Usahawan migrasi dan penulis banduan

WAJARKAH jadi migrasi untuk jadi usahawan berjaya? Wajarkan jadi banduan untuk jadi penulis hebat seperti Pramoedya yang pernah dibuang negeri itu atau Syed Qutb yang pernah merengkok di sebalik jeriji besi Mesir?

Wajarkah jadi syaitan dahulu sebelum bertaubat menjadi mat surau, minah telekung, wali dan sebagainya?

Advertisements

4 thoughts on “Usahawan migrasi dan penulis banduan

  1. Sdr,

    Ada seorang kawan – dia mahu menulis tentang cinta. Gagal mahu menghayati watak itu, jadi dia kata dia terpaksa bercinta lagi… Selepas dia melaksanakan eksperimen itu jelaslah dia berjaya menukilkan dengan kata-kata yang hebat. Itu tentang cintalah tetapi untuk jadi banduan dulu – siapa sanggup?

  2. Orang macam kita kalau mahu becinta lagi, bahaya! Lainlah kalau sudah betul2 bersedia. Pernah seorang teman suruh bercinta, katanya suka2 bukan untuk serius. Bercinta suka2? Bukankah hubungan intim lelaki dan perempuan itu akhirnya ke ranjang? Barangkali kita boleh bina siri karya cinta selepas kahwin. Seorang pelajar saya pernah kata, “cinta lepas kahwin tak best.” Kata saya, “mana awak tahu? cinta lepas kahwin lagi best, lebih jujur, penuh tanggungjawab.” Tak mustahil genre cinta novel lepas kahwin bakal popular!

  3. Apabila Sdr Zul memperkatakan migrasi dan kaitannya dengan usahawan berjaya, sejarah tokoh usahawan tersohor membuktikan bahawa “migrasi” turut menjadi faktor utama kejayaan mereka.
    Dorongan ke arah melakukan perjalanan di muka bumi dengan matlamat memperkukuhkan iman melalui penghayatan tanda-tanda kebesaran Allah juga mampu menjayakan misi seorang usahawan.

    Penulis yang hebat tidaksemestinya harus melalui kehidupan dalam tembok batu yang dinamakan penjara untuk membentuk diri sebagai penulis yang berwawasan dan dihargai oleh khalayak pembaca.

    Sengaja menempuh jalan kesesatan dan kemudian kembali membersihkan diri tidak wajar kita lakukan. Agama Islam memperingatkan mereka yang berakal agar menjadikan iman sebagai alat mencegah kemungkaran dan pendorong membuat kebaikan dan hanya memberikan peluang kepada mereka yang sesat tanpa ilmu kembali kepada pangkal jalan melalui bertaubat.

  4. Sallehuddin, saya baru terfikir bahawa bukankah kita juga migrasi biarpun tidak pernah ke luar negara? Kita sedang bermigrasi dari alam ruh ke alam kekal abadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s