Penulisan fiksyen sains 2

PENULISAN fiksyen sains (FS) tidak dapat dipastikan bilakah ia bermula. Mohd. Ariffin Mohd. Siri bagaimanapun pernah muncul dengan siri FS pada 1977 & 1978 seperti Seribral Hidofarik. Ismail Sarbini, guru sastera yang pernah terkenal dengan karya kanak2 & remaja juga agak aktif dalam genre ini. Beliau pernah mendapat Hadiah Ke-2 & Ke-3 Peraduan Menulis Novel FS DBP 1980. Contoh novel-novel FS beliau ialah Pulau Berukera & Berukera Dari Planet Ulba.

Dipercayai, novel moden Melayu perubatan FS pertama dihasilkan oleh Dr. Rahmat Haroun – Di.Ar.Ti (1989). Dihasilkan selepas melawat klinik terkenal di AS, yang mempunyai 1500 doktor pakar & 5000 paramedik dari seluruh dunia. Timbul persoalan dalam diri beliau: Untuk apa sebenarnya manusia berusaha menangguh kematian? Dihasilkan 52 hari selepas kembali ke Malaysia. Nisah Haron juga pernah menulis fantasi dan FS dalam kumpulan cerpen, Impian Tsu Ryi (2002) diikuti oleh Amran Chik dengan Ropin (2005).

Di Barat penulisan FS lebih jauh ke depan. Penerbitan karya FS jauh lebih banyak pada saban tahu. Peminatnya juga sungguh ramai. Sebuah kedai buku khusus dengan produk FS mampu bertahan dan ‘boleh cari makan’. Antara penulis-penulis tersohor Barat ialah Isaac Asimov, Ray Bradbury, Harlan Ellison, Philip Jose Farmer, Gordon Dickson, Frank Herbert, Arthur C. Clarke, Connie Willis , Mike Resnick, Jules Verne dan lain-lain.

Asimov merupakan profesor fizik yang aktif dalam penulisan FS. Hal ini amat sukar ditemui di Malaysia lantaran karya FS ada imej untuk remaja dan kanak-kanak, profesor tiada ‘standard’ tulis buku kanak-kanak dan remaja agaknya.

Bagaimanapun rakyat Malaysia hakikatnya gemarkan FS dalam media elektronik iaitu filem. Barangkali mereka menghargai filem XX-Ray (1992) dan XX-Ray II (1995) di samping minatkan filem FS bikinan Hollywood. Antara alasan mereka, “baca buku bosan, tengok filem lagi best, senang faham.”

Catatan:

Tulisan ini merupakan sambungan kepada ‘Penulisan fiksyen sains 1’. Anda juga dijemput untuk membaca entri ‘Stan Lee warga berusia emas yang ghairah cipta watak hero fiksyen sains‘, ‘Fiksyen sains, proses ciptanya paling sukar‘, dan ‘Jana idea fiksyen sains?

Advertisements

19 thoughts on “Penulisan fiksyen sains 2

  1. Saudara Zul, saya terjumpa blog saudara apabila saya sedang meneliti jikalau Amran Chik mempunyai hasil kerja novel yang lain. Saya juga sekarang dalam proses menghasilkan sebuah buku tentang kajian fiksyen sains di Malaysia. Mungkin kita boleh berkaloborasi dalam menghasilkan kerja kajian tentang FS di Malaysia. Saya amat seronok apabila saudara menyatakan nama Mohd. Ariffin sebagai antara ‘atuk FS’ Malaysia. Saya sendiri mengkaji dan mendapat tahu bahawa Mishar pernah menghasilkan komik bersiri FS berjudul “Kapten Merak” pada 1977. Dalam pemerhatian saya, memang FS Malaysia bermula dengan genre kanak-kanak kerana persepsi masyarakat waktu itu, FS sesuai untuk pembacaan kanak-kanak, sehingga beberapa karya pseudo-FS atau ‘SF purist’ memanggilnya “sci-fi” (campuran fiksyen sains dan fantasi, rujuk tulisan Stephen King dan Adam Roberts) yang memenuhi pasaran. FS yang serius memang dimulakan oleh Rahmat Haroun, yang boleh diklasifikasikan sebagai Bapa FS Serius Malaysia (atau ikut ungkapan saudara, Bapa FS Moden). Kalau saudara mahu tahu, Rahmat Haroun turut mengahsilkan sekuel Di.Ar.Ti iaitu Sentuhan Oedipus (tetapi novel ini lebih berbentuk genre ngeri)sebuah FS ‘agung’- Manuklon, serta sebuah karya pseudo-sains-rohaniah, Hikayat Neogenesis. Selepas Rahmat, saya kira, hanya Ahmad Patria Abdullah (dalam hasil karya bersirinya dalam Dewan Kosmik) dan Hizairi Othman (walaupun karyanya lebih pascamoden daripada FS) yang meneruskan perjuangan Rahmat. Baru-baru ini, hanya Mohd Zaki, seorang pensyarah yang cuba menghasilkan sebuah FS ala Will Gibson berjudul Dendam Siber, tetapi saya rasakan ia tidak sekuat mana. Untuk remja, genre FS sebenarnya berkembang hidup walaupun tidak konsisten dan mendadak seperti genre-genre lain. Apabila pertandingan yang dibuat DBP, baik MPR, pelajar atau penulis mapan yang membawa masuk judul-judul serta tema baru dalam FS. Paling ‘terang’ adalah Tekad dan sekuelnya Nekad, hasil Nazel (pasca-apokalips), beberapa novel FS remaja Azmah Nordin (kebanyakannya adalah pengembaraan angkasa) dan Saharil Hasin Sanin (cerpen-cerpen FSnya). Saya sendiri ada menghasilkan sebuah novel ‘remaja’ FS, JIAN yang diterbitkan DBP. Baru-baru ini, sebuah lagi novel ‘pseudo-FS’ iaitu Fitrah Kimiawi ada dipasarkan oleh DBP.

