Biodata

Bio proMemori Manukan

Zulkifli Khair adalah perunding, jurulatih dan penulis bebas. Kini sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang pendidikan berkaitan pendidikan dewasa. Beliau aktif mengendalikan bengkel motivasi, kemahiran insaniah untuk pembangunan diri (untuk pelajar sekolah dan universiti juga dewasa) serta kemahiran menulis.

Penulis 10 buah buku ini (termasuk Online dengan Tuhan dan Offline dengan Syaitan; lihat buku-buku terbitan beliau) merupakan:

  • Jurulatih Bertauliah Deloitte Consulting untuk Iskandar Malaysia Graduate Leadership and Assessment Development (IMGLAD).
  • Jurulatih Bersekutu Irshad Consulting.
  • Jurulatih Bertauliah Kursus Asas Pengurus Kediaman (Home Manager) Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
  • Jurulatih Program Usahawan Muda Bistari (BEY) Johor Corporation (JCorp.).
  • Jurulatih Sambilan ‘Penulisan Kreatif’ dan ‘Pemikiran Kreatif & Penyelesaian Masalah’ UTM.
  • Pensyarah Separuh Masa ‘Cross-Cultural Psychology’, ‘Islamic Psychology’, ‘Creativity & Innovation’ dan ‘Pemikiran Kritis dan Kreatif’ di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM.
  • Tenaga Pengajar Kelas Saudara Baru Negeri Johor (dalam Bahasa Inggeris) Jabatan Agama Johor (JAJ).
  • Penulis Tetap Jendela Selatan DBP Wilayah Selatan (2009).
  • Penulis Separuh Masa untuk UTMSpace.
  • Penulis bersekutu laman MEDKOM milik unit Media, Pejabat MB Negeri Johor.
  • Penulis bersekutu portal MalaysiaHarmoni.com.
  • Salah seorang Penceramah Motivasi Agama Al-Ikhsan Sports (2009).

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1993 dan pernah bertugas di SMS Tengku Abdullah, Raub dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru serta pernah menjadi sukarelawan guru di Sekolah Malaysia Manchester di Manchester UK. Kolumnis majalah Estidotmy (2005-07) serta penulis dan koordinator laman web bertaraf global, www.muslimheritage.com milik Foundation for Science Technology and Civilisation (FSTC) (UK) Ltd. (Mac 2003-Mei 2005) di bawah bimbingan Prof. Salim al-Hasani. dsc02052.jpg Beliau pernah muncul dalam segmen Resensi Buku, TV1 RTM pada 1 Disember 2007 dan ke udara dalam IKIM.fm untuk rancangan bicara buku pada 4 Disember 2008 di samping itu pernah kendalikan latihan hingga ke Brunei dan Qatar.

Beliau adalah ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI), Timbalan Ketua Persatuan Penulis Johor (PPJ) Cawangan Johor Bahru, ahli Malaysian Association of Creativity & Innovation (MACRI) dan ahli Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI).

dsc05604Artikel-artikel terkini beliau termasuklah:

