Biodata

ZULKIFLI KHAIR dilahirkan di Muar, Johor. Nama adalah sempena nama Prof. Zulkifli Muhammad (1927-1964), juga nama Nabi Zulkifli AS. Beliau adalah produk SMKA (Maahad) Muar, Kolej Islam Klang, USM, UTM dan Writers Bureau College of Journalism (Manchester UK), dan kini merupakan calon PhD dalam bidang pengurusan di UTM.

Zulkhair Bengkel Penulisan WanitaBeliau merupakan perunding latihan, penulis, pensyarah dan penceramah di samping merupakan tenaga pengajar bertauliah Jabatan Agama Johor untuk saudara kita serta aktivis Hidayah Centre Johor. Beliau telah hasilkan lebih 10 buah buku termasuk Online dengan Tuhan dan Offline dengan Syaitan. Beliau juga menulis skrip filem dokumentari 30 episod Palestin Bumi Para Anbiya’, untuk siaran awal di Astro Oasis 2011.

Beliau adalah kolumnis majalah Estidotmy (2005-07) dan Jendela Selatan (2009-10) serta sering menjadi penyumbang buat Millenia Muslim (2008-2009). Beliau juga adalah penulis dan koordinator laman web yang pernah dicalonkan untuk anugerah BAFTA, http://www.muslimheritage.com milik Foundation for Science Technology and Civilisation (FSTC) (UK) Ltd. (Mac 2003-Mei 2005) di bawah bimbingan Prof. Salim al-Hasani.

Beliau adalah Timbalan Ketua Persatuan Penulis Johor (PPJ) Cawangan Johor Bahru, ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI), dan Perunding Inovasi kepada HQ Nutraceutical Sdn. Bhd. Beliau juga pernah mendapat beberapa anugerah penulisan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk Johan Sayembara Cerpen Berunsur Islam Ke-13.

97 thoughts on “Biodata

  1. Tahniah pada cikgu atas segala tulisan yang telah pun disiarkan di beberapa majalah mahupun yang telah dibukukan. Jasa cikgu yang tidak mengenal penat untuk terus menulis bagi meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan kepada umat Islam khususnya memang perlu dicontohi. Diharap ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah cikgu dalam melahirkan tulisan-tulisan yang bermanfaat. So, keep up the good work!

    P/s: saya cuba buka artikel berkenaan muslim’s perception of Dajjal (Antichrist) – a preliminary study. Tapi tak boleh baca full text. Unauthorized. Boleh tak saya nak dapatkan artikel tu? Untuk menambahkan pengetahuan saya saja.

  2. assalammualaikum kanda zul. semoga selalu berada di dalam lindunganNya. saya suka laman web kanda zul. cantik, kemas dan banyak maklumat.
    terima kasih kerana ‘link’kan laman web saya yang masih kosong! sedihnya.
    salam penuh hormat – rakan seperjuangan. semoga tekal lestari.

  3. Saudara/Adik,

    Tahniah atas usaha murni untuk meningkatkan karismatik diri dan masyarakat. Lipat gandakan agar penulisan bekualiti ini hidup subur di kalbu pembaca.

  4. Abang Zul. Terima kasih di atas komen dan SMS. Tulisan subur di kalbu itu suatu cabaran besar lantaran ia harus pula terbit dari kalbu. Doakan. Abang Zul boleh turut serta menulis. Mengapa tidak!

  5. salam…
    Mabruk buat abg…buat sekian kalinya hari ni baru sempat “membelek” habis blog abg…tu pun masih ada yang tak sempat baca…
    sangat bagus dan mengkagumkan…
    actually,banyak benda yg nak belajar dari abg…insyaAllah terkabul juga hasrat tu satu hari nanti..
    semoga dapat berjumpa nanti…raya cina ni,InsyaAllah balik…

  6. Assalamualaikum..

    Anna kebetulan mencari daun tin and kelihatan isteri anta sedang bergambar dgn pokok tin.

    boleh anna tau dimanakah tempat yg ada pokok tin tersebut? Untuk perubatan penyakit diabetis seperti terkandung didlm buku doa & rawatan penyakit. Ustaz Haron Din & Amran Kasimin

  7. ‘pengalaman adalah guru terbaik’ + blog anda seumpama bakul yang terisi dengan segala macam perkara baik = amat berguna bagi saya yang masih mentah dalam hidup dan dalam bidang “amal ma’aruf nahi munkar”.

