Purnama gondol empat anugerah

BUAT pentadbir STF, seluruh guru penasihat dan warga kerja Purnama, saya ucapkan tahniah dan terima kasih. Siapa sangka, wawasan yang dipateri setahun lalu menjadi kenyataan. Purnama menggondol empat anugerah di samping mendapat liputan Berita Harian edisi Johor pada 22 September 2006, pecah rekod!

Saya takkan lupakan kenangan manis dan pencapaian ini. Purnama menggondol hadiah kedua kategori bahasa, hadiah terbaik kategori penerbitan dan anugerah majalah sekolah terbaik Johor dan Melaka. Hazwan yang juga warga kerja Purnama untuk dua tahun berturut-turut menyandang gelaran johan cerpen. Kali ini cerpennya berjudul ’Leftenan Adnan’.

Terima kasih sekali lagi buat Cikgu Awie (perunding komputer, iklan dan konsep), Cikgu Jaya (perunding Photoshop dan rekabentuk), Munsyi Ujang dan Kak Bijan (perunding Bahasa Melayu) dan lain-lain, juga buat sekalian serikandi Purnama 2005. Terima kasih buat para guru dan warga kerja Purnama sebelumnya yang telah mewariskan tradisi yang tersendiri.

Akhir sekali rakaman penghargaan peribadi buat Munsyi Mohamad Musip, sifu penerbitan majalah sekolah sewaktu di SEMESTA dan tidak ketinggalan buat sifu-sifu penulisan.dscn1142.JPG

Advertisements

15 thoughts on “Purnama gondol empat anugerah

  1. Tahniah Cikgu Zul! Tahniah PURNAMA! tahniah STF!!Satu pencapaian yang membanggakan..semoga dapat kekalkan kemenangan di tahun2 akan datang..Amin!

  2. Assalamualaikum….

    Tahniah Cikgu Zul and also tak dilupakan PURNAMA!!! Well..it’s been eight years since I left the school. STF banyak meninggalkan sweet memories pd kita semua. Untuk Cikgu Zul..bila nak balik Serkam?..PURNAMA..keep it up. Together we join hand to reach our gold…with spirit and dignity we stand…Tun Fatimah will always be the leader…mmm…ingat lg x wording ni??

  3. Terima kasih berganda buat Wafa, Hamidah dan Ain. Saya fikir kalau selisih bahu di kawasan kota seperti Kota Bharu atau di ceruk-ceruk seperti Ceruk Tok Kun, mungkin saya tak perasan.

    Hmm, saya baru balik Serkam, lazimnya setiap bulan. Hubungi saya menerusi emel zuhaka@gmail.com.

    Semoga menjadi pekerja, isteri dan ibu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ramadhan kareem.

  4. Tahniah…Cikgu Zul…PURNAMA…dan warga STF.Bangga menjadi sebahagian Warga STF..Keep it up!!!!Bravo Serikandi….

  5. tahniah cikgu dan semua yang terlibat dgn purnama!ingat lagi cikgu ckp, kalau tak lulus fizik tak salah, cikgu tak marah..yg penting kita sentiasa cuba memperbaiki kelemahan kita.. 😀 saya rasa itu yang jadi pegangan semua warga stf ..bukan yg tak lulus fizik tu, part yang “sentiasa cuba memperbaiki kelemahan diri”.. thn depan menang lagi ye..!!

  6. Bila saya cakap begitu bukan bermakna keputusan teruk yang saya inginkan. Sebab itu yang buat muka toya dan tak buat kerja wajar dimarah. Barangkali pengalaman diri sebelum ini yang tidak didesak oleh ibu bapa dan guru walaupun pernah dapat keputusan teruk. Tidak diasak barangkali ada baik dan buruknya. Saya tak pasti Farah jenis yang mana, suka didesak dan diasak atau sebaliknya? Dan bila ada anak, suka mendesak dan mengasak?