  • ‘Pembelajaran tidak formal dalam ibadah haji’ dalam Dinamika Pembelajaran Dewasa terbitan Penerbit UTM.
  • ‘Program latihan haji Lembaga Tabung Haji di Johor Bahru – Suatu sorotan pengalaman’ (bersama Dr. Hj. Mohd Anuar Abd Rahman) dalam prosiding Education Postgraduate Research Seminar (EDUPRES) of Faculty of Education, UTM, 18-19 November, Johor Bahru, Malaysia.
  • ‘Agama dan Penyembuhan Penyakit’  dalam Cahaya Nov-Dis 2009.
  • ‘Hak cipta: Hak artis dan hak penulis tidak sama’ boleh dibaca dalam Jendela Selatan Ogos 2009.
  • ‘Masa depan penulis muda’ dalam Dewan Sastera September 2009.
  • Sefemto kandela cahaya‘ dalam Mingguan Malaysia 21 Jun 2009.
  • ‘Adab menulis dalam media digital’ dalam Jendela Selatan terbitan DBP Wilayah Selatan April 2009.
  • ‘Deruan yang hilang: Sejarah Keretapi Hijaz dari perspektif kejatuhan al-Quds’ dalam Perspektif April-Jun 2009  terbitan JIM.
  • ‘Nada dakwah dalam isu PPSMI’ dalam Perspektif April-Jun 2009  terbitan JIM.
  • ‘Membina syurga dunia, apa sudah jadi dengan Pak Arab?’ dalam Milenia Muslim Jun 2009.
  • ‘Kenangan 100 Tahun Kereta Api Hijaz’ dalam Dewan Budaya April 2009.
  • ‘Air mata di Gaza’ dalam Milenia Muslim Mac 2009.
  • ‘ASIMO simbol kehebatan dan kelemahan manusia’ dalam Milenia Muslim Februari 2009.
  • ‘Gahnya Islam di China’ dalam Milenia Muslim Januari 2009.
  • ‘Nikmat Berjalan Dengan Betul’ dalam Majalah i Januari 2009. Artikel ini dapat juga dibaca di http://grenbara.bravejournal.com/entry/37318.
  • Kertas kerja ‘Pengorbanan dan Kumpulan Penulis Generasi Y’ dibentangkan dalam Bicara Karya Penulis Johor pada 20 Disember 2008 anjuran Bhg. Teori & Kritikan Sastera DBP dan PPJ dengan kerjasama DBP WS dan PSA MBJB.
  • Ulasan buku ‘Perumpamaan dalam al-Quran, lambang keagungan al-Quran’ dalam Milenia Muslim Disember 2008.
  • ‘Memartabat Tahap Sosioekonomi Umat menerusi Sistem Wakaf’ dalam Milenia Muslim November 2008.DSC06617
  • ‘Qalbun itu Jantung dan Kalbu’ dalam Dewan Bahasa Ogos 2008.
  • ‘Pasca PRU12: Padah Meminggirkan Ilmuwan’ dalam Milenia Muslim Julai 2008.
  • ‘Masjid Salman Penanda Aras Masjid Kampus di Nusantara’ dalam Millenia Muslim Jun 2008.
  • ‘Ajal tidak mengenal usia tua, muda’ dalam Berita Harian 30 Mei 2008. Juga disiarkan di sini.
  • ‘Penulisan Kembara dan Pembelajaran Bahasa’ dalam Dewan Bahasa Mei 2008.
  • ‘Kepuasan menulis bukan sekadar pada nama’ dalam Jendela Selatan April-Mei-Jun 2008.
  • ‘Tulisan Cina di masjid’ dalam Milenia Muslim April 2008.
  • Ulasan buku ‘Bila Tuhan Berbicara dari perspektif dakwah’ dalam Siasah 27 Januari 2008 – 2 Februari 2008.
  • Cerpen pendek ‘DaHANTUa’ dalam Siasah 30 Disember 2007 – 5 Januari 2008.
  • ‘Peradaban Timbuktu’ dalam Dewan Budaya Januari 2008.
  • Wacana penulisan kanak-kanak dalam konteks Malaysia’ dalam Jendela Selatan Disember 2007.

Anugerah-anugerah yang beliau pernah terima adalah Majalah Sekolah Terbaik DBP Wilayah Selatan (2006), finalis Pertandingan Robotik Lego Johor (2005), pemenang cereka sains Karyanet-DBP (2004 & 2005), tempat kedua Pertandingan Esei USM 35 Tahun (2005), pemenang Lomba Cerpen Pendek Yayasan Multimedia Sastra Jakarta (2002; dibukukan dalam Graffiti Imaji), Anugerah Kemanusiaan ‘Gigih’ Sekolah Tun Fatimah (1999), finalis Pertandingan Reka Cipta Sekolah Negeri Johor (1999), Hadiah Sastera Utusan Melayu Public Bank (1995; cerpen ‘Kitul Mandeliar’ diterbitkan dalam antologi Kasut Hitler) dan lain-lain.

Tulisan yang boleh dibaca secara maya termasuklah:

dscn1097.jpg

Sebahagian daripada peserta sebuah bengkel pengurusan Kementerian Pelajaran Putrajaya yang beliau kendalikan.

Bio santai

Dilahirkan pada 5 Zulhijjah. Menurut kalendar Gregory, lahir setarikh kelahiran Muhammad Iqbal, penyair dan ahli falsafah agung dunia Islam serta George Washington, pemimpin kebanggaan Amerika iaitu pada 22 Februari. Pemegang pasport Malaysia tapi belum kesemua tempat di Malaysia dijelajahi. Beliau hanyalah insan kerdil di Galaksi Bima Sakti, miskin dalam kekayaan Tuhan, dangkal dalam kebijaksanaan Tuhan.

