Sepagi bersama Palestin

TAHNIAH Johor! Inisiatif 20 NGO Islam Johor dan JAJ wajar diberi penghargaan. Moga diteruskan dan dibuat di tempat terbuka seperti Teluk Danga atau Kota Raya sebagai saranan Ustaz Maszlee Malik.

Ucapan Dato’ Noh Gadot sungguh memberangsangkan. Cek sumbangan orang ramai sebanyak lebih RM 60 ribu telah diserahkan oleh beliau.

Ada banyak perkara menarik yang saya dapat daripada program ini. Antaranya termasuklah:

– Isu Masjid al-Aqsa yang retak dan menanti saat untuk roboh dan runtuh.

– Kelicinan, kesungguhan dan kerapian perancangan Zionis dalam mencapai misi mereka. Setiap organisasi ada peranan masing-masing – cabaran kepada semua NGO Islam.

– 21 Ogos lebih dikenang sebagai tarikh pernikahan Datin S-Datuk K berbanding tarikh Hari al-Quds.

– Nisfu Syaaban sebagai tarikh perubahan arah kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram.

Jumlah kehadiran wajar ditingkatkan. Jika tanpa para belia berpakaian ungu (para pelajar Maahad Johor), tentu banyak tempat duduk yang kosong.

Persembahan multimedia dan nasyidcukup hebat. Saya berpeluang bersalam dengan Sifu Nasir dari UIA. Bacaan ayat oleh beliau di atas pentas mengenai ‘takkan sama orang yang beri air kepada hujaj dengan yang berjihad di jalan Allah’ sungguh menggetarkan jiwa saya.

2 thoughts on “Sepagi bersama Palestin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s