Kreativiti menurut Dilip Mukerjea

SETIAP halaman daripada buku ini penuh warna-warni. Pendekatan peta minda begitu ketara, namun bekas jurutera marin, Mukerjea ada caranya yang tesendiri. Buku setebal 319 halaman ini (termasuk indeks) ini ditebitkan di Singapura (2003). Judul yang diberi ialah Brain Symphony, lanjutan kepada buku Superbrain, Building Brainpower & Surfing the Intellect.

Menurut Mukerjea, bukan semua penyelesaian keativiti itu suatu inovasi dan bukan semua inovasi itu suatu penemuan (invention). Seterusnya, keativiti dapat dijana sehingga bersifat infiniti apabila tenaga diberikan kepada memori. Maka, rumus terkenal tenaga nuklear Einstein dapat disusun sebagai E + M = C (E – energy; M – memory; C – creativity).

Beliau malah turut menggagaskan suatu skema dalam membentuk kreativiti itu agar tinggi mutunya sehingga ke tahap penemuan agung. Ia malah telah diaplikasikan dengan jayanya dalam suatu bengkel yang dikendalikan oleh seorang teman. Pada hari pertama, sebahagian besar peserta berjaya bekreatif secara ‘merapu’ tapi pada hari kedua setelah diperkenalkan skema berkenaan, kreativiti mereka menjadi lebih hebat.

Skema itu disebut sebagai SCAMPER (asalnya dibentuk oleh Alex Osborn) iaitu substitute, combine, adapt, adopt or adjust, modify or magnify/minify, put to other uses, eleminate/minify & reverse, rearrange or recycle. Colin Roses selanjutnya telah menyusun semula menjadi ROMANCES; reverse, rearrange or recycle, one for another (substitute),  modify or magnify/minify, adapt, adopt or adjust, new uses, combine, eliminate & simplify.

Kalimat ‘recycle’ mengingatkan saya kepada Michael Crichton yang telah menghasilkan filem The 13th Warrior (1999) dan The Lost World: Jurrasic Park (1990). Beliau telah dikatakan mengitar semula idea tulisan orang terdahulu lalu diberi nafas baru. Jurrasic Park misalnya hasil teori dinasor berdarah panas dan berlari pantas oleh Robert T. Bakker. Novel Eaters of the Dead (1976; difilemkan kepada The 13th Warrior ) pula hasil daripada epik Inggeris klasik, Beowulf yang sebenarnya merupakan suatu terjemahan karya sarjana Islam abad ke-10, Ahmad ibn Fadlan.

Advertisements

One thought on “Kreativiti menurut Dilip Mukerjea

  1. Just wish to say your article is as astounding. The clearness in your publish is simply cool and i could think you’re a professional on this subject.
    Well with your permission allow me to clutch your RSS feed
    to keep up to date with drawing close post.
    Thanks 1,000,000 and please carry on the rewarding work.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s