Jerebu melepasi sempadan dan usahawan migrasi

JEREBU yang melepasi sempadan bermakna ia jerebu yang hebat. Puluhan pulau dan saujana laut dilepasi menjangkau ribuan kilometer. Ia malah lebih unggul berbanding jerebu tempatan seperti pembakaran terbuka sempena pesta tanglung dll. Ia juga telah memeritkan ribuan tekak disamping mengakibatkan iritasi mata. Jangan lupa, ia pernah membunuh!

Manusia yang melepasi sempadan juga jauh lebih hebat. Bukan saja Cina dan Indonesia, Melayu tempatan yang keluar negara menurut Ann Wang Seng ramai yang hebat2. Mereka yang melepasi sempadan ini lazimnya merupakan usahawan migrasi berjaya. Bukan sekadar usahawan tapi jutawan.

Dr. Rusly Abdullah yang pernah muncul dengan trilogi jutawan senyap telah membongkar kewujudan kelompok jutawan senyap di kalangan pendatang asing (Indonesia khususnya). Formulanya hanya satu iaitu menerusi keusahawanan dan perniagaan di samping gaya fikir: aku hanya migrasi, ini bukan tempat sebenar aku.

Padahal sesetengah pendatang asing tersebut merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) manakala sesetengahnya pula hanya datang dengan sehelai sepinggang. Mereka tidak ternama, tidak bergelar datuk dan ada yang tidak pernah langsung menggunakan kad kredit tetapi merupakan jutawan – jutawan senyap yang memiliki financial independent.

Mereka juga bebas menewaskan usahawan tempatan seperti jerebu yang datang dari seberang apatah pula terhadap yang enggan menjadi usahawan.

Advertisements

2 thoughts on “Jerebu melepasi sempadan dan usahawan migrasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s