Menurut cerita bonda, beliau berketurunan Kiyai Mojo yang pernah berperang dengan Belanda pada abad ke-19 bersama-sama Diponegoro. Kiyai Mojo akhirnya dibuang daerah ke Manado.

Beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1996-2005), SMS Tengku Abdullah, Raub, Pahang (1993-1996), dan pembantu pelajar kepada Profesor Madya Dr. Fadhlullah Jamil, USM (1993). Pengalaman bertugas sebagai operator pemerosesan filem dan cleaner dengan Service Master, Initial Rentokil dan Mitie Group sewaktu di UK (2000-2004) pastinya takkan dapat dilupakan. Begitu juga dengan pengalaman bersama Malaysian Community of Cheetham Hill (MCCH) sebagai AJK MCCH, AJK Malaysian Research Group dan tenaga pengajar Sekolah Malaysia Manchester.

zul-british-lib.JPGArtikel-artikel bukan fisyen dan fiksyen tersiar dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu & Berita Harian, Utusan Sarawak, Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Aniqah, Mastika, Al-Islam, Cahaya, Penita (majalah aktivis wanita), www.MuslimHeritage.com, The Asian People (akhbar orang Asia percuma terbesar di North-West England) dan lain-lain. Penulis entri untuk Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) dan Estidotmy. Artikel-artikel ilmiah tersiar dalam jurnal Islam di Pulau Pinang, jurnal Bestari (Jabatan Pendidikan Johor), prosiding Konferens Penyelidikan Pendidikan Pasca-Graduan Kebangsaan (Universiti Putra Malaysia, Serdang) dan prosiding 1st Malaysian Research Group (MRG) Annual Conference (MRG, Manchester, ISSN: 1478-2316).

Baca sebahagian daripada tulisan beliau di alam maya.

95 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. Tahniah pada cikgu atas segala tulisan yang telah pun disiarkan di beberapa majalah mahupun yang telah dibukukan. Jasa cikgu yang tidak mengenal penat untuk terus menulis bagi meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan kepada umat Islam khususnya memang perlu dicontohi. Diharap ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah cikgu dalam melahirkan tulisan-tulisan yang bermanfaat. So, keep up the good work!

    P/s: saya cuba buka artikel berkenaan muslim’s perception of Dajjal (Antichrist) – a preliminary study. Tapi tak boleh baca full text. Unauthorized. Boleh tak saya nak dapatkan artikel tu? Untuk menambahkan pengetahuan saya saja.

  2. assalammualaikum kanda zul. semoga selalu berada di dalam lindunganNya. saya suka laman web kanda zul. cantik, kemas dan banyak maklumat.
    terima kasih kerana ‘link’kan laman web saya yang masih kosong! sedihnya.
    salam penuh hormat – rakan seperjuangan. semoga tekal lestari.

  3. Saudara/Adik,

    Tahniah atas usaha murni untuk meningkatkan karismatik diri dan masyarakat. Lipat gandakan agar penulisan bekualiti ini hidup subur di kalbu pembaca.

  4. Abang Zul. Terima kasih di atas komen dan SMS. Tulisan subur di kalbu itu suatu cabaran besar lantaran ia harus pula terbit dari kalbu. Doakan. Abang Zul boleh turut serta menulis. Mengapa tidak!

  5. Satu usaha yang murni. Laman web yang kemas dari segu susun atur dan pemilihan warna. Good luck

  6. Terima kasih.

    • bang mau tany cranya nulis biodata gimna

  7. cikgu, congrates ats sume usahe yg tlah dijlnkan.. smoge berjaye..!!

  8. salam…
    Mabruk buat abg…buat sekian kalinya hari ni baru sempat “membelek” habis blog abg…tu pun masih ada yang tak sempat baca…
    sangat bagus dan mengkagumkan…
    actually,banyak benda yg nak belajar dari abg…insyaAllah terkabul juga hasrat tu satu hari nanti..
    semoga dapat berjumpa nanti…raya cina ni,InsyaAllah balik…

  9. Assalamualaikum..

    Anna kebetulan mencari daun tin and kelihatan isteri anta sedang bergambar dgn pokok tin.

    boleh anna tau dimanakah tempat yg ada pokok tin tersebut? Untuk perubatan penyakit diabetis seperti terkandung didlm buku doa & rawatan penyakit. Ustaz Haron Din & Amran Kasimin

  10. Terima kasih di atas kesudian far_z0408 dan saadah untuk meninggalkan jejak2 aksara. Buat Faizal, daun tin tersebut sudahpun dipetik.

