Teroris sebenar terus mengganas

JIWA Muslim barangkali lebih hampir dengan Mumbai. Simpatinya mungkin lebih kepada Mumbai, kota Bollywood, kota para idola. Beirut, kota penerbit ribuan kitab dan mahakarya @ megakarya barangkali terpencil di hati Muslim (penulis megakarya bukanlah idola!).

Serangan Israel (dibaca teroris sebenar) ke atas Beirut bukanlah suatu yang baru tapi sejak tahun 1968 lagi. Namun, serangan bacul dan kematian orang awam Palestin, Lubnan dll akibat peluru milik Israel sudah menjadi berita murahan. Lantaran simpati sudah kering gersang di lopak jiwa Muslim sambil tiada lagi rintihan doa dan harapan umat sejagat.

Kebiadaban Israel sudahpun ditulis dalam ratusan ribu karya. Sebaliknya Israel bukanlah teroris, manakala penulis dan pejuang al-Quds dianggap teroris sebagaimana Bush mengiyakan tindakan Israel dulu, kini dan selamanya. Label2 tersebut takkan berjaya jika Muslim bersatu untuk tidak mengakurinya.
Subuh tadi, seorang ahli jamaah surau bagai menyalahkan Arab kerana tak tolong Arab. Saya tak fikir Israel terlalu baik dengan Melayu Islam.

Advertisements

One thought on “Teroris sebenar terus mengganas

  1. Jutaan tindakan Zionis dan konco-konco serta khadam-khadam ke atas umat Islam adalah untuk akhirnya melalikan manusia sejagat raya terhadap keganasan. Manusia akhirnya jemu (terbiasa) dengan keganasan demi keganasan, mungkir demi mungkir, munkar demi munkar… Lantaran kitalah yang patut sedar dan menyedarkan bahawa setiap satu daripada ratus jutaan kebejatan Zionis adalah sentiasa SIGNIFIKAN untuk dituntut bela

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s