Warga Bangla menang Hadiah Nobel

DALAM keghairahan negara2 yang lebih ‘maju’ seperti Malaysia dan Singapura mengejar Hadiah Nobel, Bangladesh melangkah setapak apabila warganya ditabal sebagai penerima Hadiah Nobel Ekonomi. Malaysia sebagai contoh sudahpun serius untuk Hadiah Nobel dengan Nobel Laurate Programme (NLP) termasuklah peruntukan geran penyelidikan fundamental (termasuk bidang ekonomi dan bisnes) di samping penubuhan Institut Ibnu Sina di UTM dan panggilan pulang kepada warga Malaysia yang merupakan pakar S&T dan bertugas di luar negara.

‘Bangla’ sering berkonotasi kelas tiga namun Dr. Muhammad Yunus, 65 telah menidakkannya. Beliau merupakan mantan prof. ekonomi di Chittagong sebelum bergelar ‘banker’. Sumbangan beliau amat besar sebagai pemberi pinjam kepada golongan miskin di kampung2 sehinggalah tertubuhnya Grameen Bank yan menjadi inspirasi kepada penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Sehingga Mei lalu, terdapat 2,247 cawangan, 6.67 juta peminjam, 97% dpd nya adalah wanita (orang lelaki sering tak baya hutang?). Idea dan pemikiran beliau mengenai soal ‘micro-credit’ dan program mengurangkan kemiskinan boleh dibaca dalam ‘Banker to the Poor: Micro-credit and the battle Against World Poverty’.

Advertisements

2 thoughts on “Warga Bangla menang Hadiah Nobel

  1. Yang terpenting ialah kita perlu wujudkan budaya mencintai ilmu dan menolong manusia sejagat.

    Jangan buat sebab nak dapat hadiah2 tertentu.
    Tak cukup ke dapat anugerah pahala dari Allah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s