UQP 1041

Selamat datang kepada peserta kelas UQP 1041 Semester 2 Sesi 2008/09!

NOTIS

  • Suka dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum bermurah hati untuk menaja pelajar2 UQP 1041 bagi menyertai Bengkel Mahir Menulis kendalian Dr Arieff Salleh Rosman yang akan berlangsung pada 18 April 2008, 9 pg hingga 12 t/hari di BK Ibnu Khaldun PPIPS. Hubungi saya SEGERA selewat-lewatnya pada 9 April 2009 (Khamis) sama ada menerusi e-mel atau telbit (telefon bimbit) atau ruangan komen di sini. Kos pengangkutan tanggung sendiri. Tiada tajaan!
  • Kepada mana-mana pelajar yang ingin menemui saya pada minggu depan, sila temui saya di kawasan karel (biasanya saya pilih bilik karel nombor 39) di aras 4, PSZ pada waktu berikut:
    • Selasa, 7 April 2009, 9 pg – 12 t/h.
    • Jumaat, 10 April 2009, 9 – 11 pg.
  • Maaf, saya terlupa untuk membincangkan akan hal ini dalam kelas Rabu lalu. Pada 18 Mac, saya ada bengkel yang perlu dikendali. Jadi rancangan ke PBAKL tidak dapat diteruskan pada tarikh berkenaan. Saya cadangkan tarikh 17 Mac (Jumaat). Setuju? Sokong? Sila respons segera. Jika ada 15 pelajar yang boleh pergi, insya-Allah projek ini akan diteruskan. Anda dibenarkan ajak kawan2. Nyatakan jumlah yang mahu turut serta. Terima kasih.
  • Gambar2 sewaktu kunjungan Rendra pada 4 Februari lalu boleh dilihat di sini.
  • Kuiz #2 pada Rabu depan, 25 Februari 2009! Anda wajib hadir. Ketidakhadiran hanya menyusutkan gred anda. Muat turun Kuiz 2 anda di sini.
  • Edaran pembentangan ‘Penulisan Fiksyen Sains’, sila muat turun di sini.
  • 3 orang pelajar sudahpun hantar tugasan sementara yang lain amat digalakkan hantar awal. Diingatkan sekali lagi 30% untuk penghantaran tugasan, manakala 20% untuk pembetulan dan penghantaran ke pihak penerbit (beserta bukti penghantaran).
  • Kuiz #1 pada minggu depan, 12 Februari 2009!
  • Bonus 5% Bonus 5% diberikan kepada tulisan pelajar yang tersiar dalam ruangan surat pembaca mana-mana penerbitan dalam/luar negara dan tanpa mengira bahasa. Hantar salinan surat anda kepada saya sebagai rujukan.
  • Tahniah diucapkan kepada sdra Nik (Nimoiz) yang karyanya, Esprit de Corps akan dibicarakan pada sabtu ini, 17 Januari oleh Dr Amida Abd Hamid (Anis) di DBP (terlupa untuk beri ucapan dan makluman dalam kelas sebelum ini).  Nimoiz sudahpun hasilkan 3 buah buku. Moga lebih berjaya berkarya!

Senarai sayembara & anugerah penulisan

Subjek

Penulisan Kreatif

Muat turun dan pautan

Horizon Menulis

Penulisan Fiksyen Genre Cerpen

Penulisan Bukan Fiksyen – Rencana

Kesilapan Umum Bahasa Melayu Dalam Penulisan

Penulisan Untuk Kanak-kanak Baca tulisan-tulisan saya yang relevan dalam blog ini berkenaan Penulisan Fiksyen Sains

Penulisan Novel dan Penulisan Skrip Drama Radio & TV

152 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. die cakap “no comments yet – be the first”. wah, macam menarik ni! bukan selalu dapat no. 1! huhu!

    Assalamualaikum.

    Pertamanya, izinkan saya memperkenalkan diri. Saya Muhamad Izlan Bin Sazali, pelajar cikgu subjek penulisan kreatif UTM. Keduanya, memang saya minat sangat menulis ni. dan saya rasa saya berada di tempat yang betul dalam mempelajari ilmu-ilmu menulis, terutamanya daripada orang yang berpengalaman macam cikgu. Kelas yang tak membosankan. menarik. (Cehhh…ni dah macam e-PPP pulak. kui3. so saya dah tak payah submit e-PPP la ye. hehehe…)

    cuma, saya rasa kurang ada masa nak berkenalan dengan pelajar pelajar lain. kelas tadi, saya sempat berkenalan dengan dua orang pelajar. seorang sebelum kelas (datang awal), kedua semasa aktiviti bedah cerpen berkumpulan tu. dua-dua lelaki. yang perempuan, jauh api dari panggang. (peribahasa moden). datang pukul 2, kemudian mendengar kuliah, pukul 4 balik. sebenarnya tak kisah dapat berkenalan ke tak, but at least, ade la jugak kenal-kenal orang dari fakulti lain. eh, perenggan ni dah panjang sangat. nanti membosankan pula.

    Jadi harapan saya, kelas ni dapat bagi saya input yang baik dalam menulis, terutamanya novel. saya tengok orang buat novel dapat duit berjuta-juta, seronok pula. so kalau dapat terbit satu tu, kira best jugak la. idea dah ada.

    hmm…setakat ni je lah. nak download nota kuliah pula. terima kasih…

  2. Izlan, tahniah sebab minat menulis tapi mestilah kerap menulis. Kalau nak juta tulis BI namun dalam BM juga kalau kumpul2 dapat juta. Tiada yang mudah. Susah tapi boleh. Pada peringkat awal biarlah terbang seperti belalang juta.

  3. sy tak minat membaca.terus terang mcm yg kawan2 semua tau,kawan sy yg ajak masuk koq ni.tp sy redha aje….tp tak sampai nk drop ambik koq lain…tp…bile da attend kelas utk pertama kali….sy kagum..best jugak…dgn ide2 kreatif dr cikgu zul….idea kreatif dr kwn2…sy pon terpikir…mcmane diorg bole jd kreatif dlm pemikiran dn penulisan…sy pon jadi seronok dgn koq ni…tak sia2 la masuk…maaf la sy mmg bukan seorg pembaca yg setia…novel bace pon setahun mgkin sekali…mesti kwn2 kate sy ni rugi..lg pulak kos pddkn perlukan byk pgetahuan bile mengadap ank murid bile grad nti.lg bile sblum masuk utm,sy mgjr d sek rdh..mgajar ag dan bm dn mcm2 sbjek.mase mgjr dlu mmg tatabahasa bahasa2 semua dlm kepale..maklum la br fresh keluar maktab…tp sy percaya sy bole refresh balik ape yg da belajar dulu.dn dgn pglmn dan idea kreatif dr kwn2 dn bntuan ckgu zul…sy harapkan sy dpt perbaiki kelemahan sy.kagum tgk kwn2 lelaki yg minat koq ni.kalau perempuan mmg kaki novel.malangnye sy tidak.kdg2 dlm kepale ni blur…payah betul nk bg idea.sy pon harapkan dpt mghasilkan idea yg menarik utk cerpen nti..skrg br sy mula berjinak2 dgn pembacaan..tak kire majalah atau buku2 motivasi..dn novel..trima kasih cikgu zul…dn terima kasih kawan2—zairina zulkiflee chandra

  4. en.zul,saya nak tanya pendapat en.zul…sblum ni saya ada buat beberapa cerpen.tp sy tak tahu nak hanta kt mana cerpen tu..en.zul ade pendapat tak??majalah ke?…saya student utm skudai tp saya tak ambil koQ penulisan kreatif..rasa macam rugi pula..

