Kemahiran Insaniah

dscn1403.JPG

DI BANGUNAN ini kami berkampung selama 2 malam demi menghadami konsep Kemahiran Insaniah untuk menghasilkan graduan yang mampu bersaing di alam kehidupan yang semakin mencabar (perhatikan ‘kapal kami’ sedang berlabuh). Kemahiran komunikasi, pencarian maklumat dan keusahawanan merupakan antara kemahiran yang harus diterapkan oleh setiap jurulatih termasuk dalam kelas penulisan kreatif saya. Siapa sangka, dalam masa yang sama bertemu sahabat lama, Salahuddin setelah lebih sedekad tidak bersua di alam realiti. Gambar berikut menunjukkan dua orang anak Salahuddin sedang meningkatkan kemahiran kerja berpasukan bagi menangkap arnab peliharaan mereka. Sungguh menyeronokkan melihat telatah mereka berdua. “Lebih baik bela kucing, ada bunyi meow. Bela arnab tiada bunyi,” duga saya. “Ada. Bunyi krrr,” jawab si abang pantas. Kemahiran insaniah (ubahsuai daripada kemahiran generik) hakikatnya sudah bermula sejak zaman kanak-kanak dengan bimbingan dan asuhan ibu bapa.

dscn1404.JPG

Advertisements

2 thoughts on “Kemahiran Insaniah

  1. Jazakallahu Khairan Kathiiran buat akhi Zul kerana sudi bertamu di teratak ana… Terima kasih juga kerana sudi mengabadikan aksi ‘Ammar, ‘Imran dan “Awan” (si kelinci) dan memaparkannya untuk tatapan sekalian pengunjung… Keesokan malamnya ana terserempak pula dengan ular hitam (ular mura) ketika hendak mengunci pagar di belakang rumah. Mula2nya ana lari… begitu juga dengan si ular, tapi berpatah balik kerana memikirkan ancaman yang mungkin timbul pada masa akan datang . Ana lantas mencapai kayu beruti yang panjang dan berat yang ada berdekatan. Menganjal-anjal sahaja kayu itu menghentam makhluk tu, buluh takde… Dari jarak yang agak jauh ana dapati si lawan berdesis (mungkin untuk menyembur bisanya), ngeri juga… Ana kemudiannya menghempuk (bahasa apa ni?) ulau tu batu, untuk melemahkannya tapi tak berkesan. Mujur lepas tu ana teringatkan cangkul tumpul (dan longgau) dekat2 situ dan mencangkul ke arah (sebab tak berani nak berdepan) ular tu. Tak ada tanda-tanda melawan… ana terus mencangkul, mencangkul dan mencangkul sehingga rasa-rasanya tiada ancaman (yang sebenonya dah letih) lagi dan terus mengangkut anak-anak pulang ke rumah ibu mertua di Teluk Mas (zaujah di UKM ada seminar). Keesokan petangnya, baru dapat tengok (dengan berat hati) lawan ana malam sebelumnya… Waduh! sisiknya, warnanya, bentuknya memang dicipta Allah sedemikian rupa utk kelihatan menggerunkan.. Ana terus tanam bangkainya di luar pagar rumah… Mak ana mengingatkan agar simpan buluh, tabur belerang keliling rumah, siap sedia dengan garam utk menghadapi situasi serupa jika berlaku lagi (minta dijauh!) kerana kemungkinan besar pasangannya ada berhampiran (ingat cerita Hindustan klasik, “Naagin”). Tapi bolehkah kita tentukan yang mana satukah pasangannya?… Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s