  11. Terima kasih..

    Moga rezeki, iman & hidayah sentiasa menyelubungi diri anta & keluarga..

    Insya Allah

  12. Terima kasih di atas doa tersebut.

  13. ‘pengalaman adalah guru terbaik’ + blog anda seumpama bakul yang terisi dengan segala macam perkara baik = amat berguna bagi saya yang masih mentah dalam hidup dan dalam bidang “amal ma’aruf nahi munkar”.

  14. Terima kasih psittacula kerana sudia bertandang ke mari dan meninggalkan mesej yang menginspirasi.

  15. Apa mungkin kursus serupa bisa direalisasi di Bumi Hang Tuah? Kolaborasi sama JIM atau PSI mungkin?

  16. Minta tolong sebarkan. E-mail itu adalah PALSU.

    http://produkhalal.wordpress.com/2007/07/03/ubat-dari-sumber-babi-terdapat-di-pasaran-malaysia/

  17. Assalam alaikum Tuan, salam hormat daripada saya.

  18. Walaikumussalam, salam hormat juga daripada saya.

  19. salam … blog yang memikat hati dengan isi yang memikat jiwa … terpesona rasa… salam ziarah … mohon izin utk add link ni .. terima kasih

  20. Terima kasih. Tak ada masalah. Moga bermanfaat.

  21. Assalammualaikum..
    cikgu.smoga bahagia n berjaya di dunia & akhirat..

  22. Raja Nadia, terima kasih. Semoga Nadia juga cemerlang di menara gading, dunia dan akhirat.

  23. assalamualaikum..encik zul..selepas mengikuti kelas penulisan kreatif tersebut saya sudah mula minat untuk menukarkan idea yang bersarang di minda ke dalam bentuk penulisan..akhirnya saya dapat mengalami erti kepuasan apabila mula menulis. saya amat bersetuju jika ada rakan yang mengatakan blog encik seperti sebuah bakul yang berisi penuh dengan buku. saya juga berharap dapat bekerjasama dengan encik walaupun selepas saya keluar dari UTM nanti.

  24. Assalamualikum syeikh:
    Aku harap kau masih ingat aku. Ingat? Manusia dari Kedah yang tumpang kereta kau ke Puduraya dari Hotel Mandarin Court selepas tamat bengkel penghayatan puitika DBP.Seronok juga baca blog kau. Banyak maklumat. Bila ‘nak mai Penang pulak’? Apapun SELAMAT HARI RAYA utk kau, isteri dan keluarga’ Singgahlah di http://rimbunkasih.wordpress.com dan berikan sedikit komen.
    Salam hormat.

  25. Terima kasih Cikgu Amer, datang ziarah. Tak sempat nak hidang kuih raya. Salam eidulfitri mubarak. Ada rezeki, kita bersua lagi.

  26. salam ziarah cikgu , saya minat menulis, tapi idea susah nak keluar, apa pun, semoga cikgu berjaya dengan karier cikgu … assalamualaikum

  27. Idea sebenarnya lebih mudah dikeluarkan berbanding disusun dan disempurnakan (sampai siaplah).

  28. Assalamu’alaikum,

    Salam ziarah dan silaturrahim dari Batam-Indonesia :)

  29. salam,

    tahniah zul. usaha dan pencapaian yang cemerlang ketika umat ketandusan bimbingan terutama di bidang penulisan ini. teringat lagi ‘adik zul’ yang sudahpun terserlah potensinya ketika sekolah tadika lagi (?1977). itulah pertemuan terakhir sehingga saya menatap laman ini.

    tahniah & tingkatkan perjuangan

  30. Assalamu’alaikum,

    Salam sambung silaturrahim. Terima kasih atas kunjungan balasannya. Semoga senantiasa dalam Rahmat Allah :)

    Wassalam

  31. salam. baru sampai ke sini, melalui carian google. sdr pernah berguru dgn rozi hussin, abang azman hussin ya? tahniah dan selamat berkarya.