  5. Menulis memang antara perkara yang saya suka lakukan pade waktu2 lapang. Sebelum saya masuk ke utm skudai ni dulu, banyak jugak cerpen yang saya karang, macam2 genre, dan kebanyakannye hanya siap 2/3 je. Mungkin sebab timbula sedikit rase malas walaupun plot ceritanya dah saya lakarkan. InsayaAllah, saya akan siapkan semua cerpen2 pelbagai genre saya tu dan mungkin saya akan tunjukkan pada cikgu bila semuanya siap.

    Kelas penulisan kreatif memang best!

  6. Mariam. Menulis itu memang memberikan kepuasan. Kepuasan seterusnya adalah siap manuskrip. Kepuasan seterusnya diterbitkan dan seterusnya. Jadi, usahakan agar karya anda diterbitkan. Bukankah anda menulis agar dibaca oleh orang lain?

  7. Nazif. Wah, kalau pernah tulis macam2 genre itu suatu permulaan yang amat baik. Jumpa saya dalam kelas nanti.

  8. Ustz Zairina. Moga dengan tayangan filem dokumentari kehidupan Pak Samad dalam kelas semalam dapat beri inspirasi dan motivasi untuk tingkatkan bacaan dan mula menulis/berkarya. Selamat berjaya jadi pendidik gemilang.

  9. alhamdulillah…memang banyak sangat input yang saye dapat dari kelas ni. Dokumentari A.Samad Said tu memang best! Tak sangke lak saye leh terhibur dengan menonton dokumentari tu. Rase cam kejap je, padahal agak banyak gak mase diambil untuk tayangan dokumentari tu. Orang sehebat dia, takde kereta, rumah pun rumah biasa… Tu lah kehebatan orang yang berilmu ni. Kurang memandang kesenangan dunia, bila dah nampak kekayaan ilmu…

    Harap next time cikgu Zul boleh wat tayangan ilmuan hebat lain ye..hehe :)

  10. Begitulah keadaan manusia kreatif. Motivasi intrinsik jauh lebih dominan.

  11. salam..cikgu, artikel yang kena hantar kat publisher majalah tu nak sertakan sekali ke sinopsisnye? kalau just letak cadangan boleh x?

    thx..

  12. assalamualaikum cikgu…

    saya ingin bertanya. Adakah penghasilan puisi, sajar, syair dan lain2 termasuk dalam penulisan kereatif

  13. Benar! Saya pernah sebutkan hal tersebut dalam kuliah. Haiku dan pantun juga termasuk dalam kategori fiksyen subset kepada penulisan kreatif.

  14. selamat hari merdeka dn selamat berpuasa.cikgu,mcmana keputusan pertandingan esei?

  15. Esei ‘kita’ dapat tempat kedua dan salah seorang pelajar UQP1041 dapat tempat pertama. Saya sudah hantar bahan berita kepada pihak Skudai Post dengan judul tentatif ‘Pelajar2 Penulisan Kreatif bolot hadiah johan dan naib johan’. Turut disertakan makluman pelajar 2006/07 yang cerpennya tersia dalam Dewan Sastera Ogos 2008. Alhamdulillah.

  16. wow..tahniah……kalau encik ade buletin tu nti, jgn lupe kongsi dgn kami k

  17. Selamat berpuasa…..

    Cikgu, dalam kuliah cikgu ada disebutkan tentang sudut pandangan. xsilap saya ader 3. Sudut pandangan pertama, kedua, dan ketiga. Soalan saya boleh x saya memasukkan ketiga-tiga sudut pandangan ini pada satu cerpen. Sebagai contoh perenggan pertama dan kedua saya menggunakan sudut pandangan pertama, dan pada perenggan yang lain saya menggunakan sudut pandangan kedua

  18. assalamualaikum…
    cikgu saya tak dapat nak download nota

    Penulisan Fiksyen Sains

    Penulisan Novel dan Penulisan Skrip Drama Radio dan TV

  19. saye nk tahu pasal burung unta………….boleh tolong tak

  20. salam cikgu, selamat berpuasa. cikgu, tentang cerpen (assignment 2) yang kena dihantar tu, kalau terlebih muka surat boleh x? maksud saya lebih dari 7 ms…

  21. Ani

    Tak sesuai untuk cerpen.Pembaca dibimbangi bingung. Pun begitu, boleh diaplikasi untuk novel sebagaimana yang dilakukan oleh Faisal Tehrani dalam 1515.

    Nazif

    Paling panjang, tak lebih 8 hlm. Selamat menulis.

  22. tapi cikgu, saye dah cube ringkaskan cerita saya, paling2 dapat 9ms…xpe kn cikgu? :) thanks…selamat berpuase…

  23. cikgu, sy nak mintak maaf sebab cerpen yang saye dah siapkan tu tak dapat saye hantar minggu lepas. Sy nak print, tp ingat cikgu mintak dalam minggu ni. Sy dah siap awal, tp misinformation lak..jadi, saye hantar minggu ni dalam kelas ye cikgu? Thanks..

  24. assalamualaikum cikgu..

    di hari lebaran yg bakal tiba ini, sy mengambil kesempatan utk mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat cikgu dan semua rakan2 penulisan kreatif yg lain…

    dan tidak terlewat utk sy mengucapkan tahniah kepada rakan2 yg memenangi pertandingan esei bersempena Hari Kemerdekaan ke-51. Tahniah, semoga penulisan kita tidak bertitik noktah disini.

  25. cikgu,

    Sy mengalami masalah utk mencari tajuk yg sesuai utk assignment cerpen sy. Tajuk terebut harus menarik minat pembaca utk membaca. Soalan saya, bagaimana utk menghasikan tajuk yg sesuai, dan boleh x cikgu memberikan beberapa tips.

  26. Assalamualikum..Tuan,
    Saya tertarik dengan blog ini, dan amat berbahagia andai dapat menjalinkan sebarang kerjasama yang bermanfaat. Baik kepada pihak institusi juga kepada pelajar2. Mungkin kita boleh sama2 memikirkan satu program kerjasama yang membawa kebaikan semua. Lawat saya di http://www.celikhuruf.blogspot.com

    sekian, wasalam

  27. salam aidilfitri cikgu zul..

