Beli buku?
Sebahagian daripada buku2 kerdil ini boleh diprebiu (dibaca untuk beberapa bab) di sini. Buat masa ini, sebarang tempahan buku, bolehlah e-mel kepada saya menerusi zuhaka@gmail.com. Terima kasih di atas sokongan anda.
Buku motivasi remaja agama Online dengan Tuhan terbitan PTS Islamika.

Dalam proses cetakan kedua selepas kurang lebih tiga bulan di pasaran. Alhamdulillah.
Buku Ilmiah Hadiah Nobel dan Kreativiti Sains terbitan Penerbit UTM.
- Buku ini pernah dibicarakan pada 22 Oktober 2008 di PSZ UTM.
- Buku ini tersenarai dalam bibliografi Mengangkasa Pengajian Tinggi oleh Datuk Prof Ir Zaini Ujang.
Novel dewasa Meniti Batas terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
- Buku ini disempurnakan pelancarannya oleh SN Datuk A Samad Said pada 7 Jun 2008 di DBP.
- Diulas oleh Hassan Alias dalam Dewan Sastera November 2008.
501 Soal Jawab Haji dan Umrah
Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji & Umrah
Harga: RM 15.00. Lihat testimonial.
Cerita-cerita Motivasi untuk Ibadah Haji dan Umrah
Harga: RM 14.50.
Novel kanak-kanak, Hore, kita menang!
Novel karya Zulkifli Khair dan Dr. Ida Idayu Muhamad ini amat sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar Tahap 2 sekolah kebangsaan dan pelajar-pelajar menengah rendah.
Novel yang mengimbau senario dunia kanak-kanak 80-an (dengan latar kampung Serkam, Melaka) meletakkan unsur pengalaman anak-anak kampung dan pengembaraan sebagai teras utama. Fuad, Napi, Along, Zali, Munir, Jeri, Idah dan Shipah enggan kilang tembakau didirikan di kampung mereka demi pemeliharaan alam sekitar kampung yang mereka cintai. Pertemuan terowong misteri bawah tanah memberikan beberapa petunjuk penting buat mereka sehingga membawa kepada kegagalan projek kilang tersebut.
Harga: RM 13.00 (Sem. M’sia). Harga: RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
Perbahasan mengenai kulit muka depan Hore, Kita Menang boleh dilihat di diskusi ilmiah UNIKA PTS.
Jemput baca beberapa bab novel di sini.
Akan terbit pada 2008 (insya-Allah):
Doa-doa Haji dan Umrah (PTS Millennia), Horizon R&D: Kreativiti Pencetus Inovasi (Penerbit UiTM) dan novel kanak-kanak Malaikat Kecil (PTS).
Lihat biodata mereka yang pernah menulis bersama saya.
TULISAN yang dibukukan sebelum ini termasuklah:
- Islam di Pulau Pinang (1994) terbitan Majlis Agama Islam Pulau Pinang, tulisan bersama Badrolhisham Ibrahim (memuatkan esei sejarah awal Islam di Pulau Pinang dan Masjid Batu Uban; pernah mendapat citation untuk Journal of Southeast Sosial Studies (2002) terbitan Cambridge University Press).
- Kasut Hitler (1996) terbitan UP&D (memuatkan cerpen Kitul Mandeliar mengenai virus komputer yang bernama Kitul Mandeliar; memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1995).
- Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (2000) terbitan DBP (memuatkan entri Sekolah Tuan Fatimah).
- Graffiti Imaji (2003) terbitan Yayasan Multimedia Sastra, Jakarta, Indonesia (memuatkan cerpen pendek berjudul ‘Mematai Lelaki SB’ yang memenangi Lomba Cerpen Pendek Yayasan Multimedia Sastra).
21 Komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan Jawapan
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entri-entri dan komen feeds.











[...] Books jump to navigation [...]
Pingback by Hendak beli novel? Sila ke halaman ‘books’ « Idea menulis— Ogos 1, 2007 #
tertanya-tanya bila keputusan sayembara menulis novel kanak-kanak dan remaja dewan bahasa dan pustaka 2007 akan diumumkan
Komen Oleh efieza— Ogos 5, 2007 #
Saya tak letak harapan tinggi. Saya siapkan cereka sains remaja saya dalam keadaan tergesa2. Efieza? Siapa?
