Stongan dan osim

<>Ha, ha, ha. Stongan rupa-rupanya gabungan ‘stoking’ dan ‘tangan’. Yang demikian, stongan ialah stoking tangan yang kini banyak di pasaran. Bagi seorang muslimah, stongan dapat memelihara aurat tangannya. Bagaimana dengan osim? Bukankah ia jenama kerusi pengurut? Osim persis kipas dan bodek. Sebagai contoh, dia sering mengosim bosnya agar lebih berpeluang untuk mendapatkan kenaikan pangkat dan gaji.

Advertisements

4 thoughts on “Stongan dan osim

  1. huahuahua..ye itulah yg sy maksudkan,cegu zul!selain daripada mengosim,terdapat juge perbuatan yg amat menjengkelkan dan menggelikan anak tekak yg gemar dilakukan org2 yg kurang kaseh sayang.cthnye spt menghawe dinginkan org laen.spt cth,Encik Sulong gemar menghawe dinginkan bosnye supaye dirinye x lemas dek gaji yg ciput.Sekiranye bosnye sengal2 kuda,most probably Encik Sulong akn mendapat ape yg dihajatinye..gitulah kesahnye..

    ~the ordinary fear god~

  2. Arakian tersenyum simpullah sekalian pengedar osim, persis ubat gigi di-colgate-kan, tingkap cermin di-naco-kan dan air cokelat di-milo-kan. Teknik seumpama ini merupakan subset kepada komunikasi retorik sebagaimana Bung Karno (bekas presiden Indonesia) pernah dalam satu ucapan berapinya meng-gotohell-kan bantuan Amerika Syarikat. Sehubungan itu, barangkali saudari pernah lihat ‘sticker’ di cermin belakang kereta: Donotgoto University. Mula-mula, mati-mati saya bayangkan universiti tersebut berada di New Zealand atau Amerika Selatan. Dalam kes yang serupa, almarhum Ahmad Deedat pernah dianggap graduan universiti oleh seorang pengerusi majlis dalam sebuah majlis debat di Albert Royal Hall, London. Hati-hati bila jadi pengerusi majlis.

  3. cegu ape masej yg tersirat di sebalik pkataan donotgoto university itu? saye x paham la..aderkah mengajak kita sume jgn pegi ke universiti?

  4. Bukan begitu. Dia cuba nak bagi tahu yang dia tidak berpeluang ke universiti. Jadi dia sebutlah Donotgoto University memandangkan kawan2nya semua tampal universiti masing2 dengan pelbagai rekabentuk dan warna.

    Yang penting, usah pandang rendah kepada yang tidak ke universiti atau tak habis belajar di universiti. Bill Gates belajar tak habis di universiti tapi jadi genius perisian komputer dan memiliki syarikat gergasi dunia, Microsoft.

    Namun, usahlah sudah letak matlamat tak mahu masuk universiti. Universiti memberi peluang untuk dalami ilmu dan bina rangkaian biarpun buat masa ini, graduan universiti belum tentu dapat kerja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s