  28. Salam Eidulfitri juga daripada saya.

  29. ASSALAMUALAIKUM…

    cikgu saya lupa nak tandatangan borang kehadiran tadi. Ramai kawan-kawan perempuan saya pun terlupa. Mungkin tersyok makan dan berbual sampai lupa plak nak tandatangan. macamana cikgu?

  30. alamak cikgu, saye teringat yang saye pun terlupe tandatangan gak…

  31. cikgu,sy pon lupe
    leka menjamu selera dan tapau makan
    apepun terima kasih atas tnjuk ajar ckgu ttg dunia penulisan
    borak2 dgn dr ida idayu mmg best
    beliau byk idea utk dkongsi dan didedahkan bersama

  32. cikgu,saya minta maaf kerana tak dapat join jamuan hari tu..saya ada meeting dgn penyelia psm saya..tp saya ada attend function bicara buku..

  33. Assalamualaikum..
    cgu, sy pun tlupe nk tndtgn attendance hr tu..
    terima kasih banyak atas segala ilmu yg cgu berikan..byk benda baru yg sy dapat aftr join klas ni…minta maaf atas segala kesalahan dan butir bicara…
    nway,stuju dgn rin..seronok dpt borak dgn wife cgu,dr ida idayu..byk idea dikongsi bersama..
    thanx a lot,cgu!!!

  34. asslamualaikum.. cikgu..
    maaf byk2 time jamuan hr tu sy x sempat nk jupe ckgu dlu bfore sy blik.. sy kna cepat..
    ckgu sy mohon halalkn sgl ilmu yg ckgu curahkan kpd sy.. mintk maaf byk2 jika de ksilapn sy lakukan..
    sronok dan berasa btuah dpt borak dgn isteri ckgu… sy suka cara pemikiran dr ida idayu.. byk perkara baru sy dpt kongsi drpd dr ida idayu..

    ckgu sy nk beli buku Hadiah Nobel!!!

    doakn pjuangan sy di diatas muka bumi Allah ini ye..ckgu..

  35. Zanariah, Nazif, Siti Zubaidah, Rin, Fatiha & Mardhiah, terima kasih di atas respons kalian. Moga berjaya dengan cemerpang dalam peperiksaan, kerjaya, kehidupan di dunia dan akhirat!

  36. THX bebanyak cikgu atas ilmu yang cikgu curahkan…Banyak sangat ilmu pasal penulisan yg sy dapat. Mcm2 pengalaman wlwpun klas sekali seminggu je. Pd sy xcukup..

    1st time dapat siapkan cerpen, lengkap lg tu…semua sebab kelas ni la… :) Thx cikgu!! Pade sy, kelas ni adelah yang terbaik untuk sem ni…rase cam kalau boleh, harap2 sem dpn pun sambung lg..hehe..Moge sy jumpe cikgu lg pasni dalam kelas yang diajar cikgu, masa2 akan datang..Wassalam

    P/S: review tu akan saye siapkan secepat yang mungkin. Cite M untuk Madinah tu memang best!

  37. Nazif. Khamis ini mesti hantar ulasan. Jangan terlepas lagi. Insya-Allah, ada peluang dan ruang kita bertemu lagi.

  38. salam cikgu!!! alamak cikgu, saye baru terbace komen balas cikgu ni…saye dah hantar attachment tugasan tu kat emel cikgu…maaf cikgu sebab terlewat :)

  39. Encik Zul, boleh tak bonus 5% ini diperluaskan kepada apa-apa tulisan yang sesuai, tidak menjurus kepada surat kepada editor sahaja. Misalnya puisi, cerpen atau artikel. kalau skopnya surat pembaca, saya rasa terlalu sempit dan sukar nak capai. Maklumlah, ruangan untuk surat pembaca adalah terhad. Masalah kedua adalah untuk mengenalpasti sama ada surat tersebut tersiar atau tidak. Ini tentu akan membuatkan kita akan terbelek-belek ruangan yang sama setiap hari. Dan ini akan memberi kesan kejiwaan kepada kita (terlalu berharap). Kalau boleh la. Hahaha…

  40. assalamualaikum cikgu…
    kelas hari ni cukup menarik.thnx yea.terutamanya ttg game kertas dan idea untuk menulis cerpen.so inspirational!!hehe..
    hurm…bercakap ttg idea menulis, mmg dah banyak idea yang tercetus dan meletus di neuron minda saya ni…cuma kadang2 terlalu susah untuk memulakannya..lepas tu, idea selalunye hilang begitu saje!adoi…pening juga ya..haha…
    ade tips x cikgu???

  41. Nik, tak ada masalah. Orang macam Nik lagilah tak ada masalah. Surat bagi saya adalah cara termudah untuk tersiar dalam penerbitan. Kalau boleh lebih daripada itu, silakan.

    Widad (Farah ?), terima kasih. Bila dapat idea dan rasa menarik, tulis dan catat. Kalau letusan di neuron itu berantai2 meletus dan meledak, maka kembangkan idea tersebut. Kalau tidak, peram saja.

  42. assalamualaikum cikgu…sy salah seorg drpd pelajar dlm kelas cikgu…sy nk tny mengenai tunas cipta…sy berminat utk menghantar karya pantun sy..tp sy ingin tahu ttg tema apa yg perlu sy gunakan…adakah sy boleh menggunakan tema bebas..ataupun tema yg lebih bercorak kepada pendidikan?

  43. en zul…sy dr uqp 1041 01 sem ni..x dapat la download nota2 dalam uqp1041 ni…asyik2 ada probs.//
    i need that note..sy nk apa info dan maklumat tu..huhuu. camana ek..

  44. Mina, insya-Allah Rabu ini saya akan sentuh tentang Tunas Cipta.

    Masya, terima kasih di atas respons. Saya cuba siasat.

  45. Masya, saya sudah cuba. Tiada masalah timbul.

  46. terima kasih ya…cikgu…

  47. assalamualaikum cikgu…cak!!!(main cak2 pula)…erm..knp susah sgt nak dapatkan majalah Tunas Cipta kat kedai2??sy dah lama berkenalan dgn Tunas Cipta ni..sejak form1 dlu lagi…mmg minat dgn TC(Tunas Cipta, bukan Teluk Cempedak)tapi kalau di kedai buku x pernah nmpk kelibat pun..adoiyai…camane ek??

  48. Saya baru beli TC di kedai buku Koperasi UTM. Jumpa petang ini.

  49. assalamualaikum cikgu..
    erm, sy mintak maaf banyak2…petang ni x dapat pegi ke kelas cikgu…2,3 hari ni saya kurang sihat..hari isnin baru ni dah kene msuk air 3botol…konon2 nya mcm sehat la ari ni..rupenye x jugak..maaf ye cikgu…

  50. asslmkm cikgu…
    mintak maaf sgt2 sebab x dpt hadir kelas cikgu ptg td.saya dimaklumkan mengenai seminar itu disaat2 akhir.mgu depan saya akan serahkan surat pelepasan dari pihak berkenaan.seminar yang diwajibkan saya hadir ini, bertajuk “Wanita dalam keadilan dan Keserataan Gender”. ayat pun nak macam indonesia sebabnya penceramah yg dijemput ialah Dr. Hjh Aliyah HAMKA dari Pusat Kajian Prof. Dr. Buya HAMKA. beliau merupakan anak kepada Profesor Dr. Hj. Abdul Malik Karim Amirullah atau HAMKA.banyak yang diulas beliau tentang tajuk ini, dlm kepayahan saya utk memahami kata2 beliau dalam dialek indonesia.heheheheh.diharap cikgu dapat memaafkan saya…sekian..wasalam

  51. sorry…ada typing error..bukan keserataan tepi kesetaraan….