Komen Oleh zulkhair— Ogos 6, 2007 #
promo bang, jangan tak promo! hehehe selamat hari raya zul …
Komen Oleh serunai faqir— Oktober 27, 2007 #
SF, yang penting usaha. Rezeki di tangan Allah.
Komen Oleh zulkhair— Oktober 28, 2007 #
askum
zul
tahniah kerana berjaya menulis buku denga ceemerlang
teruskan usaha.
semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya untuk
kita cemerlang di dunia dan akirat.
dr abd razak kik 85-86
Komen Oleh abd razak abu chik— Oktober 29, 2007 #
Tahniah, Zul
Usaha yang, andai diniat kerana Allah pasti ada ‘jaminan’ kebajikan. Rezeki itu ‘ketentuan’ milik Tuhan di langit dan di bumi. Nanti saya promokan di http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com. Macam mana dengan novel Segurih Rasa? Saya dimaklumkan ada 3 buah novel KAPEZI yang ditolak penerbitannya termasuk ‘Bergulung’! Maklum ke?
Komen Oleh al-Kurauwi— Oktober 30, 2007 #
Terima kasih Ust Abd. Razak dan Ust Azman. Menulis buku yang secara langsung membabitkan agama memberikan kesan batin yang berbeda. Selain itu, inilah sebahagian daripada khidmat bakti kepada ayahanda dan tentunya kepada agama.
Komen Oleh zulkhair— Oktober 30, 2007 #
mr.zul!
good work!=)
–redax05
Komen Oleh atiqa saleh— Oktober 31, 2007 #
Salam Zul,
Saya nak order “Hore Kita Menang”. Tolong sms bank & akaun no. nanti saya bank in.Jzkk.
Wassalam.
shamsul/sg buloh.
(dah lama berkawan)
Komen Oleh shamsul— November 4, 2007 #
Assalamu alaikum,
My name is Malek Yamani. I am a psychologist and I am looking for books of Malik Badri in English. Where may I find them?
Jazakumu-llahu khaira
Malek
Komen Oleh Malek Yamani— Mac 24, 2008 #
Akhi Zulkifli Khair,
Ana kagum dengan produktiviti anta dalam menulis, teruskan menulis akhi, terutamanya dalam menghasilkan novel-novel Melayu.
Komen Oleh Ahmad Mokhzani— Oktober 21, 2008 #
Bro Malek.
You may go to the book shop like at International Islamic University Malaysia, Gombak, ISTAC KL or International Institute of Islamic Thought, US, or buying thru online such as at Astrolabe.com, Halalco.com, or Amazon.com.
Bro Mokhzani
Terima kasih. Semuanya anugerah Tuhan di samping sokongan keluarga dan kawan-kawan.
Komen Oleh zulkhair— Oktober 21, 2008 #
[...] Buku [...]
Pingback by PBAKL 2009 « Idea menulis— Mac 17, 2009 #
assalammualaikum..
cikgu Zul,
saya sdh lma mncr buku Hooray! Kita Menang
tp tak jumpa
boleh tak saya nk order online dgn cikgu?
terima kasih.
Komen Oleh R.Nurul Nadia— Januari 31, 2010 #
Raja Nurul Nadia, sila rujuk e-mel yang baru saya hantar. Terima kasih di atas sokongan, selamar berjaya!
Komen Oleh zulkhair— Januari 31, 2010 #
Assalamualaikum.
Salam Ziarah. =)
InsyaAllah Syed ziarah lagi blog ini.
Jumpa lagi En Zul.
Komen Oleh Syed Hanafie— Februari 19, 2010 #
Terima kasih Syed Hanafie al-Yahya!
Komen Oleh zulkhair— Februari 20, 2010 #
sama2 En Zul. Mari bersama membangunkan ummah dan membina generasi Al-Quran dan Hadis. =)
Semoga dakwah islamiah berkembang luas. Amin.
Komen Oleh Syed Hanafie— Februari 23, 2010 #
Tahniah diucapkan!
Komen Oleh Bookcafe— Disember 14, 2010 #
Terima kasih pihak pengurusan Bookcafe!
Komen Oleh zulkifli khair— Disember 18, 2010 #