Ah Long lebih tolong Melayu berbanding Melayu!

MAKA di sebuah warung Melayu. Bersembanglah beberapa warga veteran manakala sayalah pelanggan termuda pada ketika itu (waktu orang sibuk bekerja) sekadar mendengar. Ah Long dipuji dan dipuja, jauh lebih baik memberi pinjam bebanding Cheti, bank dan saudara mara. “Cakap nak RM 10 ribu pada pukul 10, tepat jam 10 Ah Long datang bawa duit selepuk RM 10. Mana orang lain boleh buat macam Ah Long. Harapkan bank? Isi borang itu, borang ini. Biasanya tak lulus, apa lagi orang macam kita.” Lelaki veteran itu menyambung lagi, “Yang saudara mara pula, belum sampai masa, dah sibuk telefon tanya fasal bayar hutang.” Temannya pula menyampuk, “mana ada Melayu tolong Melayu?” Saya betul-betul tersentak (sebab saya Melayu). Wah, selama ini apakah dia tak pernah ditolong Melayu? Apakah semua Melayu semudahnya dipukul rata begitu? Siapa agaknya yang akan uruskan jenazahnya selepas mati? Pun begitu, isu pinjam meminjam wajar difikirkan. Barangkali seseorang itu tak suka bagi pinjam sebab si peminjam memang selalu buat hal. Bagaimanapun pakcik di warung ada berkata, “kita pinjam, kita tahulah nak bayar. Bukan tak nak bayar!”

2 thoughts on “Ah Long lebih tolong Melayu berbanding Melayu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s