  52. Ir Widad, moga lekas sembuh dalam iman. Usai kelas semalam, saya mula rasa ‘parah’ akibat serangan virus sehinggalah ke malam.

    Ustz Syuhada, ok tak mengapa. Saya ada dengan anak buya Hamka akan datang ke UTM. Namun bertindan pula dengan kelas ko-Q. Kongsikan dengan saya.

  53. assalamualaikum cikgu..
    trima kasih doakn sy cepat smbuh..skrg dah ok sikit..baru saje smbuh yg ni, dtg pula yg lain. main netball kaki pulak yg cedera..adoi…huhu…alhamdulillah..boleh berjalan lagi walaupun berdengkot2..hehe…

  54. Widad, boleh buat cerpen – sudah jatuh ditimpa tangga, sudah sembuh terdengkot2.

  55. cikgu..sy rsa sush btl la nak mnulis smula..dlu msa sek sy ada la jgak sertai pertndgn mnulis anjuran telekom, sekolah dan ada hantar pada prsatuan sejarah mlsia kwsn kota tgi..ada yg meng dan ada yg tdk..
    sy mint mnlis puisi tp kurg puitis..mint mnlis crpen tp sll x dpt kmbgkan idea dgn baik..mcmane yeeee…png kpala…

  56. Saya tengah siapkan cerpen untuk tugasan kelas. Minggu depan saya hantar InyaAllah. Tak sempat nak sambung dan edit.

  57. Ekin, sila baca e-mel saya. Selamat beramal!

    Nik, saya tak risau dengan anda. 10 cerpen pun boleh hantar!

  58. cikgu, hari rabu ini TNC nak jumpa dengan semua pelajar tahun 1 pendidikan..kehadiran diwajibkan..fakulti akan keluarkan surat nanti, tapi macam mana dengan kuiz saya nanti..

  59. Ekin, sukar nak jawab. Waktu petang Rabu sepatutnya untuk manusia2 kecil seperti saya.

  60. salam cikgu..izinkan saya guna bahasa sms..hehe
    cmne nak istiqamah dalam menulis ye? saya suka menulis, idea mecurah2 dtg, tp pnykit malas agak kronik..huhu..
    lgi 1 maslh kesibukan..xde pluang untuk concentrate mnulis.
    saya dah buat draf utk buat 1 novel..tjk nye cinta serambi mekah.. tp masa, masa, masa..aduh.. moga Allah permudahkan.

    p/s : cinta serambi mekah bukan pasal cinta! tp novel kearah promotion pelancongan negeri kelantan n diselangi dengan proses pembentukan baitul muslim.

    mohon komen sang murrabi..

  61. cikgu..penulisan novel pny notes tak dijumpai…

  62. cikgu, minta maaf esok saya tak dapat datang kelas dan kuiz..fakulti beritahu kehadiran bersama TNC adalah wajib dan kedatangan diambil..semua test,kuiz atau presentation koQ untuk pelajar thun 1 pendidikan wajib ditunda. Surat akan diberi nanti..

  63. Helmi, berikut adalah pandangan sepuluh sen saya:
    - Tujuan yang jelas mengapa hendak tulis novel.
    - Plot dan watak yang jelas. Perincikan setiap subplot dan watak. Buat perbincangan dengan kawan2 jika perlu.
    - Baca novel sedia ada.
    - Baca bahan2 berkualiti yang ada kaitan dengan novel.
    - Siapkan novel dengan segera.

  64. Nik, akan saya muat naik.
    Ekin, kalau begitu saya beri soalan kuiz terbuka. Tempoh seminggu. Minggu depan hantar. Kira kuiz ini ala tugasan.

  65. Tq cikgu..yg last tu ’siapkan novel dgn segera’ mungkin agak bermasalah..hehe..

  66. Cikgu, kat mana nak cari buku-buku novel kat kawasan sekitar Taman U… Sy tgh cari novel Konspirasi karya Ramdan. kat MPH Jusco tu ada, tapi hanya limpahan cintan-cintun..

  67. saya terlupa nak telak tajuk cerpen..huhu, lagi satu memang xde idea nak letak tajuk apa.. insyaAllah minggu depan akan di beri namanya..=)

  68. Kalau tidak silap saya, novel Konspirasi tulisan Ramdan Che Hassan diterbitkan dalam bentuk e-buku. Jadi, kena beli secara online di wwww.karyanet.com.my

  69. owh..gitu ke Nik.. saya ingat bleh cari di mana2 kedai.. lecehnya..

  70. salam, cikgu. memang ada masalah sket pasal duit untuk hari tu.. caterer-pusat koQ…dan saya skali la…nanti masa kelas je saya crita pjg2 kt cg. sorry sangat cg…

  71. Terima kasih banyak2 Hidayah.

  72. cikgu..boleh saya tahu bila tarikh pesta buku antarabangsa tu…terima kasih.

  73. PENGUMUMAN:

    Untuk makluman, berita majlis proses kreatif Mazhab Cinta bersama W.B. Rendra minggu lepas akan disiarkan dalam ruangan Galeri Tunas, majalah Tunas Cipta Mei 2009. Mengikut editor Tunas Cipta, dia tak sempat nak masukkan berita tu dalam keluaran April sebab yang April sudah masuk ke percetakan. Jadi jangan lupa dapatkan majalah Tunas Cipta Mei nanti. Terima kasih kepada Encik Zulkilfli Khair dan Hafiz Hilmi sebagai jurufoto. (P/S: Encik Zul, kira ni markah bonus saya 5 markah ya ganti surat yang tersiar. Hehehe)

  74. kalau nimoiz dpt 5%, sy kne amik royalti 0.5% sbg jurufoto..hehe,

  75. salam cikgu zul…
    saya cuma nk beritahu cikgu yang saya tak dapat hadir semalam(18/03/09) sebab saya baru balik dari berjumpa dengan “client” untuk projek akhir saya.
    maaf atas lambat memberitahu ketidakhadiran saya ini.

  76. cikgu, kalau kita nak buat dialog berlatar tempat di luar negara contohnya London, mana yang baik..dialog dalam english atau dalam bahasa melayu (andai kata dialog dengan pegawai airport di london)? atau nimoiz nak komen blwh juga.

