Penulisan fiksyen sains 1

DARIPADA 16 orang hanya 4 orang yang meminati penulisan fisyen sains (FS). Antara penulis yang diminati termasuklah Crichton (terkenal dengan Jurrasic Park dll), Fiest dan Ni Kuang. Asimov nampaknya bukan pilihan mereka kecuali saya yang rajin membaca tulisan pendek beliau sewaktu zaman sekolah rendah.

Kami cuba melakar apakah perbezaan antara FS dan fantasi. Kemudian cuba pula melakari jenis tema yang biasa disentuh; gambaran futuristik serta penemuan baru dan lama yang difiksyenkan. Yang pasti ia mesti berasaskan sains atau bersifat saintifik seperti idea penklonan, kecerdasan buatan, teori superstring dan fizik kuantum dll.

Pun begitu, seorang pelajar memberitahu bahawa yang dia memang tidak minatkan penulisan FS tapi minatkan filem FS. Dia menceritakan bagaimana dia pernah buat pertama kali menangis sewaktu menonton filem FS yang menonjolkan watak robot kanak-kanak.  “Oh, itu filem AI,” beritahu saya.

Saya yakin, FS memang ada harapan di Malaysia tapi dengan cara tersendiri. Barangkali orang2 kuat XXRay wajar diajak berbincang. Sebelum itu, mengapa pertandingan menulis cereka sains Karyanet dan DBP tidak dianjurkan pada tahun ini? Apakah penulisan FS tidak penting lagi dalam misi dan visi karya sastera nasional?

Advertisements

5 thoughts on “Penulisan fiksyen sains 1

  1. Salam 2 Zulkhair,

    Saya ada gak sinopsis nk wat pilem FS but malas nk kembangkn jadi skrip coz kt Msia ni produser lebih suka buat filem genre cinta/aksi/komedi jer. Semoga 1 hari nnti impian saya nk siapkn finaldraftnya t.capai. Btw sdra ni kira ‘script-doctor’ gak ke? Manalah tau kot2 boleh collaborate idea psl skrip FS saya tu..

    p/s: Saya nk tunggu sgt filem CICAKMAN (kru pictures/yusry) 🙂

  2. Bau saja tonton Medical Investigation lepas tarawih tadi. Drama tersebut taklah macam filem2 Hollywood yang terpaksa libatkan kos jutaan ringgit. Idea mudah (bukanlah bermaksud senang dapat idea tersebut). Harus kuasai sains terutama penemuan terbaru atau fakta yang amat jarang diketahui. Di Malaysia, pengetahuan sains massa jauh lebih rendah. Ini suatu kelebihan. Salmonella sebagai contoh ramai yang tak tahu biarpun telah menyebabkan kerugian lebih RM 100 juta kepada Cadbury , apa lagi virus yang pelik melik macam dalam drama tersebut. Alang DJ radio pun ada yang tak boleh sebut E. Coli dengan betul (ikut bunyi masyarakat saintifik).
    Fasal projek KRU, saya fikir ramai yang sedang menunggu. Barangkali penerbitan buku dan filem mahu disatukan di situ.

  3. Pingback: Penulisan fiksyen sains 2 « Idea menulis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s