Di Madinah sejam SR 10

ALHAMDULILLAH, hari ini merupakan hari pertama menggunakan Internet selepas lebih sebulan setengah hidup tanpa jaringan siber. Di Mekah, CC agak jauh. Terpaksa naik teksi dan ajak orang lain tunjukkan jalan. Di Madinah yang tanpa aktiviti tawaf di Baitullah, mahu cuba meneroka dan menapak mencari CC. Namun hasrat terhenti apabila dimaklumkan dengan kadar sejam SR 10 (disebut 10 riyal) manakala ambil masa yang agak lama untuk muat turun. Lalu, saya ubah haluan. Projek ziarah jalan kaki ke Masjid Ali, Masjid ‘Anbrah dan tinggalan stesen keretapi, Masjid Umar, pasar kurma, Masjid Al-Ghamamah serta Masjid Abu Bakar. Stesen keretapi Madinah-Istanbul dikatakan terhenti daripada beroperasi sejak perang dunia. Perjalanan mengambil masa 7 hari, Madinah-Istanbul dengan melewati Syria, Jordan dan Palestin. Pembinaannya dibiayai oleh Kerajaan Uthmaniyyah yang berpusat di Turki. Saya fikir ia wajar dihidupkan kembali, perkhidmatan keretapi Haramain-Eropah. Amat malang kalau ia tidak beroperasi di atas alasan ada sisa dan ‘bau’ Turki di bumi Arab seperti Masjid ‘Anbrah yang mempunyai rekabentuk seperti rekabentuk binaan oleh arkitek terkenal Turki zaman silam, Sinan. La syarqiyyah, la gharbiyyah. hajj-1427h-082.jpg

Advertisements

4 thoughts on “Di Madinah sejam SR 10

  1. Haji Zul… (^+^) Mabrukk…
    rindu ngan Makkah n Madinah…
    tak sangka bahal banget harga CC kat Madinah…untung besar kalau buka bisnes kat sana…heheh (gurau je)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s