  77. SALAM…
    KUIZ 1 SY XMEK AG…
    COZ ARI 2,,,SY DE HAL,,,TERPAKSA BLIK UMAH AKAK..
    SO,,,MCM MNE?
    SY NK AMEK KUIZ 1..HOP ENCIK ZUL TLONG SAYA

  78. Mieor, ok maklum.

    Nik. Buat dalam BM. Bagaimana kalau anda tahu berbahasa Madagascar dan pergi ke Madagascar? Takkan tulis dalam bahasa Madagascar?

    Rinie, kenapa tak jumpa saya secara berdepan dalam hal ini? Saya dalam proses untuk Kuiz 3.

  79. assalamualaikum, cikgu.
    rasenye dah lame x jumpa..
    maaf laa..penyakit tulang blakang saya agak kronik..huhuhu..
    maaf lagi skali..insyaAllah, minggu hadapan saya akan hadirkan diri…rindu rasanya nk dengar ‘celoteh’ cikgu…hehe..

  80. Nik Syaz, kena tengok juga dunia majalah hari ini. Kebanyakan majalh serius mengutamakan bahasa Melayu. Untuk itu, seelok-eloknya guna bahasa Melayu. Tetapi, kalau ‘terpaksa’ juga guna bahasa Inggeris, dan memang tak dapat dielakkan, jangan guna banyak sahaja. Sekadar dua tiga dialog sahaja untuk memberi kesan latar yang realistik.

    Kalau boleh, cuba terangkan dalam cerpen sebab kenapa anda terpaksa berbahasa Inggeris. Contoh:

    …Aku melihat Pegawai Lapangan kebingungan. Rambutnya yang gondrong dengan matanya yang tajam jelas menggambarkan yang dia tidak faham maksud pertanyaanku tadi.
    “Sir, i mean the location of Gate D7.”
    Dia kemudian menunjuk ke arah kanan. Selepas mengucapkan terima kasih, aku melangkah laju.
    London, tunggukan travelog rinduku!

  81. Nimoiz..terima kasih… bagus sekali contohnya…

  82. salam..cgu zul,
    rindu nak masuk kelas pnulisan kreatif…last sem dah ambil..
    cgu pernah tahu pasal penulis novel, HLOVATE..
    apa pendapat cgu tentang karya dia?agaknya boleh long-lasting ke karya yang guna bahasa remaja sekarang?

  83. *Tadi saya dah respon panjang-panjang. Tapi hilang la pulak. Aduhhh…Malas dah nak tulis balik. Kesimpulan daripada yang saya tulis tadi, saya setuju juga kalau Jumaat. Sebab ada masa lagilah nak rehat. Kalau siapa yang ada kertas hari Isnin, kira pergi ‘release tension’ lah di KL.

  84. hari jumaat tu bertolak pkul brape yer? saya macam ada hasrat nk ikut jgk cg zul…

    nik, cerpen cik mayat tu saya bg kwn2 baca skali.(boley kan?) dyorg cam impressed sgt ngan cerpen tu..tahniah, saya pun sgt sronok bc crpen cik mayat tu.sampai ada yg terbawak2 ke mimpi! (huh?)

  85. Hah? Sampai terbawa-bawa dalam mimpi nah. Dasyat ni. Hahaha. Terima kasih sudi baca. Jangan bagi kawan-kawan lagi baca, nanti mereka pun terbawa-bawa dalam mimpi. Cerpen Hidayah pun sedap juga. Kadang-kadang lagi seronok baca cerpen sebegitu. Sebab tak payah nak fikir-fikir.

    Oh ya, ulasan Novel MENITI BATAS ada dalama Majalah Dewan Siswa April (m.s. 55). Tahniah Cikgu Zul. Dan kalau rajin, boleh belek m.s. 37, ada gambar saya walaupun tidak disebut nama. Dari kiri, Prof. Madya Dr. Rosnah Baharudin (UKM), Dr. Mawar Shafei (UKM), Prof. Rahman Shaari (UM), dan Nimoiz T.Y (UTM). Tapi saya tak ada Dr. atau Prof. Sebab saya pelajar. Hahaha.

    Mana yang lain? Sila respon tentang PBAKL.

  86. Mengenai PBAKL. Tak ada masalah hari jumaat. Tapi tak tahulah kalau ada rencana yang telah ditakdirkan berlaku hari jumaat tu nanti.

  87. Kalau begitu, setakat ini baru 3 orang kata setuju (tak ajak kawan2):
    1. NIMOIZ (1).
    2. Hidayah (1).
    3. Nik Shazwan (1).

    Dalam kurungan menunjukkan bilangan yang pergi di atas nama pelajar. Kalau ajak kawan (mesti pelajar UTM), bilangan dalam kurungan akan bertambah dan bersifat siginifikan bagi membolehkan projek ini terlaksana.

  88. salam..cikgu….sy pun nk ikut jugak la…..ehe…

  89. salam cikgu..
    boleh saya dapatkan butir lanjut tentang PBAKL….

  90. sy stuju je hari jmaat…ad waktu nk rhat sblm paper isnin tuh…
    hehe…cikgu, esk 1 april 2009 saya tak dapat datang kelas sebab ada presentation ganti..harap maaf..

  91. Oh Tuhan, baru 5 yang hendak pergi ke PBAKL.
    1. NIMOIZ (1).
    2. Hidayah (1).
    3. Nik Shazwan (1).
    4. Mina (1).
    5. Ekin (1).

  92. Assalamualaikum. Saya sudah emailkan kertas kerja PBAKL. Ada tiga orang kawan saya akan ikut.:

    1) Ahmad Ghazali Zainuddin
    2) Ahmad Fikri Shamsudin
    3) Mohd. Syairazi

    Terima Kasih.

  93. salam…
    cikgu…5 orang kawan saya yang akan turut serta ke PBAKL :
    1. LATIFAH BT ALIAS
    2. NORHASNIZA BT ZOHIR@SUHAIMI
    3. ZAIRINA BT ZULKIFLEE CHANDRA
    4. SITI SALWA BT ZAID
    5. NAZIFAH BT CHE MAT NASIR

  94. salam…
    diatas adlah senarai nama kawan2 saya yang akan turut serta. jika dijumlahkan sekali dengan saya ialah 6.

    Nor Syuhada bt Mohd Basir (6)

  95. Assalamualaikum cikgu..
    Maaf tak hadir kelas pada 1 April 2009.
    Sebab terkejar-kejar nak siapkan final projek dan submission pada hari jumaat. Maaf ya cikgu.

