Larangan terhadap mulut dan kemaluan

SEJAK akhir Syaaban lalu saya sering terfikir mengenai hubungan latihan (training) Ramadan dan Haji. Tarbiah Ramadan itu penting sebelum memasuki ‘level 5’ Haji yang pernah digambarkan oleh Nabi s.a.w. ibarat medan jihad bagi kaum wanita.

Dalam surah al-Baqarah, saya perhatikan latihan tahunan Ramadan (kewajipan puasa dll) disusuli dengan ayat mengenai haji. Dalam kalendar, jelas ada kronologi. Sebaik sahaja selesai Ramadan, masuklah musim Haji.

Larangan puasa Ramadan dan ihram Haji itu terdapat persamaannya iaitu larangan terhadap mulut dan kemaluan; mulut sebagai contoh dilarang makan dan minum, manakala mulut dilarang bercakap perkara2 keji dan berfrekuensi konfrantasi dan gocoh.

Kedua-dua laluan manusia tersebut memang bersifat fizikal tetapi larangan terhadapnya sewaktu puasa Ramadan dan ihram Haji bukan suatu latihan bersifat fizikal sebaliknya suatu latihan kerohanian peringkat tertinggi. Ia bukan juga latihan menjadi sami lantaran tiada persamian dalam Islam.

Mulut dan kemaluan juga punca kepada kehancuran seseorang individu dan sesebuah peradaban. Kerana pulut dan tangan santan binasa, kerana mulut dan kemaluan badan binasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s