Masjid al-Hudaibiah

hajj-1427h-048.jpg

DEMIKIANLAH Masjid al-Hudaibiah lama dan baru. Masjid yang lama tidak digunakan, namun tinggalan struktur dinding dan pintu dikekalkan. Masjid yang boleh dijadikan ‘miqat makan’ berniat ihram ini boleh dikunjungi dengan melalui jalan lama ke Jedah, melewati Universiti Ummul-Qura, Kilang Kelambu Kaabah dan Muzium Masjidil Haram. Kami sempat menemui Abdus-Salam, salah seorang imam di situ yang berasal dari Myanmar.  Telaga Hudaibiah dikatakan masih wujud, berlokasi kira-kira setengah kilometer dari masjid. Telaga ini tempat keluarnya air dari jari jemari Rasulullah s.a.w. sebagai salah satu daripada kemukjizatan baginda. Hudaibiah juga tentunya mengingatkan kepada kehebatan politik Nabi s.a.w. dan daya juang yang tinggi di kalangan sahabat r.a. terutama menerusi  Bai’atur-Ridwan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s