  8. Apa mungkin kursus serupa bisa direalisasi di Bumi Hang Tuah? Kolaborasi sama JIM atau PSI mungkin?

  9. salam … blog yang memikat hati dengan isi yang memikat jiwa … terpesona rasa… salam ziarah … mohon izin utk add link ni .. terima kasih

  10. assalamualaikum..encik zul..selepas mengikuti kelas penulisan kreatif tersebut saya sudah mula minat untuk menukarkan idea yang bersarang di minda ke dalam bentuk penulisan..akhirnya saya dapat mengalami erti kepuasan apabila mula menulis. saya amat bersetuju jika ada rakan yang mengatakan blog encik seperti sebuah bakul yang berisi penuh dengan buku. saya juga berharap dapat bekerjasama dengan encik walaupun selepas saya keluar dari UTM nanti.

  11. Assalamualikum syeikh:
    Aku harap kau masih ingat aku. Ingat? Manusia dari Kedah yang tumpang kereta kau ke Puduraya dari Hotel Mandarin Court selepas tamat bengkel penghayatan puitika DBP.Seronok juga baca blog kau. Banyak maklumat. Bila ‘nak mai Penang pulak’? Apapun SELAMAT HARI RAYA utk kau, isteri dan keluarga’ Singgahlah di http://rimbunkasih.wordpress.com dan berikan sedikit komen.
    Salam hormat.

  12. salam ziarah cikgu , saya minat menulis, tapi idea susah nak keluar, apa pun, semoga cikgu berjaya dengan karier cikgu … assalamualaikum

  13. salam,

    tahniah zul. usaha dan pencapaian yang cemerlang ketika umat ketandusan bimbingan terutama di bidang penulisan ini. teringat lagi ‘adik zul’ yang sudahpun terserlah potensinya ketika sekolah tadika lagi (?1977). itulah pertemuan terakhir sehingga saya menatap laman ini.

    tahniah & tingkatkan perjuangan

  14. Pingback: Blog JIM Johor » Blog Archive » 11/05/08-Kursus Penulisan Artikel : Tuan Hj Ustaz Zulkifli Khair

  15. Pingback: Blog JIM Johor » Blog Archive » Bengkel Satu Hari Penulisan Artikel - Tulisthon Islam Untuk Masyarakat Majmuk

  16. makasihyYYYYYYYyyy… bebanyak coz help me.. untuk menjalan misi folio sejarah dri tokoh prof mazlan..problem nye plak ne biodata x da lah

  17. BUAT KANDA ZUL,, TAHNIAH ATAS KEJAYAAN YG DINIKMATI , SEMOGA KEJAYAN SETERUSNYA BAKAL MENYUSUL DI HARI MENDATANG,
    MENJADIKAN SESEORANG SEBAGAI IDOLA BUNYINYA AMAT MUDAH TAPI BERGANTUNG ATAS USAHA DIRI SENDIRI UNTUK MEREALISASIKANNYA.
    KADANG2 PERNAH TERBIT RASA CEMBURU MELIHAT KEJAYAAN ORG LAIN, TAPI BERSYUKURLAH…. KITA ADALAH KITA, TAK MUNGKIN JADI ORANG LAIN.
    MAAF ATAS KEKURANGAN DALAM BIMBINGAN BENGKEL BAH ARAB TEMPOH HARI. SEMOGA BERJUMPA LAGI,
    WASSALAM…………….

  18. Tahniah!

    Moga terus lebih berjaya dalam penulisan.

    Lama betul tak jumpa – lebih 16 tahun.

    Insyallah akan jenguk lagi blog ni.

  19. Salam cikgu.. sy student 1SHY.. tahniah atas pencapaian yg ckgu telah kecapi..smoga smua mndapat manfaat.. d harap cikgu dapat memberi tunjuk ajar kpd sy..smoge cikgu dan family d berkati d dunia n d akhirat..

