Seribu untuk buku dan lima jenis analisis

SERIBU ringgit untuk buku sebagai pelepasan cukai memberikan berita baik buat para penulis, juga penerbit, pengedar dan semua pihak yang terbabit dalam industri buku. Mereka tentu tersenyum (biarpun diramal harga minyak, tol dan kereta akan naik tahun depan!).

Suatu masa dulu, ia pernah bernilai RM 500. Kemudian meningkat naik kepada RM 700. Kalau RM 1000 dimanfaatkan oleh setiap isi rumah, sudah tentu akan akan wujud perpustakaan mini di setiap rumah, sekaligus jumlah bacaan rakyat Malaysia akan meningkat.

Kalau dirujuk kepada pengurusan ilmu (knowledge management), budaya membaca dan budaya ilmu amat mustahak dalam k-economy. Pekerja yang berilmu pula menguntungkan negara dalam banyak aspek. Semuanya sudah sedia termaktub dalam saranan al-‘Alaq dan al-Qalam.

Pun begitu, berdasarkan kajian ringkas yang saya lakukan terhadap 10 kakitangan kerajaan (kelas A), hanya 2 orang  yang membeli buku lebih daripada RM 500. Umumnya 20% sahaja daripada kakitangan kerajaan manfaatkan pelepasan cukai dalam pemebelian buku ini!

Yang demikian, kempen baca buku dan beli buku harus diperhebatkan; di pejabat2, di pasaraya2 dan di mana sahaja lantaran pasaran buku masih terbentang luas. Kalau 1 juta rakyat Malaysia (lebih kurang 1 juta rakyat Malaysia makan gaji) beli buku sebanyak RM 1000 pada tahun depan, nilai jualan buku tahun 2007 ialah RM 1 bilion!

Sehubungan itu, penulis mesti buat analisis-analisis seperti berikut:

<>1. Pasaran. Sebagaimana yang dibincangkan di atas. Selain itu perlu fahami keadaan ekonomi di samping minat, umur dan jantina pembeli.

2. Analisis karya. Perlu kaji karya penulis mapan dari segi tema, plot, gaya dsb. Karya penulis yang lebih muda juga ada banyak perkara yang boleh dipelajari. Juga, buatlah analisis terhadap karya sendiri .

3. Analisis penerbit/editor. Kenalpasti homestyle, minat dsb.

4. Analisis penganjur/hakim. Kenalpasti syarat, minat dsb jika mahu masuk sesuatu pertandingan.

5. Analisis tindakan. Menulis itu serupalah dengan bercakap. Adakah penulis cakap serupa bikin? Dalam adab penulisan Islam, hal ini amat mustahak selain daripada keikhlasan.

Advertisements

6 thoughts on “Seribu untuk buku dan lima jenis analisis

  1. kempen peringkat paling awal perlu dilaksanakan – sekolah rendah. pastikan ada peruntukan yg cukup utk penuhkan pusat sumber. Ini hanya 3 – 5 ribu setahun – hanya beberapa buah kotak buku shj boleh dibeli. belum kira yg cikgu songlap utk laksanakan projek lain… hari ini Noh sudah beri amaran – jgn ambil komisyen. itulah yang selama ini berlaku.

  2. Semangat yang dijana sewaktu menghadiri Majlis Pelancaran BBSN di Dewan Merdeka ( kehebatan majlis tersebut tiada siaran langsung oleh pihat TV namun wajar disiarkan kepada umum walaupun melaui siaran tertunda dari rakaman video ) telah mendorong saya mendaftarkan diri sebagai Rakan Dewan agar tidak tergolong dalam golongan yang sdr Zul nyatakan dalam perkara 5 analisis beliau.

    Catatan Ani Awang ( saya baca di http://www.utusan.com.my ) sewajarnya kita sebagai penulis menerima tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat BBSN.

    Berkaitan dengan pengumuman Bajet 2007, saya yang kini menerajui unit pembangunan perniagaan PHYSIOCARE Sdn Bhd akan berusaha merealisasikan budaya membaca dapat dipertingkatkan di kalangan rakyat Malaysia dengan saya sendiri akan memastikan RM1000 dikhaskan untuk membeli buku !
    Semoga semangat Jaffar Rahim dapat membuka pintu minda kita.

    Di samping itu, saya akan menghasilkan karya yang bertemakan kesihatan sebagai wadah untuk menyampaikan mesej dakwah berhubung dengan kepentingan kita menghargai nikmat kesihatan dan tidak mudah berputus asa dalam menjalani proses rawatan atau pemulihan.

    Saya juga telah meluaskan skop perniagaan dengan membentuk Unit Buku supaya boleh membekalkan khidmat nasihat pembelian buku kepada mereka yang memerlukannya.

    Semoga apa yang kita lakukan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh yang boleh mempermudahkan kita menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

    Selagi menulis terus menulis.

  3. Sdra Kholid. Peruntukan pembelian buku di sekolah memang agak besar. Pun begitu, pembelian buku di rak tebuka yang sebenanya menceminkan kecaknaan rakyat Malaysia terhadap bacaan dan ilmu.

    Seorang penjual buku pernah berkongsi pengalaman, strategi jual buku di sekolah harus letak sekian persen untuk PIBG, baru nampak menarik. Bila ditanya persen untuk peribadi, katanya sekitar 5%. Tak tahulah pengalaman orang lain.

  4. Sdra Sallehuddin. Benar, penulis mesti mulakan dengan membeli buku hingga seribu dan membaca. Penulis yang tidak membaca ibarat burger tanpa daging burger. Rasa burger hilang @ tiada bila tiada daging yang diapitkepit itu.

    Bagaimanapun, kempen membaca itu bukanlah semata2 di tangan penulis. Kalau membaca itu mahu dijadikan budaya, harus difahami budaya itu berlaku apabila majoriti ahli masyarakat mempunyai minat dan kebiasaan membaca.

    Gerakan membaca adalah gerakan massa. Pemimpin mesti sering ingatkan agar membaca. Begitu juga dengan rancangan TV Realiti dan filem termasuk lagu. Tidak dapat disangkal, budaya hiburan kini banyak menghakis budaya membaca – “Tengok ______ lagi ‘best’ daripada buat kerja rumah dan baca buku”.

  5. Sekali menulis tgereus menulis. Tulis selagi terdaya. Di sekeliling kita memang penuh dengan cerita. Pilih saja cerita yang boleh dijadikan teladan.
    Ada cerita tentang diri kita. Ada cerita tentang kita dengan orang lain. Ada cerita dan macam-macam lagi.
    Kita yang jadi penulis, 1001 macam cerita bermain di dalam fikiran.
    Itulah kita sebenarnya. Bacalah cerita kita!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s