Bicara karya oleh Zaini Ujang 1

BERBALOI. Alhamdulillah saya berpeluang mengikuti Program Bicara Karya oleh Dato’ Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang TNC (Penyelidikan dan Inovasi) yang baru sahaja diketahui pada paginya (19.12.2007). Ia merupakan anjuran Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM dan akan dijadikan tradisi. Bicara karya termasuklah pembicaraan karya agung, karya yang menginspirasi dan seumpamanya. Menurut Zaini Ujang, orang akademik khususnya perlu mempunyai kehebatan dan kebolehan berfikir, membaca dan menulis sekali gus mengajak pensyarah, pustakawan dan mereka yang terlibat secara langsung dengan universiti agar menulis sebagai tuntutan fardu kifayah.

Seterusnya, Zaini Ujang menyenaraikan 5 buku penting bagi diri beliau:

  • Penjelasan Budaya Ilmu (WMNWD). Beri inspirasi untuk jadi sarjana bukan pedagang.
  • Man and Nature (Seyeed Hossein Nasr). Penting dalam kerjaya berkaitan alam sekitar.
  • Science and Civilisation in Islam (Sayyed Hosseein Nasr). Penting dalam kerjaya berkaitan alam sekitar.
  • 7 Habits of Highly Effective People (Stephen Covey). Penting dalam kerjaya berkaitan pengurusan.
  • Passion for Success (Kazuo Inamori). Penting dalam kerjaya berkaitan pengurusan. Tanam falsafah hidup: Berkhidmat kepada masyarakat.

Baca entri Bicara karya oleh Zaini Ujang 2.

Testimonial Buku ‘Haji OK Haji KO’

BERIKUT merupakan sebahagian testimonial buku terbaru saya dan ayahanda Khair Hj. Abd. Salam, Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji dan Umrah (tuan-tuan dan puan juga boleh tinggalkan testimonial di laman penerbit, PTS):

“Saya mengucapkan tahniah kepada penulis dan penerbit buku ini kerana mempersembahkan idea perbincangan yang menarik berkaitan ibadah haji dan umrah khususnya daripada aspek salah faham dan kesilapan yang sering dilakukan. Semoga buku ini dapat membantu jamaah haji mendapatkan haji yang mabrur.” (Prof. Madya Aminuddin Ruskam al-Dawamy, Pengarah Masjid Sultan Ismail UTM)

“Mereka yang bakal mengerjakan haji dan umrah perlu memiliki buku ini bagi mengetahui perkara-perkara yang dapat merosakkan amal ibadah haji dan umrah. Selain itu, ia dapat menjernih dan meningkatkan mutu ibadah itu sendiri.” (Muhammad Akib Abdullah, Imam Masjid An-Nur Plaza Kotaraya JB dan Pembimbing Haji & Umrah Tiram Travel Sdn. Bhd.)

“Ketokohan Ustaz Khair dalam bidang haji memang menyerlah. Sentuhan saudara Zulkifli sebagai penulis bebas mampu memberi sumbangan besar kepada dunia penerbitan . Buku ini mudah namun menyentuh banyak perkara yang tidak boleh dipandang mudah dalam konteks kemabruran haji biarpun selepas kembali ke tanahair.” (Prof. Dr. Mohamad Roji Sarmidi, Pengurus R&D Loji Pandu Kejuruteraan Kimia UTM)

Hore, kita menang! ikon imbauan lebih sedekad lalu

horekitamenang.jpgITULAH kali pertama menulis novel, sewaktu belajar menulis secara sambilan dengan Rozi Hussin (abang Azman Hussin yang terkenal dengan Cerpen-cerpen Underground dan Dongeng Pasca Merdeka – lihat ulasan Dahrie dalam artikel ‘Jangan jadi peminta sedekah‘). Dalam masa yang sama, kemenangan Kitul Mandeliar dalam Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1995 menjadi perangsang, lalu diterbitkan dalam Kasut Hitler. Ia ditulis sewaktu isteri mengandung anak pertama. Novel kanak-kanak dengan 8 watak utama budak-budak kampung Serkam sekitar tahun 1980-an ditolak mentah-mentah oleh penganjur sayembara menulis novel kanak-kanak. Kami pasrah. Ia kemudian dibaiki dan dicadangkan untuk sebuah penerbit. Proposal ditolak. Kemudian cuba lagi untuk penerbit kedua. Gembiranya bukan kepalang. Ilustrasinya cukup halus dan rapi, warna-warni, cantik sekali. Namun, menunggu selama lebih 2 tahun untuk terbit adalah suatu yang amat memeritkan. Akhirnya, ia ditarik kembali dan dicuba cadang untuk penerbit ketiga iaitu PTS. Alhamdulillah, ia terbit sewaktu anak sulung kami kini berusia 12 tahun! Hore, kita menang! cuba mengangkat dan mengabadikan pengalaman anak-anak di kampung tradisional, pengalaman yang semakin sukar untuk dinikmati oleh anak-anak pada hari ini. Ini termasuklah permainan tradisional, main rakit, serunai batang padi dan lain-lain. Prinsip pengembaraan tentunya menjadi rempah ratus dalam karya buat tatapan anak-anak. Budak-budak berlapan turut memberi sumbangan kepada orang kampung dan alam sekitar. Jika anda dibesarkan di kampung, tentu novel ini mampu mengimbau memori indah lalu. Bagi kanak-kanak, kami yakin novel pasti menguja mereka untuk cuba merasai pengalaman unik orang-orang tua mereka sewaktu zaman kanak-kanak.

Instant reading for instant trainer

Book’s title: The Instant Trainer: Quick Tips on How to Teach Others What You Know.

Author: C. Leslie Charles & Chris Clarke-Epstein.

Publisher: McGraw-Hill, New York (1998)

                

YOU will enjoy reading this book very much, if you deal with training job or were ‘suddenly’ appointed as a trainer in your organisation. Short paragraph, more tips base on their 35 years of experience and a bit joke make you couldn’t stop reading! The book is divided into two parts. First part is alike of short basic notes for new or instant trainer; meanwhile the second part is in Q&A format (real questions from their clients). Even there is no part three; the appendixes give very good information such as the best resources and one dozen strategies for picking partners. Here are some of my personal notes on this 276 pages book:

Ø      Not just what you present, it’s also HOW you present it.

Ø      Watch or watch again The King & I film; know the trainees, the more to know, the better to reach and touch the audiences.

Ø      Fish for me and I eat today. Teach me how to teach and I eat forever (Chinese proverb).

Ø      A little of lecture is nice but activities give your training spice.

Ø      Yes, your learners learn from you; but you learn from your learners, too.

Ø      As a trainer, you may bring small noisemakers, small clock, heavy-duty extension cord etc.

Ø      SAGE four-step debriefing (self-reflection) model: Share (expectations, reaction etc.), Analyse (why & how that happened in the activity? etc.), Generalise (conclusions etc.) & Evaluate. Debriefing activity may affect the trainer live and die.

Indeed, it’s nothing impossible to be a good trainer by reading and following all of the tips even you are very new in this field.