  20. terima kasih sbb sudi lawat laman blog saya. salam ziarah..moga blog cikgu beri manfaat berguna dlm kehidupan saya

  21. salam buat cikgu,
    saya baru terpanggil utk menjenguk page cikgu selepas mendapat info dr senior…taniah buat cikgu…moga sentiasa berjaya dunia & akhirat…doakan kejayan saya sekali ye cikgu 😀

  22. Alhamdulillah, sudah dalam madrasah Ramadhan.

    Banyaknya buku bacaan baru diterima, dibeli. Karya Lanh kata ikhwah dari Kedah amat menarik sebab ianya penaglaman yang perlu kita, umum fahami selaku pembaca akhbar dan pengundi serta penyampai berita sahih dalam dunia blogger.

    Manikam Kalbu – ana banyak cadangkan pada adik-adik ana danpelajar sekolah membacanya.

  23. Salam buat cikgu zul.

    Saya bekas pelajar sekolah tun fatimah. Punya memori bermain ping-pong bersama cikgu dan cikgu zawawi. Juga sedikit memori sebagai pelajar kelas sains dan kelas fizik ajaran cikgu. semua maklum, you are a great teacher.

    Syukur saya pada Ilahi, akhirnya saya ketemu cikgu di sini. Ilham-Nya pada malam ini adalah hadiah Ramadhan tahun ini.

    A great man like you sentiasa dirindui. 🙂

  24. Salam buat cikgu zul.

    Saya bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah (9600). Punya memori bermain ping-pong bersama cikgu dan cikgu zawawi. Juga sedikit memori sebagai pelajar kelas sains dan kelas fizik ajaran cikgu. semua maklum, you are a great teacher.

    Syukur saya pada Ilahi, akhirnya saya ketemu cikgu di sini. Ilham-Nya pada malam ini adalah antara hadiah Ramadhan tahun ini.

    A great man like you is always be missed. 🙂

  25. salam cg..sy hazizi ishak, studnt 1shy.. TAHNIAH!!! di atas semua pencapaian yang cg. kecapi.. sy begitu bsemangt apbl melihat pncapain2 yg cg perolehi… dan ia juga mberi dorongn kpd sy utk trus mju dan cmrlg dlm hdup… smoga apa yg cg ushakn slama ini mberi feadah kpd smua…. sy juga mgharpkn cg dpt mberi tnjuk ajar kpd sy dalm mcapai kcmrlangan….. sy mdoakan agr cg dan family sntiasa mdapt kbrkatn d dnia mahupun di akhirat…. SLAMT BERPUASA!!! 🙂

  26. Salam Pak Zul!

    masyaAllah indahnya ayat yang digunakan: “miskin dalam kekayaan Tuhan, dangkal dalam kebijaksanaan Tuhan”

    – Bekas Pelajar Pak Zul Yang Tak Pandai Fizik 😀

  27. salam pak zul ittewww,
    terimakasih kerana sudi menjadi rakan flickr.. semoga usaha yg tidak seberapa ini dapat sama-sama kita manfaatkan.. insyaAllah.. nice blog – keep it up

  28. assalamualaikum cikgu..

    lame xdgr kabar cikgu..bile jumpe page cikgu nih pon da kire okay la..sbb dpt taw la pekembangan cikgu kan..
    so all da best in life cikgu..
    😀

  29. Tahniah cikgu zul!!!
    dah lame x dengar cite dari cikgu…
    so bile dh tau psl blog nih…
    alhamdulillah…
    bangge sebab penah dpt belajar dengan cikgu…
    terime kaseh utk segalanya….
    moga Allah memberkati cikgu dan melimpahkan segala rahmatnya ke atas cikgu…
    semoga maju jaya….

  30. Salam cikgu,

    saya ex-stf batch 937, ex-anak jagaan cikgu dorm C-2-3 juga (err..betulkan?). Baru ketemu blog cikgu nih beberapa minit lepas. MasyaAllah, saya merupakan antara pembaca Milenia Muslim, tapi boleh tak terperasan cikgu. Tahniah atas pencapaian cikgu yang membanggakan!

