Penulis Karya Fiksyen Kanak-kanak Perdana’, ‘Anugerah Penulis Karya Bukan Fiksyen Kanak-kanak Perdana’ pula amat wajar diwujudkan. Berdasarkan pengetahuan penulis sehingga kini, tiada langsung sayembara mengarang buku bukan fiksyen kanak-kanak yang bersifat fakta dan maklumat.

            Fakta menunjukkan bahawa dari 2000 hingga 2002, jenis buku kanak-kanak yang tertinggi penggunaannya di Perpustakaan Negara Malaysia adalah fiksyen, lalu diikuti oleh buku-buku bukan fiksyen sains dan teknologi, sains sosial dan bahasa. Tiada siapa yang dapat menafikan akan kepentingan bahan-bahan bacaan bukan fiksyen sedemikian dalam pembinaan ufuk pengetahuan dan pembangunan daya fikir kanak-kanak.

            Di Barat, industri karya kanak-kanak jauh lebih rancak dan jauh lebih serius. Karyawan karya kanak-kanak juga jauh lebih dihargai berbanding di sini yang antara lain disokong oleh mekanisme pemberian anugerah khas kepada penulis yang berjaya menghasilkan karya bermutu tinggi. Penerbit universiti juga aktif menerbitkan bahan bacaan kanak-kanak termasuklah penerbit dari universiti ternama dunia seperti Yale University dan University of Chicago.

            Di Britain wujud anugerah khas Booktrusted Children’s Laureate yang seolah-olah melantik penulis sebagai ‘duta’ kepada kanak-kanak dengan tanggungjawab membangunkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak. Anugerah yang diberikan untuk setiap dua tahun ini membabitkan wang tunai GBP 10 ribu diberikan kepada penulis dan juga pelukis (ilustrator) karya kanak-kanak yang cemerlang.

            Penulis yakin bahawa segala saranan yang diberikan di sini jika menjadi kenyataan mampu menjadi mangkin kepada lebih ramai rakyat Malaysia mahu menulis untuk kanak-kanak. Pun begitu, bukan mudah mahu menulis untuk kanak-kanak. Kehidupan dan pemikiran mereka mesti difahami ibarat kata Andrew Croft dalam The Freelance Writer’s Handbook, “Penulis buku kanak-kanak mesti mampu berfikir seperti kanak-kanak.”

            Akhir kata, saripati wacana menulis untuk kanak-kanak di sini merupakan suatu bentuk kempen menulis untuk kanak-kanak di atas justifikasi masih kurangnya bahan bacaan kanak-kanak tempatan oleh karyawan tempatan. Kempen ini bagaimanapun takkan ke mana selagi golongan penulis kanak-kanak sama ada sepenuh masa atau separuh masa tidak dibela, dihargai dan dimartabatkan.

 

Stan Lee warga berusia emas yang ghairah cipta watak hero fiksyen sains

Ogos 16, 2007 at 7:10 am | In Galaksi penulisan, Kosmos idea | 3 Comments

1922 (28 Disember)
Stan Lee dilahirkan di New York. Ibu bapa: imigran Yahudi dari Romania. Banyak dipengaruhi oleh guru, Mr. Ginsberg. Kata beliau: “Mr. Ginsberg taught me a really great lesson, and it’s one I’ve tried to follow all my life: Whenever I want to communicate to others, I always try to do it in a lighter-hearted way and make it as entertaining as possible.”

1929
Sewaktu zaman ekonomi meleset (1929-1930-an), beliau ikut keluarga berpindah ke sebuah pangsapuri kecil.

1939
Tamat sekolah tinggi ketika berumur 16 tahun.

1940
- Bertugas sebagai pembantu di Timely Publications.
- Terlibat secara tak langsung dengan watak Captain Amerika. Beliat tidak cipta watak tersebut, namun beliau yang beri cadangan warna kostum merah, putih dan biru di samping menulis beberapa cerita mengenainya.

1941
Kali pertama menggunakan nama Stan Lee, merujuk kepada Stanley – “because I felt someday I’d be writing the Great American Novel and I didn’t want to use my real name on these silly little comics.”

1942
Bertugas sebagai tentera AS selama kurang setahun.

Selepas 1955
Era komik merudum. Stan Lee bertugas di bahagian pengurusan di samping menulis kisah monster, Tales to Astonish di samping menulis kisah cinta dan komik Barat.

1961 (November)
Terbit The Fantastic Four #1. Stan Lee hasilkan dialog, Jack Kirby lukis watak.

1963
Menghasilkan The Amazing Spider-Man dalam buku komik Marvel. Stan Lee hasilkan dialog, Steve Ditko lukis watak. Cerita Spider-Man mendapat liputan media disebabkan ada mesej bahaya salah guna dadah oleh watak Harry Osborne, sahabat Peter Parker.

1968
Martin Goodman jual Marvel’s Comic kepada Perfect Film and Chemical Corp. (dikenali sebagai Cadence Industries).

1970
X-Men dihentikan ekoran daripada konflik antara Lee dan Goodman. Lee bagaimanapun meneruskan kerjaya menulis untuk komik2 Marvel yang lain.

1972
Cadence Industries melantik Stan Lee sebagai penerbit. Perubahan kerjaya buat Lee, daripada penulis dan editor kepada penerbit dan pegawai pemasaran. Dia kawal setiap produk Marvel dengan setiap keluaran tertera perkataan ‘Stan Lee Presents’.

1978
Selepas filem Superman diterbitkan, Lee berusaha melayarkan watak2 komik Marvel.

1980-an
Filem-filem kartun berjaya diterbitkan: Spider-Man and His Amazing Friends, G.I.Joe dan Muppet Babies. Filem-filem Howard the Duck, The Punisher dan Captain America bagaimanapun gagal mendapat box-office.

1994
Lee tandatangan kontrak seumur hidup sebagai promoter dengan Marvel Comics.

1996
Marvel diisytiharkan bankrup. Syarikat mahu nafikan kontrak Lee. Lee bawa kes ke mahkamah dan Marvel menang kes. Kontrak baru bagaimanapun dibuat.

1998
- Kontrak sebagai pengerusi emeritus kepada Marvel Enterteinment dengan pendapatan tahunan menghampiri USD 1 juta. Lee berhak dapat 10% daripada keuntungan syarikat daripada filem dan TV.
- Filem watak Blade berjaya dapat sambutan.

2000
- Akhirnya, filem X-Men mendapat box-office.
- Laman web StanLee.net dibina.
- Stan Lee Media ditubuhkan. Bagaimanapun, bisnet Internet yang memuncak pada 1990-an menjunam pada 2000. Lee lalu tubuh POW! Entertainment yang jana filem dan rancangan TV bukan berkonsepkan Marvel.

2002
Spider-Man dapat blockbuster. Lee selaku penerbit eksekutif memastikan filem merujuk kepada komik asal. Filem2 lain menyusul; Dare-devil, X-2: X-Men United, The Incredible Hulk, Spider-Man 2 dan The Fantastic Four.

“I’m aware that there’s got to be time when I’m not going to be able to do this,” katanya. “But I hope that time si far off, because I’m really enjoying what I’m doing. Somewhere inside of this old body, there’s a young guy trapped, trying to get out.”

Bibliografi
Raymond H. Miller (2006). Stan Lee: Creator of Spider-Man. Michigan (?): Thomson Gale.

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.