  32. salam ziarah…sy student UTM=)

  33. Bagus … salam http://www.webersis.com

  34. :)

  35. Tahniah di atas inisiatif saudara. Salam ziarah dari saya.

  36. Salam kunjungan. Boleh kita bertukar pandangan ttg Dunia Motivasi Remaja?

  37. salam. saudara zul.

    tahniah atas isi kandungan yang amat menarik. semoga istiqamah dan saya akan melawat sentiasa laman penuh maklumat ini. insya-allah

  38. [...] :    Tuan Hj Zulkifli Khair   (sila lihat link di bawah)                  http://ideamenulis. wordpress. com/about/Tempat     :    Pejabat Jim Johor BahruTarikh      :    11 Mei, 2008Masa        [...]

  39. makasihyYYYYYYYyyy… bebanyak coz help me.. untuk menjalan misi folio sejarah dri tokoh prof mazlan..problem nye plak ne biodata x da lah

  40. BUAT KANDA ZUL,, TAHNIAH ATAS KEJAYAAN YG DINIKMATI , SEMOGA KEJAYAN SETERUSNYA BAKAL MENYUSUL DI HARI MENDATANG,
    MENJADIKAN SESEORANG SEBAGAI IDOLA BUNYINYA AMAT MUDAH TAPI BERGANTUNG ATAS USAHA DIRI SENDIRI UNTUK MEREALISASIKANNYA.
    KADANG2 PERNAH TERBIT RASA CEMBURU MELIHAT KEJAYAAN ORG LAIN, TAPI BERSYUKURLAH…. KITA ADALAH KITA, TAK MUNGKIN JADI ORANG LAIN.
    MAAF ATAS KEKURANGAN DALAM BIMBINGAN BENGKEL BAH ARAB TEMPOH HARI. SEMOGA BERJUMPA LAGI,
    WASSALAM…………….

  41. Tahniah!

    Moga terus lebih berjaya dalam penulisan.

    Lama betul tak jumpa – lebih 16 tahun.

    Insyallah akan jenguk lagi blog ni.

  42. Terima kasih buat tinggalan komen buat adinda Eni dan abang Zul.

  43. Salam cikgu.. sy student 1SHY.. tahniah atas pencapaian yg ckgu telah kecapi..smoga smua mndapat manfaat.. d harap cikgu dapat memberi tunjuk ajar kpd sy..smoge cikgu dan family d berkati d dunia n d akhirat..

  44. T kasih Sakinah. Moga kita semua berjaya dengan gemilang.

  45. terima kasih sbb sudi lawat laman blog saya. salam ziarah..moga blog cikgu beri manfaat berguna dlm kehidupan saya

  46. salam buat cikgu,
    saya baru terpanggil utk menjenguk page cikgu selepas mendapat info dr senior…taniah buat cikgu…moga sentiasa berjaya dunia & akhirat…doakan kejayan saya sekali ye cikgu :D

  47. Alhamdulillah, sudah dalam madrasah Ramadhan.

    Banyaknya buku bacaan baru diterima, dibeli. Karya Lanh kata ikhwah dari Kedah amat menarik sebab ianya penaglaman yang perlu kita, umum fahami selaku pembaca akhbar dan pengundi serta penyampai berita sahih dalam dunia blogger.

    Manikam Kalbu – ana banyak cadangkan pada adik-adik ana danpelajar sekolah membacanya.

  48. Terima kasih datang ziarah. Nampaknya penulis kena bagi kredit sebab tolong promo buku atau belanja buka puasa.

  49. Salam buat cikgu zul.

    Saya bekas pelajar sekolah tun fatimah. Punya memori bermain ping-pong bersama cikgu dan cikgu zawawi. Juga sedikit memori sebagai pelajar kelas sains dan kelas fizik ajaran cikgu. semua maklum, you are a great teacher.

    Syukur saya pada Ilahi, akhirnya saya ketemu cikgu di sini. Ilham-Nya pada malam ini adalah hadiah Ramadhan tahun ini.

    A great man like you sentiasa dirindui. :)

  50. Salam buat cikgu zul.

    Saya bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah (9600). Punya memori bermain ping-pong bersama cikgu dan cikgu zawawi. Juga sedikit memori sebagai pelajar kelas sains dan kelas fizik ajaran cikgu. semua maklum, you are a great teacher.

    Syukur saya pada Ilahi, akhirnya saya ketemu cikgu di sini. Ilham-Nya pada malam ini adalah antara hadiah Ramadhan tahun ini.

    A great man like you is always be missed. :)

  51. Assalamualaikum cikgu,
    Saye x-student cikgu STF 9600. wah, semakin maju cikgu skarang. Baru tau pasal blog cikgu ni. All the best to you!!