  31. Maaf, tak perasan. Pada 2004, saya sebilik dengan penulis Trengganu. Pada 2005, saya sebilik dengan penulis Johor tapi dia tak tidur di situ (Quality Hotel). Tahniah Nik!

  32. salam cikgu zul..
    saya nak tanye ape itu ahli sufi dan apakah maknanya ahli sufi yang bukan muslim yang cikgu ada nyatakan dalam kelas psikologi islam 1shy..

  33. Ahli sufi umumnya bermaksud orang yang serius mahu menyucikan diri secara sistematik dan berdisiplin. Yang saya maksudkan tadi, di Barat terutama di AS terdapat sekumpulan bukan Islam yang mahu mengisi jiwa yang kosong dengan mengamalkan sufisme, manakala mereka gelar diri mereka sebagai ahli sufi tapi bukan sebagai orang Islam.

  34. assalamualaikum cikgu zul…
    sy x-student cikgu,fizik..batch 0105, i’m glad to become one of your student..and thankx a lot..and also congratulations for all the achievements.

  35. Terima kasih Aida Raihana kerana datang ziarah dan masih ingatkan saya. Logiknya anda sekarang sudahpun bertugas. Selamat bertugas dan berjaya di dunia dan akhirat!

  36. time kasih atas kesudian persahabatan cgu dgn sy..moga Allah memberkati cikgu dan melimpahkan segala rahmatnya ke atas cikgu…
    semoga maju jaya….

  37. Salam cikgu,
    Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan dengan cikgu, insyaAllah perkara baik. Harap boleh email saya kerana saya takde email cikgu. Terima kasih.
    Zaim.

  38. salam….dalam pencarian idea untuk belajar “menulis”, terbuka lembaran saudara. harap mendapat panduan untuk cara-cara menulis yang ilmiah dan berfaedah. Semoga sentiasa dirahmati Allah.

    • Ahlan Razana. Ada beberapa tip menulis tapi tidak sistematik. Ada rancangan untuk sistematikkannya, bukan sekarang. Satu kaedah adalah dengan mencari entri berkaitan menerusi tag ‘Galaksi penulisan’. Terima kasih.

  39. salam….dalam pencarian idea untuk belajar “menulis”, terbuka lembaran saudara. harap mendapat panduan untuk cara-cara menulis yang ilmiah dan berfaedah. Semoga sentiasa dirahmati Allah.

    Komen oleh razana — Julai 2, 2009 #
    Balas

    *

    Ahlan Razana. Ada beberapa tip menulis tapi tidak sistematik. Ada rancangan untuk sistematikkannya, bukan sekarang. Satu kaedah adalah dengan mencari entri berkaitan menerusi tag ‘Galaksi penulisan’. Terima kasih.

    Komen oleh zulkhair — Julai 2, 2009 #
    Balas

  40. Assalamualaikum Tn. Zulkifli. Saya Mohd. Azrol dari Pasir Gudang. Ketika ini,
    saya bertugas di SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang. Saya berhasrat untuk
    menemuramah tuan zulkifli iaitu sebagai memenuhi keperluan subjek ‘Inovasi
    Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu’ yang sedang saya ikuti di bawah pengajaran Shamsudin Othman di UPM. Jika tuan tidak keberatan dan bersetuju, saya akan emelkan soalan temuramah tersebut. Atau pun ada cara lain yang boleh saya lakukan untuk tujuan ini? Besarlah harapan saya untuk perkara ini kepada pihak tn. Zulkifli. Terima kasih.

  41. Salam Tuan Zul, tahniah di atas blog tuan yang sarat dengan gedung ilmu. Teruskan usaha. Cikgu Amir tu kat kampung saya, jarang jugak jumpa. Last jumpa awal tahun kat MAsjid Pt Jawa.

    • Ust Tuba, terima kasih. Benar, Cikgu Amir ada sebut nama enta, makna dia ingat entalah tu. Masih tak boleh lupa, betapa cepat mesranya bila bersama dengan abang enta, Hj Nurhuda sewaktu kami di Hanoi.

Tinggalkan Jawapan kepada rajanadia Batal balasan