  96. 1. Encik Zulkifli Khair (Ketua Turus Rombongan)
    2. Nik Syazwan (Tukang buat kertas kerja merangkap periksa tiket)
    3. Nik Mohd Iznan Bin Tuan Yaakub
    4. Hidayah
    5. Mina
    6. Ekin
    7. Ahmad Ghazali Zainuddin
    8. Ahmad Fikri Shamsudin
    9. Mohd. Syairazi
    10. Nor Syuhada bt Mohd Basir
    11. Latifah Binti Alias
    12. Norhasniza Bt Zohir @ Suhaimi
    13. Zairina Bt Zulkiflee Chandra
    14. Siti Salwa Bt Zaid
    15. Nazifah Bt Che Mat Nasir

  97. salam…
    cikgu…5 orang kawan saya yang akan turut serta ke PBAKL :
    1)nuriah bt che umar
    2)sharifah norbaini bt. syed sheik

    skali dengan sy (3org)

  98. Terima kasih NIMOIZ di atas kemas kini.
    Hayati, ok tk tlg kempen. Macam ni boleh saya kenakan caj!
    Nashuha dll boleh jumpa saya ambil tugasan pada minggu depan.

  99. eh…silap pulak.3 org je yg akan p PBAKL.nama yg sy anta kt atas tu.bukan 5 org yea.

  100. ni sy anta smula nama yg ke pbakl.
    1)nuriah bt che umar
    2)sharifah norbaini bt. syed sheik
    dan sy sendiri,
    Nor hayati bt zakaria

  101. salam cikgu..ada penambahan bilangan
    ada lg 2 org kawan saya yg akan turut serta…
    1. Siti Faridah bt Mohd Suniff
    2. Nurul Nazihah bt Bakeri
    maka jumlahnya menjadi 8 org termasuk saya…
    sekian..

  102. 1. Encik Zulkifli Khair (Ketua Turus Rombongan)
    2. Nik Syazwan (Tukang buat kertas kerja merangkap periksa tiket)
    3. Nik Mohd Iznan Bin Tuan Yaakub
    4. Hidayah
    5. Mina
    6. Ekin
    7. Ahmad Ghazali Zainuddin
    8. Ahmad Fikri Shamsudin
    9. Mohd. Syairazi
    10. Nor Syuhada bt Mohd Basir
    11. Latifah Binti Alias
    12. Norhasniza Bt Zohir @ Suhaimi
    13. Zairina Bt Zulkiflee Chandra
    14. Siti Salwa Bt Zaid
    15. Nazifah Bt Che Mat Nasir
    16. Nuriah bt Che Omar
    17. Sharifah Norbaini bt. Syed Sheik
    18. Nor hayati bt zakaria
    19. Siti Faridah bt Mohd Suniff
    20. Nurul Nazihah bt Bakeri

  103. salam
    PENGUMUMAN…
    BENGKEL MAHIR MENULIS BUKU POPULAR ISLAMIK DI BILIK KULIAH IBN KHALDUN PPIPS, UTM.
    TARIKH : 18hb APRIL 2009
    BERMULA JAM 9PG-12TGH HR.
    YURAN : RM 20
    TARIKH TUTUP PERDAFTARAN 16 APRIL 2009
    SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI US ARIEF SALLEH : 012-7217234
    PENOLONG PENGARAH PPIPS DAN ASSOSIATE CONSULTANT PTS ISLAMIKA.

  104. Minggu lepas saya ada jumpa dengan Ustaz Ariff Salleh Rosman. Dia ada cakap tentang bengkel ni. Rasanya baik kita ramai-ramai sertai sebagai lanjutan daripada bengkel penulisan kreatif.

  105. salam..cikgu
    saya buat penambahan satu nama lagi utk rmbgn ke PBKL.
    1. Hazliza bt Ismail.

    hmm bgs juga cdgn tu…insyaAllah ada kesempatan…marilah kita sama-sama hadir bengkel ini.

  106. Terima kasih di atas info Syuhada dan kempen NIMOIZ. Memandangkan program PENA ditangguhkan, bolehlah program ini dimanfaatkan.

  107. salam…cikgu zul..
    saya minta maaf kerana tidak dapat menyertai bengkel yang akan datang disebabkan banyak pertembungan waktu tersebut dengan hal lain. insyaAllah jika berkesempatan dan tiada halangan untuk ke sana saya akan hubungi cikgu secepat mungkin.
    tentang terbitan atau keluaran cerpen kami di majalah2, kami sudah usulkan semua itu pada bulan lepas, untuk perkembangan bulan ini kami belum dapat maklum balas, bagaimana cadangan cikgu??

  108. 1. Encik Zulkifli Khair (Ketua Turus Rombongan)
    2. Nik Syazwan (Tukang buat kertas kerja merangkap periksa tiket)
    3. Nik Mohd Iznan Bin Tuan Yaakub
    4. Hidayah
    5. Mina
    6. Ekin
    7. Ahmad Ghazali Zainuddin
    8. Ahmad Fikri Shamsudin
    9. Mohd. Syairazi
    10. Nor Syuhada bt Mohd Basir
    11. Latifah Binti Alias
    12. Norhasniza Bt Zohir @ Suhaimi
    13. Zairina Bt Zulkiflee Chandra
    14. Siti Salwa Bt Zaid
    15. Nazifah Bt Che Mat Nasir
    16. Nuriah bt Che Omar
    17. Sharifah Norbaini bt. Syed Sheik
    18. Nor hayati bt zakaria
    19. Siti Faridah bt Mohd Suniff
    20. Nurul Nazihah bt Bakeri
    21. Mieor Abdul Rasyid Bin Meor Abd Jumat
    (nak juga)

  109. cikgu, email cikgu apa?

  110. 1. Encik Zulkifli Khair (Ketua Turus Rombongan)
    2. Nik Syazwan (Tukang buat kertas kerja merangkap periksa tiket)
    3. Nik Mohd Iznan Bin Tuan Yaakub
    4. Hidayah
    5. Mina
    6. Ekin
    7. Ahmad Ghazali Zainuddin
    8. Ahmad Fikri Shamsudin
    9. Mohd. Syairazi
    10. Nor Syuhada bt Mohd Basir
    11. Latifah Binti Alias
    12. Norhasniza Bt Zohir @ Suhaimi
    13. Zairina Bt Zulkiflee Chandra
    14. Siti Salwa Bt Zaid
    15. Nazifah Bt Che Mat Nasir
    16. Nuriah bt Che Omar
    17. Sharifah Norbaini bt. Syed Sheik
    18. Nor hayati bt zakaria
    19. Siti Faridah bt Mohd Suniff
    20. Nurul Nazihah bt Bakeri
    21. Mieor Abdul Rasyid Bin Meor Abd Jumat
    22. Hazliza bt Ismail

  111. Suka dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum bermurah hati untuk menaja pelajar2 UQP 1041 bagi menyertai Bengkel Mahir Menulis kendalian Dr Arieff Salleh Rosman yang akan berlangsung pada 18 April 2008, 9 pg hingga 12 t/hari di BK Ibnu Khaldun PPIPS. Hubungi saya SEGERA selewat-lewatnya pada 9 April 2009 (Khamis) sama ada menerusi e-mel atau telbit (telefon bimbit) atau ruangan komen di sini. Kos pengangkutan tanggung sendiri. Tiada tajaan!