    Bila saya cakap begitu, saya mahukan yang positif. Usah putus asa dengan keputusan yang kandas dan kandas. Yang penting mesti cuba lagi. Bangkit. Baiki kelemahan. Saya yakin, ada manusia jenis lambat, ada manusia jenis cepat. Ada yang tidak cemerlang dalam SPM tapi cemerlang di U. Ada yang tidak cemerlang di ijazah pertama tapi cemerlang di ijazah kedua dsb.

    Einstein pernah dianggap bengap tapi akhirnya disanjung sebagai sarjana. Ibn Hajar menjadi tokoh ilmuwan agung lewat usia emas berbanding Asy-Syafei dll yang sudah nampak genius sewaktu zaman remaja. Newton pernah kemukakan idea tolol sewaktu ingin cipta lampu dengan memasukkan kelip-kelip atau kulimpapat.

    Pun begitu, keindahan dan keseronokan menjadi guru bila anak2 murid menjadi manusia yang berakhlak mulia. Cemerlang peribadi jauh lebih hebat berbanding cemerlang kognitif semata.

  7. a’kum cikgu…ingat lagi x saya nie? Hasliza, presiden kelab rekacipta 98..yg cikgu bawak gi STAR tu..:) anyway, tahniah purnama, sbagai x-editor purnama di bawah ketua editor Shariza Zainol Rashid, 1998 turut rase bangga nie..baju purnama ade lagi kat rumah…
    tahniah STF and maju terus maju..STF rules…

  8. Ingat. Hasliza reka cipta. Walaupun reka cipta kita tak berapa menyerlah, namun kita tidak menyerah kalah! Makan2 di Sri Malaysia Ipoh, jambu batu dll, saya masih ingat. Ia turut ingatkan kepada almarhum Pak Sahak, cikgu pernah tidur sebilik dengannya.

  9. Innalillah……Pak Sahak dah tinggalkan kita semua? bile cikgu?
    xde dengar khabar plak..sempena ramadhan ni semoga rohnya dicucuri rahmat selalu..arwah mmg baik orangnya…

    yelah cikgu..walaupun kite x menyerlah, tapi semangat tu yg penting..semangat srikandi tu mmg sentiasa di hati dan insya Allah akan diadaptasikan dalam kehidupan sebagai penjawat awam plak..
    sebenarnya saya sangat2 bangga dan bersyukur berpeluang menjadi warga STF..byk ilmu yg tidak formal saya pelajari hingga saya menjadi saya yg hari ini..Alhamdulillah..terutamanya ukhuwah dengan rakan2 dan guru2 yg mmg berpanjangan…:) betulla..everything happens for a reason..

  10. Dia meninggal sewaktu cikgu di UK. Betul, dia memang baik orangnya.

    Ilmu memang tak semestinya ada di kelas, makmal dan bilik kuliah. Begitu juga dengan kemahiran. Semoga Hasliza berjaya di dunia dan akhirat.

  11. Assalamualaikum,cikgu,baru sekarang bekesempatan bukak blog cikgu..maklumlah,busy nak SPM.thanx for da article…and again,thanx for everything..tanpa cikgu,PURNAMA takkan berjaya…terima kasih juga kepada pihak srikandi yg menyokong..okay cikgu,esok saya dah nak berangkat ke STF,nak teruskan perjuangan..doakan kejayaan SPM saya…lepas SPM,insyaallah saya nak aktif menulis…tolong beri tunjuk ajar….entah cikgu still bace comment ni ke tak..x apelah..ape2 pun,A WORLD OF THANKS FOR YOU!!

  12. Ok, selamat berjuang. Fizik A (takkan tak boleh kalau dah buat 10 set trial fizik!), semua A, minda, hati budi, idea dan karya juga A. Insya-Allah. Ingat kembali motif kulit depan Purnama – bahtera Serikandi yang teguh berlayar di samudera ganas menggila. Serikandi boleh! Koordinatkan pulau impian, meluncur dan berlayarlah ke sana!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s