Tip menyegarkan mata

HIMPUNAN tip berikut amat sesuai buat sekalian pembaca, penulis dan penyelidik.

Sesekali alihkan pandangan ke objek-objek infiniti atau amat jauh seperti langit, bulan, bintang, burung-burung yang berterbangan atau puncak kubah masjid dan surau terdekat. Buku atau komputer memiliki jarak objek yang pendek. Justeru, kanta mata harus dibiarkan berehat.

Tidur sebentar. Kosongkan fikiran. Legakan seluruh otot yang kepenatan. Ingat, 1 minit berkualiti jauh lebih baik daripada 1 jam yang tidak berkualiti.

Titiskan cecair pencuci mata.

Untuk lebih berkesan, titiskan perahan limau nipis ke mata. Inilah amalan ninda saya sebelum ini.

Letakkan kepingan timun, tomato atau lekapkan uncangan teh di mata untuk beberapa minit.

Pakai celak.

Ambil wudhu’ dan solat sunat.

Makan kacang yang keras-keras atau yang seumpama dengannya.

Minum air yang mampu memberi rangsangan seperti kopi, tapi awas ada kes kematian setelah minum kopi terlalu banyak dan keras.

Minum air masak @ air jarang.

Amalkan diet yang sihat.

Amalkan riadhah. Usah tinggal terus.

Letakkan cermin besar di sisi supaya tidak terasa sempit dan lemas.

Jangan baring atau meniarap.

Duduk di kawasan orang ramai kalau duduk sendirian semakin mengantuk.

Tenung gambar orang yang anda sayang atau orang yang sering garang kepada anda.

Tampal sasaran dan wawasan peribadi di dinding agar sentiasa bersemangat dan ghairah bekerja.

Berdoa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s