Pameran kuih dan bom di KLCC

dscn1457.JPGSIAPA sangka saya dapat beli lapan potong karipap dengan harga RM 1 di Vendor Network 2007 bertempat di KLCC? Sedangkan saya juga dikenakan RM 16 untuk makan tengah hari bagi dua orang di tempat yang sama.

Di Vendor Network 2007 macam-macam ada. Daripada kuih, tasbih koka, sinki hinggalah kepada bom dan kapal terbang segalanya dipamerkan bersama semangat keusahawanan tinggi, masing-masing mencari akan kongsi untuk perkongsian pintar. Menyerlah, gigih dan hebat. Itulah yang boleh saya katakan kepada beberapa usahawan yang mampu menghasilkan produk tertentu beserta kepakaran dan teknologi yang sesetengahnya bertaraf global. Berkenalan dan berbual-bual dengan beberapa usahawan berjiwa besar sungguh menyeronokkan.

Di samping itu, maklumat mengenai peluang mengembangkan perniagaan juga boleh diperolehi secara mudah di sini – Bank Negara, SME Bank dll mampu membantu menyelesaikan masalah terutama dari segi khidmat nasihat kewangan. SIRIM pula antara lain memberi khidmat nasihat dari pengambangan produk.

dscn1455.JPGGambar sebelah merakam proses menyiapkan Booth 34, mewakili pihak IPT yang turut giat menjalankan R&D untuk tujuan komersial. Menurut seorang profesor, kali ini jumlah kunjungan kurang berbanding tahun lepas. Untuk itu saya tiada komen kerana inilah kali pertama ke program ini.

2 thoughts on “Pameran kuih dan bom di KLCC

  1. Aslm, zul,
    Begitulah adatnya bekerja di tengah-tengah kotaraya. Harga makan untuk tempat-tempat awam memang agak’potong kepala’. Bukan takder yang harga murah. Kena rajin cari dan menaiki motor. Oh ya.. kalau kita rajin dan punya masa tempohari, tempat makan paling murah setakat ini ialah di Kraftangan dekat KeKKWA atau wisma cosway. Biasanya kalau nak ke kraftangan, naik motor, terus parking kat kantinnya. Suasana di sana best, ada air cond lagi.Oh insan seni seperti anda boleh hargai karya seni yang lain seperti batik, canting dll.

    Oh ya,, itu belum lagi terperanjat lagi, kerja tengah-tengah kl ni, gadis-gadis berkerjaya professional selamba rock hisap rokok bersama-sama rakan sekerja lelaki.

    Apapun survival kerja di tengah kl, memang mencabar beb. Tu tak termasuk pencemaran udara dan dedah. Harap glamour jer.. heh..heh.

    Ingat,, makan kat pantai lido pun sembelih gak…..; – ). Jangan serik yea..

  2. Amri sebenarnya RM 16.30 bukan RM 16. Itu sebab kena hargai makanan dan banyak bersyukur. Teringat zaman kita di asrama, makanan dibuang2 – kerek. Di sesetengah asrama makanan yang dibuang diangkut dengan lori dan dihadiahkan kepada haiwan berhidung penyek, berekor lentik. Moga Allah mudahkan urusan saudara cari rezeki dan sampaikan risalah kebenaran di KL.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s