  52. Salam Ta’aruf,

    Seronok dapat singgah di blog yang memperjuangkan budaya ilmu sebegini. Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk terus menulis..

  53. M. I. Syakir. Terima kasih datang berkunjung dan tinggalkan komen. Salam ta’aruf.

  54. Siti Fatimah & Nurul Afzan. Terima kasih banyak2 di atas ingatan. Moga berjaya dalam kerjaya, rumahtangga, dunia & akhirat. Ramadan karim.

  55. salam cg..sy hazizi ishak, studnt 1shy.. TAHNIAH!!! di atas semua pencapaian yang cg. kecapi.. sy begitu bsemangt apbl melihat pncapain2 yg cg perolehi… dan ia juga mberi dorongn kpd sy utk trus mju dan cmrlg dlm hdup… smoga apa yg cg ushakn slama ini mberi feadah kpd smua…. sy juga mgharpkn cg dpt mberi tnjuk ajar kpd sy dalm mcapai kcmrlangan….. sy mdoakan agr cg dan family sntiasa mdapt kbrkatn d dnia mahupun di akhirat…. SLAMT BERPUASA!!! :-)

  56. Salam Pak Zul!

    masyaAllah indahnya ayat yang digunakan: “miskin dalam kekayaan Tuhan, dangkal dalam kebijaksanaan Tuhan”

    - Bekas Pelajar Pak Zul Yang Tak Pandai Fizik :D

  57. salam ziarah,
    wah saudara memang hebat!

  58. M Ridwanto, terima kasih. Namun usah banyak puji.

  59. tahniah abg zul khair, beliau pernah menjadi naqib usrah saya sewaktu di USM Penang tahun 90an..

  60. salam pak zul ittewww,
    terimakasih kerana sudi menjadi rakan flickr.. semoga usaha yg tidak seberapa ini dapat sama-sama kita manfaatkan.. insyaAllah.. nice blog – keep it up

  61. Tahniah dengan kejayaan Encik Zulkifli. Semoga terus sukses.

  62. Syukriya Cikgu Ayu!

  63. assalamualaikum cikgu..

    lame xdgr kabar cikgu..bile jumpe page cikgu nih pon da kire okay la..sbb dpt taw la pekembangan cikgu kan..
    so all da best in life cikgu.. :D

  64. Tahniah cikgu zul!!!
    dah lame x dengar cite dari cikgu…
    so bile dh tau psl blog nih…
    alhamdulillah…
    bangge sebab penah dpt belajar dengan cikgu…
    terime kaseh utk segalanya….
    moga Allah memberkati cikgu dan melimpahkan segala rahmatnya ke atas cikgu…
    semoga maju jaya….

  65. salam ckgu a.k.a pak zul..
    cograts!!wish u’ll
    be 1 of the best writter
    in the world,

    ex-stfian(0206)

  66. Terima kasih Izzatul Nadzirah & Alai. Moga kalian berjaya dengan cemerlang di dunia & akhirat!

  67. Salam cikgu,

    saya ex-stf batch 937, ex-anak jagaan cikgu dorm C-2-3 juga (err..betulkan?). Baru ketemu blog cikgu nih beberapa minit lepas. MasyaAllah, saya merupakan antara pembaca Milenia Muslim, tapi boleh tak terperasan cikgu. Tahniah atas pencapaian cikgu yang membanggakan!

  68. Saya juga ada menang cereka dan puisi sains karyanet 2004 da 2005. Kalau encik Zul hadir penyampaian hadiah, bermakna kita pernah berjumpa.

  69. Maaf, tak perasan. Pada 2004, saya sebilik dengan penulis Trengganu. Pada 2005, saya sebilik dengan penulis Johor tapi dia tak tidur di situ (Quality Hotel). Tahniah Nik!

  70. salam cikgu zul..
    saya nak tanye ape itu ahli sufi dan apakah maknanya ahli sufi yang bukan muslim yang cikgu ada nyatakan dalam kelas psikologi islam 1shy..

  71. Ahli sufi umumnya bermaksud orang yang serius mahu menyucikan diri secara sistematik dan berdisiplin. Yang saya maksudkan tadi, di Barat terutama di AS terdapat sekumpulan bukan Islam yang mahu mengisi jiwa yang kosong dengan mengamalkan sufisme, manakala mereka gelar diri mereka sebagai ahli sufi tapi bukan sebagai orang Islam.

