Pindah rumah dan bahan menulis

AHAD lalu saya pindah rumah. Pindah rumah memang memenatkan biarpun hanya berpindah dalam taman perumahan yang sama. Karenah anak-anak sewaktu mengemas barang, lori yang sampai lewat sejam, kawan yang tidak datang tolong angkat barang semuanya boleh ditulis untuk catatan pengalaman seperti jibunsyi. Mauduk pindah rumah juga boleh ditulis dalam konteks tip. Insun Sony Mustapha (1991) sebagai contoh memasukkan bab ‘Berpindah rumah tanpa keluhan’ dalam buku Menambat hati lelaki. Buku kecil ini cukup menarik dengan pelbagai tip berguna dan ilustrasi menarik yang bukan sahaja sesuai untuk kaum wanita bahkan untuk kaum lelaki yang sebenarnya amat memerlukan rumah dan rumahtangga. Insun antara lain mencadangkan agar setiap kotak/bungkusan dilabel tentang barang yang terkandung, di manakah ia patut diletakkan dan dilabel ‘kaca’ atau ‘mudah pecah’ jika ia mengandungi bahan-bahan kaca dan mudah pecah. Insun turut menulis, “bertenanglah dan bermuafakat di antara suami isteri. Dalam keadaan kelam kabut berpindah selalunya terjadi pertengkaran di antara satu sama lain.”

Advertisements

6 thoughts on “Pindah rumah dan bahan menulis

  1. Mudah sahaja. Beli barangan dari IKEA yang boleh dilipat dan diangkat dengan mudah. Saya fikir kehidupan di bandar ini memerlukan segala-galanya yang serba ringkas. Terfikir juga agaknya kita semua inilah yang digelar ‘Nomad Moden’. Bagaimana itu?

    Ini ada myspace kump gendang silat saya, lain kali kalau ada sesiapa yang berminat lihat sahaja di situ utk mendengar cth lagu. Hehehe … : )
    http://www.myspace.com/kumpgendangsilatgemalakasturi

  2. Alamak brader!….lu pindah masa sumer orang out station…tu pasal ..kekawan tak dapat datang… :-))…amacam akhi …ada gaya macam perosak bahasa?…:-))

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s