  2. Sdr Muhammad Fadli, salam perkenalan. Saya pernah makan semeja dgn Pakcik Amran dan telefon beliau bbp kali. Bila dapat makluman komen sdra, saya tersenyum lebar. Apa tidaknya macam kebetulan, selepas beli novel Pulau Berukera edisi kedua. Tahniah di atas novel Jian, nampaknya saya kena cari. Projek FS sdra juga amat menarik. Saya pernah tawar hati dengan FS sebab hanya 5% pelajar yang minat. Yang lain minat juga FS tapi minat filem FS.

  3. Sdr Zul, dialu-alukan menulis. Kekuatan barat ialah, budaya pembacaan sangat luas, sehingga mereka dapat mengeluarkan pelbagai majalah susastera (termasuk FS waktu itu yang hidup hingga sekarang). Saya juga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku apabila Dewan Kosmik menghentikan cereka2 FS pada pertengahan 90-an. Oleh kerana itu, bagi pendapat peribadi saya, genre ini agak terbantut. Tidak apa, seperti kata kawan saya, dalam sepuluh tahun lagi, novel-novel sebegini akan diintepretasikan kembali dalam konteks yang lebih teliti dan menarik, jadi sdr wajib menghasilkan sekurang-kurangnya satu sebagai penanda sejarah:) Saya amat berminat untuk menghubungi saudara tentang ini serta perkara tentang Sdr. Amran Chik. Harap kita boleh bertemus atu hari nanti.

  4. Sdra sungguh positif dan optimis. Saya turut berkeyakinan bahawa FS akan semakin popular khusus menerusi filem dan drama. Cuma yang kita harus berhati2 agar tidak masuk unsur fantasi dan khurafat yang menyalahi akidah.

  5. Pingback: ‘Citation’ pertama « Idea menulis

  6. salam..
    saya antara peminat genre fiksyen sains. sewaktu di sekolah rendah dulu, buku yang saya baca kebanyakkannya berkisar tentang mesin masa, dunia lain dan makhluk asing. ada sebuah buku terbitan Edusystem, yang berjudul ‘Projek2020’, (saya lupa penulisnya) dan beberapa buku lain terbitan syarikat yang sama. memang pada waktu itu (saya murid sekolah rendah), banyak juga buku FS yang saya baca dalam pusat sumber sekolah. antaranya novel bersiri saintis muda ‘Irwan Kris’. malangnya, bila saya cari kembali buku-buku tersebut, sudah tiada. betapa buku fiksyen sains membuatkan saya rasa teruja dengan imaginasi penulisnya.
    saya kira contoh sebahagian kecil yang saya nyatakan ini, dapat dikomen saudara? sampai sekarang, saya masih lagi mencari siri ‘Irwan Kris’, malangnya saya tak tahu siapa penulis dan penerbitnya…
    itu waktu zaman waktu saya masih ‘kanak-kanak’.
    Rupanya banyak lagi tentang buku genre FS ini yang saya tak tahu!

  7. Pingback: Ceritera Dunia - Noorizam Shah dot com | Cara Mencari Idea Menulis.

  8. Saudara benar. Ada banyak. Terlalu banyak. Namun pada satu peringkat, seseorang penulis itu mahukan idea yang mampu merubah sejarah. Idea yang mampu menjadi mentol terang benderang, menerangi kegelapan yang ngeri lagi menakutkan.

  9. tentang penulis ropin, amran chik? ya beliau bapa saya. sila contact saya untuk keterangan lanjut jika anda sudi. saya suka dicontact menerusi emel sahaja.

  10. Saya baru pulang menziarah penulis Amran Chik di wad palliative care hospital selayang.Saya pembaca bukan Malay berminat karya Ropin.Keadaan nya agak tenat kerana penyakit cancer.Di jemputlah rakan rakan menziarah.

  11. Great post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
    Very helpful information specifically the last part 🙂 I care for such information much.
    I was seeking this particular information for a very long time.
    Thank you and best of luck.

  12. Excellent pieces. Keep posting such kind of information on your
    site. Im really impressed by it.
    Hi there, You have done a fantastic job. I will certainly digg it and
    in my view recommend to my friends. I’m sure they’ll be benefited from this
    web site.

  13. Hi it’s me, I am also visiting this website on a regular basis, this web site
    is genuinely fastidious and the viewers are actually sharing nice thoughts.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s