‘Sigma’ pekerja Bangla

HARUN ar-Rasyid kelihatan sungguh berselera. Nasi beriyani dan kambing di pinggannya sudah hampir tidak kelihatan. “Sila tambah,” lawa saya. “Terima kasih,” balas Harun lalu bangkit ke meja yang merapati dinding untuk menambah. Dia sudah lebih 10 tahun berada di Johor. Kesemua anaknya bersekolah dalam bidang agama, tidak jauh dai Dakka. “Tinggal di mana?” Saya merujuk tempat tinggalnya di Johor Bahru. “Di depan kedai sana,” jawab Harun. “Sebilik berapa orang?” tanya saya lagi. “11 orang. Tapi hanya 2 yang sembahyang. 9 lagi tak sembahyang. Puasa pun tidak. Tak takut neraka,” jelas Harun sambil mengunyah lambat-lambat gaulan beriyani dan cebisan daging kambing akikah anak saudara yang dimasak manis. “Mungkin di sini sahaja. Di Malaysia, Tuhan ‘tak ada’ tapi tidak di Bangladesh,” duga saya. “Serupa saja.” Harun menamatkan bicara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s