Mengasah peka terhadap alam

PADA pagi 16 September, separuh daripada pelajar-pelajar saya mengakuri bahawa mereka sudah lama tidak melihat bintang. Sebagaimana yang dijangka, kepekaan terhadap alam memang sudah semakin pudar dan menyirna. Suara burung juga barangkali kurang dihargai bebanding bunyi nada telefon bimbit yang pelbagai lagi semakin canggih itu.

Inilah cabaran besar buat penulis, harus sering peka dan menghargai alam. Kemajuan teknologi nampaknya kerap menjuling mata – segala yang artifisial itulah yang paling hebat. Kalau diberi pilihan untuk bercuti, kotaraya lebih menjadi pilihan berbanding lokasi yang kaya dengan khazanah alam yang tak ternilai hargainya.

Namun begitu, ada banyak khazanah alam yang ada di sekeliling tidak diamati. Habitat dan kediaman semut seperti dalam gambar berikut lazim tidak diambil peduli oleh saya sendiri sebagai khalifah yang saban waktu memijak-mijak bumi. Mengamati alam juga sebahagian daripada latihan buat para penulis, malah muhasabah diri selaku hamba.

dscn1133.JPG

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s