Takrif Melayu serta peperangan siber antara pro dan kontra Lina Joy

MELAYU dan Islam nampaknya sudah kurang intim terutama bila timbul kes Azlina dll. Pun begitu, Melayu selain Arab masih tetap dianggap sinonim dengan Islam. Bilangan Melayu malah memang sungguh signifikan sebagaimana Nusantara yang menempatkan penduduk Muslim antara paling ramai dan paling padat di dunia.

Dari satu sudut yang lain, isu hangat yang berkaitan merupakan suatu bentuk pemisahan iman dan kufur, Melayu beriman dan Melayu kufur. Ia suatu tapisan, suatu saringan tanpa menafikan golongan yang mahu keluar daripada Islam itu berdosa besar, perlu dinasihati dan perlu dihukum jika engkar (tiada peruntukan dalam perlembagaan hampir semua negara2 umat Islam).

Hidup pada akhir zaman amat menakutkan lantaran mukmin dan kafir itu akan terpisah secara jelas sebagaimana bedanya hitam dan putih. Kata2 Bush sudah ada bayangannya, samada anda bersama kami atau… Pun begitu, penerimaan Allah itulah yang paling benar dan paling kudus, samada Allah menerima Iman dan Islam kita atau tidak. Kerangka Usul 20 al-Banna boleh dijadikan landasan kepada Iman dan Islam sebenar.

Di gelanggang Internet, penyokong Azlina nampaknya mendominasi ranking dan sedang menang sorak berkaitan isu ini. Laman2 web kumpulan peguam cakna Iman dan Islam pula bagai terus tenggelam, cuba klik www.peguampembelaislam.com dan www.peguampembelaislam.org.

Advertisements

5 thoughts on “Takrif Melayu serta peperangan siber antara pro dan kontra Lina Joy

  1. Sebelum wujud kes LJ pun nak murtad cukup mudah. Bagi saya, kalau LJ menang kes, memang tamparan kepada ketuanan Melayu Islam. Kalau LJ kalah kes, ada secebis kejayaan. Pun begitu tentunya Sdra yakin kepada pinsip inqilabiyyah lantaran risiko anak2 akan dtg murtad masih berisiko tinggi sekalipun LJ menang kes.

    Ada baiknya juga memandang kes ini dpd segi kecaknaan ibu bapa dan pendidik. Salah asuhan bapa atau salah ibu mengandung atau salah kos hidup melambung tinggi sehingga ibu bapa siang malam pagi petang pulun cari wang?

    Spt yang disebutkan, ia juga boleh dilihat dari konteks tapisan. Dalam kisah Thalut vs Jalut, paling kurang ada 3 tapisan; gerunkan Jalut (awal2 lagi dah surrender), tapisan di sungai dan tapisan sewaktu gerun lihat bala tentera Jalut yang hebat.

    Pada akhir zaman memang akan wujud beberapa tapisan. Mukmin atau bukan Mukmin. Bala dalam bentuk LJ, bencana alam seperti tsunami, peperangan seperti di Lubnan dan Bosnia-Herzegovina antara bentuk2 tapisan Tuhan.

    Saya pernah baca novel Weil China, kisah umat minoriti di Tukmanistan. Rejim Komunis menjadi asbab kepada tapisan apabila dicatatkan bahawa anak sendiri masuk komunis dan sanggup bersekongkol membunuh ibu bapa dan adik beradik sendiri!

    Maka husnul-khatimah itulah yang menjadi buruan para solihin dan muhsinin. Bal’am dan Abu Tha’labah adalah kisah2 benar sebagai peringatan sepanjang zaman.

  2. askum..hye cegu zul..i juz drop to see how cool is ur blog.secara jujurnye…ada certain part dlm topik yg ditulis sy x brape paham.Dalam kes LJ yg cegu slalu ckp ni…hurm..it’s too bad sbb kita suma tahu bnyk pertubuhan antarabangsa menyokong dia…hurm…how bout dat?Kes minah ni senarnye mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yg lemah giler dan xde ability utk bersatu mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.Moh le kite doa agar die kene panah petir satu ari nanti kalo betullah pintu hati dier dah tertutup utk Islam!wakakakaka….sekian,wassalam.

    get on up 4 u Islam!!

  3. salam..
    en zul…
    perlukah melayu disama ertikan dengan Islam..
    maksudnya,bila nama melayu sahaja mesti islam…
    perlukah kita perjuangkan ketuanan melayu sedangkan dalam islam kita semua serupa sahaja…tidak kira warna kulit, bangsa dan tempat tinggal…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s