Bibik kami rupanya perokok!

SEBATANG rokok putih bersih ditemui di atas ketuhar gelombang yang juga berwarna putih. Saya sempat menjeling ke arah tembakau yang dibungkus kemas oleh kertas nipis putih, biarpun tidak kelihatan, saya yakin di dalamnya ada tar dan nikotin yang kelak menghasilkan asap beracun termasuklah karbon monoksida yang dikatakan wujud secara tepu di planet Marikh.  Bibik tegur agar jangan sekali-kali merokok di hadapan anak-anak. Kami tiada autoriti untuk katakan haram sedang masih maujud fatwa yang memakruhkannya. Dikatakan bahawa mufti yang masih mengatakan makruh adalah disebabkan sultannya merupakan perokok. Kempen ‘Tak Nak’ macam belum serius. Cuba bayangkan saudara dijemput makan beriyani gam lauk kambing dan oleh keranan saudara teramat kenyang, maka dikatakan, “tak nak, saya sungguh kenyang, terima kasih.” Bagaimana kalau dijemput makan beriyani gam lauk bangkai kambing yang ditemui dalam keadaan amat busuk dikerumuni lalat dan langau timbul di paya yang penuh sampah sarap tepi belukar, sudah tentu akan dikatakan, “isy, mana boleh, awak gila?”

3 thoughts on “Bibik kami rupanya perokok!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s