Dajjal dan bibliografi

DAJJAL menjadi bualan mulut sebahagian orang Skudai disebabkan kehadiran Dr. Danial Zainal Abidin 2 minggu lalu dengan judul ‘mengancam’ tertera kalimat ’era Dajjal’. Apabila disebutkan bahawa Dajjal tak lama lagi akan keluar berdasarkan keringnya tasik Tiberia di Israel, terasa ngeri dan takut. Formula Dr. Danial, umat mesti kembali kepada Islam. Tidak ketinggalan, hayati surah al-Kahfi, amalan yang dapat menyelamatkan daripada fitnah Dajjal yang amat dahsyat di samping doa khas selepas tahyat akhir.

Darihal Dajjal dapat dibaca antara lain dalam Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di Segitiga Bermuda oleh Muhammad Isa Dawud (mengandungi teori kemunculan yang kelihatan sensasi), The signs before the day of judgement oleh Ibn Kathir (paparan hadith dan ulasan beliau), Time is running out oleh Imam Siddiq Hassan Khan, Freemasons and Dajjal (The Antichist) oleh Kamran Ra’d, dan Dajjal – The King who has no clothes oleh Ahmad Thomson. Ada baiknya kalau dapat membaca Syarah Sahih Muslim kerana lebih 60 hadis sahih mengenai Dajjal diiwayatkan oleh Imam Muslim. Tidak silap, terdapat buku Melayu tulisan Amaludin Darus mengenainya.

Pun begitu, mauduk Dajjal tidak harus memencilkan senario akhir zaman, al-Quds dan Zionis. Untuk itu terdapat bahan bacaan Al-Quds oleh Muhammad Abdul Hameed al-Khateeb, Petanda-petanda kemenangan Islam oleh Yusuf al-Qardhawi, Ya’juj and Ma’juj oleh Muhy’d-din ’Abd al-Hamid, Al Mahdi oleh Muhammad ibn ’Izzat Muhammad ’Arif, Al-Mahdi oleh Mustaffa Suhaimi, Freemasons oleh Harun Yahya, Brotherhood, The International Jews, The New Jerusalem dan lain-lain.

One thought on “Dajjal dan bibliografi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s