  72. salam cg….best la blOg Cg….dh bYk yg sY dPt daRi bLog ni…moGa cG aKn tRus mjU kHdPn…

  73. Terima kasih Raidah, selamat berjaya!

  74. Assalamualaikum akhi.
    KRJ JIM Johor berhajat nak panggil akhi untuk jadi pengendali Bengkel Penulisan. Bagaimana boleh kami hubungi?

  75. assalamualaikum cikgu zul…
    sy x-student cikgu,fizik..batch 0105, i’m glad to become one of your student..and thankx a lot..and also congratulations for all the achievements.

  76. Terima kasih Aida Raihana kerana datang ziarah dan masih ingatkan saya. Logiknya anda sekarang sudahpun bertugas. Selamat bertugas dan berjaya di dunia dan akhirat!

  77. time kasih atas kesudian persahabatan cgu dgn sy..moga Allah memberkati cikgu dan melimpahkan segala rahmatnya ke atas cikgu…
    semoga maju jaya….

  78. Salam cikgu,
    Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan dengan cikgu, insyaAllah perkara baik. Harap boleh email saya kerana saya takde email cikgu. Terima kasih.
    Zaim.

  79. Salam perkenalan Abu Irfan @ Zaim. Salam ukhuwwah.

  80. salam….dalam pencarian idea untuk belajar “menulis”, terbuka lembaran saudara. harap mendapat panduan untuk cara-cara menulis yang ilmiah dan berfaedah. Semoga sentiasa dirahmati Allah.

    • Ahlan Razana. Ada beberapa tip menulis tapi tidak sistematik. Ada rancangan untuk sistematikkannya, bukan sekarang. Satu kaedah adalah dengan mencari entri berkaitan menerusi tag ‘Galaksi penulisan’. Terima kasih.

  81. hai saya rabani.:) :( :

  82. salam….dalam pencarian idea untuk belajar “menulis”, terbuka lembaran saudara. harap mendapat panduan untuk cara-cara menulis yang ilmiah dan berfaedah. Semoga sentiasa dirahmati Allah.

    Komen oleh razana — Julai 2, 2009 #
    Balas

    *

    Ahlan Razana. Ada beberapa tip menulis tapi tidak sistematik. Ada rancangan untuk sistematikkannya, bukan sekarang. Satu kaedah adalah dengan mencari entri berkaitan menerusi tag ‘Galaksi penulisan’. Terima kasih.

    Komen oleh zulkhair — Julai 2, 2009 #
    Balas

  83. salam cg…
    cg, x t’sngka saya cg jd pensyarah saya pulak…

    • He, he, selamat bertemu kembali. Tahniah!

  84. salam..
    ckgu,ckgu jdlah 1 of kolumnis majalah Solusi..
    my fevret mag!hehe
    jz cdgn je.. :)

    • Hani, saya belum mencuba. Bagaimanapun buat masa ini, tanggungjawab yang sedia ada sudah cukup banyak untuk digalas. Cadangan yang menarik!

  85. Assalamualaikum Tn. Zulkifli. Saya Mohd. Azrol dari Pasir Gudang. Ketika ini,
    saya bertugas di SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang. Saya berhasrat untuk
    menemuramah tuan zulkifli iaitu sebagai memenuhi keperluan subjek ‘Inovasi
    Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu’ yang sedang saya ikuti di bawah pengajaran Shamsudin Othman di UPM. Jika tuan tidak keberatan dan bersetuju, saya akan emelkan soalan temuramah tersebut. Atau pun ada cara lain yang boleh saya lakukan untuk tujuan ini? Besarlah harapan saya untuk perkara ini kepada pihak tn. Zulkifli. Terima kasih.

  86. Salam Tuan Zul, tahniah di atas blog tuan yang sarat dengan gedung ilmu. Teruskan usaha. Cikgu Amir tu kat kampung saya, jarang jugak jumpa. Last jumpa awal tahun kat MAsjid Pt Jawa.

    • Ust Tuba, terima kasih. Benar, Cikgu Amir ada sebut nama enta, makna dia ingat entalah tu. Masih tak boleh lupa, betapa cepat mesranya bila bersama dengan abang enta, Hj Nurhuda sewaktu kami di Hanoi.

  87. mcm mn saya boleh menempah buku tulis s.a daerah johor bahru???boleh kol saya ke???URGENT


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entri-entri dan komen feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.