Hidup ini suatu gema

city-echo.jpgHIDUP ini boleh diibaratkan seperti gema atau talun. Apa yang dituturkan, itulah yang akan didengar selepas gelombang bunyi terpantul dari sesuatu permukaan tertentu. Seperti juga menepuk air di dulang, pasti kan memercik ke muka sendiri.

Konsep gema dimanfaatkan dalam banyak perkara seperti nelayan laut dalam mengesan kedalaman laut dengan gelombang ultrasonik melampaui 20 kHz. Dengan kaedah hampir serupa, janin dapat diimbas – garispusat kepala diukur, kemaluan diteliti dan sebagainya.

Dari sudut yang lain, konsep gema mengingatkan alam abadi. Kalau hari ini buat baik walau sezarah, pasti mendapat pembalasan dengan ganjaran setimpal malah ganjaran baik itu belaku di dunia lagi. Sebaliknya, kalau hari ini simbah atau semprot orang, akan datang tak mustahil kita disimbah orang.

Namun, Pak Hamka pernah mengingatkan: Jangan tertawakan orang yang jatuh kerana kita tidak jatuh. Senario gema demi gema yang berlaku banyak kali di hadapan mata perlu menjadi iktibar dan pengajaran berguna bukan sekadar bahan jenaka atau berita.

Advertisements

2 thoughts on “Hidup ini suatu gema

  1. Assalamualikum

    Syukur kerana melalui blog @ memanfaatkan internet kita dapat mengeratkan ikatan persahabatan ( silatulrahim )yang bertitik tolak dari pertemuan di Bengkel Adaptasi SifuPTS pada Ahad 13hb Ogos 2006, bersamaan 19 Rejab 1427.

    Teori fizik yang sdr Zul kaitkan dengan kehidupan akan menambahkan lagi nilai estatika yang sewajarnya dimiliki dalam sebuah karya agar dapat dijadikan alat untuk membuka pintu minda dan meresap masuk ke kalbu para khlayak.

    Perjalanan kita masih jauh dan amat memerlukan penglibatan lebih ramai lagi umat manusia yang tidak berkesempatan mendengar “Gema Suara” kita. Maka sudah sewajarnya kita memperkemas dan bergabung tenaga agar pengalaman dijadikan inspirasi.

    Sesungguhnya tanpa memiliki ilmu kita tidak dapat beramal dan tanpa memiliki kawan kita tidak dapat menikmati erti persahabatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s