Jawi di Brunei dan di Malaysia

PEMBATALAN penerbangan pada petang itu ada hikmahnya. Lalu membolehkan saya berpeluang memasuki Negara Brunei Darusalam menerusi jalan darat dan kembali ke tanahair menerusi laluan udara (ini kali pertama saya ke sana).

Imej pertama Brunei yang hinggap dalam kamera ialah papan tanda putih besar di Sungai Tujuh dengan tulisan jawi di atas, tulisan rumi di tengah, manakala terjemahan Inggeris di bahagian paling bawah.

Penggunaan tulisan jawi di Brunei sungguh meluas lagi konsisten; di sempadan antarabangsa, lapangan terbang antarabangsa, bank-bank perdagangan di pusat kota dan di mana saja, melandasi falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

Ada yang kelihatan melucukan. Bahasa Inggeris diterjemah dahulu sebelum ditulis jawi. Sebagai contoh, ’The little M’ ditulis sebagai ’Si kecil M’. Bukan setakat diterjemah, bukan juga setakat di atas, malah mesti lebih besar.

Ketika tanah watan saya baru saja menangisi pemergian Utusan Melayu, pemusafiran di Brunei tentunya banyak memberi inspirasi dan teladan berguna. Barangkali orang Melayu perlukan peraturan yang dikuatkuasa, baru hendak menjadi!

Catatan: Artikel ini tersiar dalam majalah Dewan Bahasa, Ogos 2006.

Advertisements

6 thoughts on “Jawi di Brunei dan di Malaysia

  1. Assalamu’alaikum wr.wb,

    Amatlah menduka citakan bahawa, tulisan melayu jawi tidak mendapat sokongan dari anak2 muda pada masa kini.Tulisan didalam melayu/jawi bukan saja melambangkan kemelayuan yang bercondong dan cenderong pada nilai2 agama islam tetapi, merupakan kesatuan dan perpaduan pada bangsa melayu itu sendiri.

    Bahasa melayu adalah bahasa ilmu, jika dijawikan bukan dirumikan.

    Sekian salam keagamaan dengan ucapan assalamu’alaikum wr.wb.

  2. Terima kasih buat Sahrudin dan Haajim di atas respon. Apa yang lebih membimbangkan adalah buta al-Quran di sebalik isu buta jawi lantaran buta al-Quran berarti buta kebenaran sedangkan ramai yang tidak buta al-Quran pun ramai yang buta kebenaran ibarat tulisan pegawai2 British sewaktu menjajah Asia Tenggara; orang Melayu ramai baca al-Quran tapi persis burung kakaktua.

  3. Salam En. Zulkahir,

    Untuk memartabatkan tulisan jawi, saya mewakili UMP telah mencipta semua characters jawi yang boleh diaplikasikan dengan mudah menggunakan ASAR fonts.
    Contoh A untuk Alif, B untuk Ba’, C untuk cha dll. ejaan faks, dalam jawi asar fonts dengan jarak kaf dengan sin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s