  112. Aii…kenapa ye nama saya tidak ada dalam senarai untuk ke PBAKL..?
    Musykil sungguh…

    Cikgu Zul, DVD sedang dalam proses ‘convert’. Hehehe…

  113. Updated:

    1. Encik Zulkifli Khair (Ketua Turus Rombongan)
    2. Nik Syazwan (Tukang buat kertas kerja merangkap periksa tiket)
    3. Nik Mohd Iznan Bin Tuan Yaakub
    4. Hidayah
    5. Mina
    6. Ekin
    7. Ahmad Ghazali Zainuddin
    8. Ahmad Fikri Shamsudin
    9. Mohd. Syairazi
    10. Nor Syuhada bt Mohd Basir
    11. Latifah Binti Alias
    12. Norhasniza Bt Zohir @ Suhaimi
    13. Zairina Bt Zulkiflee Chandra
    14. Siti Salwa Bt Zaid
    15. Nazifah Bt Che Mat Nasir
    16. Nuriah bt Che Omar
    17. Sharifah Norbaini bt. Syed Sheik
    18. Nor hayati bt zakaria
    19. Siti Faridah bt Mohd Suniff
    20. Nurul Nazihah bt Bakeri
    21. Mieor Abdul Rasyid Bin Meor Abd Jumat
    22. Hazliza bt Ismail
    23. Akmal Alif Bin Amran

  114. Assalamu’alaikum cikgu Zul..

    Dah 2 kali ‘rabu’ saya tak boleh datang kelas cikgu.. sebab saya harus balik ke Indonesia cikgu..Ayahanda saya meninggal.. [Mohon doanya]

    Rindu rasanya nak dengar cerita2 dari cikgu..rindu nak begurau dengan kawan-kawan sekelas. tp kita dah x de kelas lg kan cikgu..

    klu masih boleh sari nak ikut PBKL cikgu.. masih boleh kan?

  115. Akmal, terima kasih. Tolong bawa sewaktu ke KL nanti. Nik Shazwan, terima kasih tolong kemas kini. Buat Sari, tiada masalah. Boleh pergi. Salam setinggi2 takziah buat Sari sekeluarga di atas pemergian ayahanda. Moga Allah ampunkan ayahanda Sari dan limpahkan rahmat-Nya di samping ditempatkan-Nya di dalam kelompok syuhada’ dan solihin.

    Untuk makluman, bas sudahpun ditempah. 7 pagi bertolak ke KL. Datang berkumpul di depan Pusat Ko-Q 10 MINIT LEBIH AWAL. 6 petang bertolak pulang ke JB. Jadi jumlah setakat ini, 31 orang.

    1. Encik Zulkifli Khair (Ketua Turus Rombongan)
    2. Nik Syazwan (Tukang buat kertas kerja merangkap periksa tiket)
    3. Nik Mohd Iznan Bin Tuan Yaakub
    4. Hidayah
    5. Mina
    6. Ekin
    7. Ahmad Ghazali Zainuddin
    8. Ahmad Fikri Shamsudin
    9. Mohd. Syairazi
    10. Nor Syuhada bt Mohd Basir
    11. Latifah Binti Alias
    12. Norhasniza Bt Zohir @ Suhaimi
    13. Zairina Bt Zulkiflee Chandra
    14. Siti Salwa Bt Zaid
    15. Nazifah Bt Che Mat Nasir
    16. Nuriah bt Che Omar
    17. Sharifah Norbaini bt. Syed Sheik
    18. Nor hayati bt zakaria
    19. Siti Faridah bt Mohd Suniff
    20. Nurul Nazihah bt Bakeri
    21. Mieor Abdul Rasyid Bin Meor Abd Jumat
    22. Hazliza bt Ismail
    23. Akmal Alif Bin Amran
    24. Sari
    25. Nurul Iman (7)

  116. 1. Takziah untuk Sari Murti. Semoga Sari tabah, dan semoga ayahanda Sari ditempatkan bersama barisan mereka yang dirahmati.

    2. Saya ingin daftarkan diri untuk bengkel anjuran Dr. Ariff secara percuma.

    3. Wah, ramainya nak pergi rombongan. Nanti jangan lupa beli apa-apa untuk dimakan dalam bas.

    4. Oleh sebab Akmal lewat daftar, dan atas jasa-jasanya tolong convert DVD, maka anda dilantik sebagai Ketua Kumpulan bagi pihak pelajar.

    5. Ha ha ha…

  117. Wuuiiihhhh….Nik, apa cerita aku pulak kena jadi ketua kumpulan ? Kau le… :-)

  118. cikgu, kita bertolak ke KL hari jum’at ya?

  119. hampir lupa (tipu! lupa terus sebenarnya) perihal PBAKL. nasib baik terasa ringan untuk jenguk kemari hari ini. panik sebenarnya apabila melihat sebegini rupa rancaknya update PBAKL di sini. panik yang membawa kepada reaksi ekstrim! (cg zul tahu..hihi). segan dengan cg zul.haha. dan, saya nk maklumkan akan bawa seorang kawan bersama. jadi nombor dalam kurungan di sebelah hidayah bleh ditukar jadi (2)

  120. sari, takziah. semoga kuat dan tabah hati.sma2 kita doakan arwah dilimpahkan rahmat disana

  121. salam cikgu…ade kwn sy nk ikut…dlm 8 org…agak2 nye ade tmpat lg x??

  122. salam cikgu….yg PBAKL TU….ade 2 kwn sy nk bwk
    mina(3)

    nurul husna (budak penulisan kreatif)(2)

  123. Mina dll. Tempat dah penuh. TIDAK DIBENARKAN…. selepas ini. Harap maklum.

  124. Mina dll. Tempat dah penuh. TIDAK DIBENARKAN…. selepas ini. Harap maklum. Kepada pelajar penulisan kreatif yang namanya tertinggal, sila bagi tahu. Ingat kalau tiada pada 7 pagi 17 April di depan Pusat KoQ, anda akan kena tinggal.

  125. Amin makasih cikgu, makasih nik, makasih hidayah..makasih kawan-kawan atas doanya..

    InsyaAllah cikgu hari 17 april pukul 7 pagi..

  126. cikgu selain 2 hari tu xde hari lain ke saya boleh berjumpa dengan cikgu???
    sebab pada waktu terbabit saya terlalu sibuk menyiapkan design untuk final sem dan hari penghantarannya pulak hari ini….

  127. salam….
    takziah buat sari…semoga ayahanda sari ditempatkan dikalangan para solihin…
    kita jumpa pg jmaat nanti ya… sama2 ke PBKL…
    tempat dah penuh ke? sume brapa org yg pegi?

  128. salam.
    takziah diucapkan buat sari. semoga ayahandanya ditempatkan dalam kalangan org2 soleh.tabahkan hati untuk teruskan perjuangan.

  129. Mieor boleh jumpa saya di depan Pusat KoQ Jumaat ini sebelum 7 pagi.

  130. salam…
    takziah utk sari…
    smg roh arwah dicucuri rahmat…
    sari tabah ya..
    jmp di PBKL nnt ya…

  131. erm…klo cmtu cikgu…..sy dan husna je ke yg bley pg?

  132. salam takziah sari murti.. err masih tak terlambat kan.. huhu

    di kesempatan ini, saya nak ucapkan goodluck buat rakan2 penulisan kreatif untuk final exam.. huhu walaupun macam terpakse je dapat subjek ni tapi setelah dihayati macam best jugak..at least i’m doing sumthing new here..

    ramai yang sangat berbakat untuk menulis.. semoga anda semua success.. espcially nimoiz.. dayah.. ermmm n saper2 lg yang rase diri beliau tu bagus.. hehe

    buat cikgu zul terima kasih atas ilmu yang dicurahkan! halalkan semua yer..

  133. salam cikgu dan kawan2 smua..

    minta maaf cikgu hari tu x boleh datang PBKL dan x bagi tau..sebab ada kerje dari Indonesia embassy. ingat kerje tu boleh siap sebelum pukul 7 pagi hari jum’at..semalaman duduk depan laptop harap2 boleh pergi..ternyata rezeki x dapat diraih..hehee..

    2 kelas terakhir aritu sari x boleh datang.. selain tugasan cerpen tu ada ape2 lagi x cikgu.. takut gak ada yang terlewat..

    cikgu kita punya KO-Q x de final kan?

    selamat final exam kawan2.. smoga Allah memberi kemudahan untuk kita smua..

    Cikgu zul makasih banyak untuk smua ilmunya..

  134. Terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Minta maaflah kalau sepanjang semester ade terbuat salah dan silap. Dan juga kepada kawan-kawan sekelas..

  135. Salam cikgu,

    Ada 2 ‘bonus’ di dalam DVD itu. Harap terhibur. :-)

    Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurahkan dan terima kasih kerana sudi melayan perangai saya yang ‘gila-gila’ ini. :-)

    Semoga Tuhan merahmati.
    Senang-senang kita berhubung lagi. Untuk mengeratkan silaturrahim.

  136. Good luck for ur exam kawan2. tengok gambar PBKL kat blok nik, hik hik iri sangat hari tu x boleh pergi…

    cikgu sari nak beli buku online dengan Tuhan tu, sari boleh beli kat mana cikgu?

  137. MATAKU MATAMU MENANCAP MIMPI-MIMPI
    (Kepada Cikgu Zul dan Hafiz Hilmi)

    Oleh Nimoiz T.Y

    Mataku matamu menancap mimpi-mimpi membahang matahari menjengah memori. Mengundang manifestasi merentas malam menongkah maknawi. Mimpi meniup melodi mengalun muzik meruntun manusiawi menjengah mulus-mulus mukjizat meruntun manis-manis manfaat.

    Matahatiku menerkam matahatimu menikam menjadi mayat-mayat meronta. Murka menjadi manja marah menjelma mestika. Maka merah meranum meratah melahap membunuh murba. Manusiawimu melunas manikam melumat manusiawiku. Memang – murbamu menyembelih mimpi manisku!

    Malam-malam melayah minda merentas mentafsir. Makrifat menjengah melantun musuh-musuh menyonglap. Marakmu membakar maramu melakar. Melukis mimpi menulis manisfestasi melantun madah-madah. Mudahnya makrifatmu menuduh malap-malap menyingkap musibah. Mana mungkin mataku memuji manis memuja manakala mindaku meronta merusuh.

    Mataku matamu menancap mimpi-mimpi memangkas matahari menjengah. Memang, manusiawimu mengundang Malaikat. Malaikat mencatat mandala-mandala menyelak mahakarya mencelup mangsi-mangsi murka. Memang – murbamu menyembelih mimpi manismu!

    SMKA. Syarifah Rodziah, Melaka
    23 April 2009

  138. Salam cikgu…
    Bersempena dengan waktu senggang yang ada nie, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana mencurahkan sebanyak mungkin ilmu cikgu kepada saya, khasnya dan kepada seluruh seisi keluarga UQP 1041 Semester 2 sesi 2008/2009. Semoga cikgu diberkati oleh-Nya.

  139. Salam cikgu…
    Bersempena dengan waktu senggang yang ada nie, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana mencurahkan sebanyak mungkin ilmu cikgu kepada saya, khasnya dan kepada seluruh seisi keluarga UQP 1041 Semester 2 sesi 2008/2009, amnya. Semoga cikgu diberkati oleh-Nya.

  140. Terima kasih Fahmi. Moga anda berjaya dengan cemerlang di dunia UTM, baki dunia seterusnya dan di akhirat.

  141. cikgu zul..
    saya ada problem mencari majalah dewan kosmik.. website pun dah search.. so, saya hantar ke majalah pendidik ok x? haritu cerpen saya mengenai mutan akibat terkena radiasi..
    tq.

  142. “ini senarai nama yg nak buku online dengan Tuhan serta tandatangan cikgu zul sekali
    1 Saodah
    1.Nur Hazirah Bt Hassan
    2.Nur Fatin Nabilah Bt Rosli
    3.Zafirah Adilliah Bt Zarmani
    4.Aishah Bt Habibullah
    5.Fatimah
    6.Nur Afeeqah Bt Mohamed Zanudin
    7.Nurul Natasha Bt Mamat
    8.Siti Nornasihah Bt Mohd Rosdi
    9.Nur Liyana Bt Razali
    10.Ira Fhatyhah Bt Zakaria

    so, total order ada 10 buah buku yer
    10 x RM 13.00 = RM 130
    bagi no akaun, t sy masukkan duitnyer
    kalu bleh nk diskaun
    hehe”

  143. salam cikgu…sy lpe la alamat emel ckgu…sy nk cckan pd cikgu nie….tp emel cikgu sy dh lpe…..

    • Nie email address Cikgu Zul…
      zuhaka@gmail.com

      • Terima kasih Fahmi, sebenarnya saya dah e-mel secara peribadi kepada Mina.

  144. salam. cg zul, surat yang saya hantar ke majalah mingguan wanita berjaya disiarkan. edisi khas hari ibu, muka depan ziela jalil.harap masih diterima untuk markah bonus 5% tu. terima kasih

  145. Hidayah, bagi tahu lewat sangat. Dah terlepas. Lepas ini rajin2 hantar surat dan artikel. Selamat menulis!

  146. Salam..

    Tetibe pagi ni, teringin menjenguk blog cikgu.. rindu dengan cikgu dan kawan2 Penulisan kreatif..

    Cikgu apa kabar? sari nak beli buku online dengan Tuhan tu, hari tu dah pegi MPH nak beli.. tp rasa sayanglah pulak.. sebab kat MPH tak de tande tangan cikgu.. hehehe.. :D

  147. Salam.. sem ni ade KoQ Penulisan Kreatif ke cikgu…

    • cikgu sari dah reply email cikgu.

      • OK

  148. Sari, tolong respons e-emel saya.

    Nik, mungkin sem depan kan wujud kembali. Sem ini rehat.


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.